BAB 3

Romance Series 7166

Sejak mengetahui nama gadis pujaan hatinya itu, semakin kerap pula Aniq mendekati Saffiyah. Dengan erti kata lain, dia cuba mengenali hati budi gadis itu.

Tanpa sengaja, dia telah menjauhkan diri dari Raisyah. Segala ragam gadis itu bukan lagi keutamaannya. Di matanya kini hanya ada Saffiyah. Pantang ada waktu lapang, pasti Saffiyah yang akan dicarinya dahulu.

Aniq menuruni anak tangga. Tika berselisih dengan Raisyah, dia seakan mengelak. Pandangannya sengaja ditundukkan untuk mengelak dari tercetus perbualan di antara mereka berdua.

Raisyah ketap bibir. Geram barangkali melihat perubahan sikap Aniq yang begitu ketara. Dibontoti Aniq. Sudah acap kali lelaki itu mengelak darinya. Kali ini, dia takkan membiarkan perkara itu terjadi. Dia akan pastikan Aniq memberi penjelasan yang sewajarnya.

"Aniq... Aniq tunggu kejap. Aku ada benda nak cakap nie..." Raisyah memulakan bicaranya.

Namun, Aniq tetap membisu. Malah, hayunan langkahnya bertambah laju. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Raisyah yang sudah terbatuk-batuk mengejar langkahnya.

"Aniq!" Lengan baju lelaki itu direntap. Terhenti langkah Aniq bagai mahu rebah ke tanah. Direntap kembali lengan bajunya dengan wajah bengis.

"Kau nak apa, Sya?!" Tinggi nada suara Aniq membuatkan Raisyah tersentak. Buat pertama kali dia diherdik begitu oleh Aniq.

"Kau nak apa nie? Hari-hari kejar aku. Kau tak penat ke? Aku bosanlah, Sya. Aku rimas! Kau tahu tak rimas?!" Kata-kata yang diajukan itu meluncur bersama pandangannya yang tajam.

Tak semena-mena, awan mendung bergayutan di pelipis mata Raisyah. Kolam matanya sudah berkaca. Kata-kata dari bibir lelaki itu bagai merobek ranting-ranting semangatnya yang selama ini segar bugar.

"Kau nak cakap ke tak nie? Aku nak cepatlah. Aku dah janji dengan Saffiyah. Kang lambat pulak. Aku tak nak dia tunggu aku. Nanti dia sedih. Kalau kau takde apa nak cakap, aku pergi dululah. Nanti bebila kita lepak, okay?" Aniq berpaling, berkira-kira untuk pergi.

"Fine. Kau pergilah jumpa Saffiyah. Aku buat kau rimas an? Takpe. Aku blah. Aku janji aku takkan kacau kau dengan dia. Sorry doh." Raisyah membuka bicara yang terkunci sejak tadi.

"Thanks Sya sebab memahami. Aku sayang kau." Ceria nada suara Aniq tika memalingkan tubuhnya ke arah Raisyah. Gadis itu tersenyum tawar. Namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya.

Tiba-tiba, kedengaran satu suara memanggil nama Aniq. Sekaligus membuatkan dua ketul manusia ini menoleh ke arah suara itu. Melebar senyuman Aniq apabila melihat gadis pujaannya sedang berjalan ke arahnya.

It's time to go, Sya. Bisik hati Raisyah.

Tanpa Aniq sedar, Raisyah menapak pergi dari pandangan matanya. Dengan hati yang hampa dan pedih, dia membawa diri. Entah kenapa hatinya begitu sakit melihat kemesraan mereka berdua.

Beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya. Tak sangka semudah itu dia dibuang dan diganti. Selama ini hanya dia lah satu-satunya perempuan yang berkepit dengan Aniq. Dia lah satu-satunya perempuan yang dijaga layaknya seorang puteri oleh Aniq.

Semua perempuan cemburu akan dirinya. Ramai juga yang menyangka mereka mempunyai hubungan istimewa. Padahal, mereka hanya temanan sejak kecil. Kini, semuanya musnah kerana Saffiyah.

Aku benci kau, Saffiyah! Bentak hati kecil Raisyah.

"Eh? Tadi saya nampak Raisyah. Mana dia?" Soal Saffiyah sambil menyelit anak rambutnya yang menghalangi pandangan matanya.

"Entah. Biarlah dia. Jom kita pergi cycling. Nak tak?" Soal Aniq, ceria.

"Jom..." Ceria Saffiyah membalasnya.

Beberapa mata memandang pasangan itu. Saffiyah tersipu malu saat Aniq memakaikan topi keledar di kepalanya. Semakin handsome pula Aniq di mata Saffiyah. Saat mereka bertentangan mata, perasaan bahagia tercipta dalam sanubari.

"Eh? Sejak bila Aniq dengan Saffiyah nie?"

"Entah weh. Mana Raisyah?"

"Bukan ke biasanya Aniq dengan Raisyah?"

"Dah putuslah tu..."

"Mesti sebab Aniq ada scandal dengan Saffiyah nie. Tu yang diaorang putus."

"Ish! Tak baiknya."

"Kan... Tak sangka Saffiyah macam tu. Muka je cantik tapi perampas rupanya!"

"Aku lagi suka Aniq dengan Raisyah. Daripada Aniq dengan Saffiyah. Menyampah!"

Bermacam-macam andaian tercipta. Namun, kata-kata itu umpama angin yang bertiupan di udara. Dalam mereka mencipta memori cinta, ada hati yang sedang terluka sendirian. Acap kali terlihat mereka berdua, pasti Raisyah akan rasa sakit hati dan terluka.

Tapi, apakan daya dia untuk merebut kawan rapatnya itu jika lelaki itu telah membuat keputusan untuk memiliki Saffiyah sebagai ratu di hatinya. Mungkin ini saatnya untuk Raisyah melepaskan Aniq kepada seseorang yang boleh menjaganya walaupun dia belum siap kehilangan rakan baiknya itu.

Aniq & Raisyah atau Aniq & Saffiyah. Pilih psgn yg mana gais? ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience