Petang itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tubuhnya menyandar lesu di bangku kosong. Suasana yang hidup terasa mati seakan tiada lagi sinar harapan untuk dia.
Masih tergiang-giang kata-kata yang pahit itu dicuping telinganya. Bibirnya diketap, cuba menahan perasaan kecewa yang bertapak dihatinya sejak peristiwa itu. Kali ini hatinya berkocak hebat.
Ingatannya kembali menjangkau kenangan silam bersama insan tersayang. Senyuman kecil terukir dibibirnya yang nipis pabila wajah kesayangan mulai berputar dalam matanya.
"Iyan. Thank you sebab selalu ada dengan Fie. Iyan selalu tunaikan permintaan Fie sampai Fie tak tahu nak complain apa, nak gaduh apa..." Dayyan tertawa malu pabila bertentang mata dengan Saffiyah.
"Betullah Iyan. Fie rasa happy sangat dapat kenal Iyan. Fie harap Iyan tak berubah. Tetaplah macam nie sampai bila-bila..."
"Iyan janji Iyan takkan berubah. Iyan akan tetap macam nie untuk Fie sebab Iyan sayang Fie. Iyan nak hidup dengan Fie. Nanti bila Iyan dah kerja, Iyan akan masuk minang Fie and kita akan bina keluarga sama-sama. Masa tu kita akan jadi keluarga yang paling bahagia dengan anak-anak yang comel."
Tiba-tiba, lamunannya terhenti pabila seseorang melabuhkan punggung disisinya. Dia menoleh ke arah gadis itu. Serasa lama juga mereka tidak bertemu. Entah mengapa, hatinya dipagut rasa bersalah kerana menghilang begitu saja tanpa memberitahu apa-apa.
"Apa sedih-sedih nie? Orang happy-happy pergi jog, dia boleh pulak menangis dekat sini." Ujar Raisyah membuatkan Dayyan tersengih.
"Ehh... Macam kenal lah ayat tu..." Balas Dayyan sambil membetulkan kedudukannya.
"Entahlah... Mamat sengal mana tah bagitahu aku ayat tu." Terjengkel biji mata Dayyan apabila mendengar gelaran dirinya dari bibir Raisyah.
"Muka sikit punya handsome macam nie, awak boleh panggil mamat sengal?" Raisyah hanya tertawa tanpa membalas.
Masing-masing menghembus keluhan berat sebelum menghapus senyuman. Suasana sepi seketika buat mereka berdua sebelum Raisyah kembali membuka bicara.
"Apa yang kita sayang tak semestinya akan jadi milik kita." Dayyan merenung wajah Raisyah dengan seliratan tanda tanya.
"Kenapa tiba-tiba awak cakap macam tu?"
"Sebab aku tahu macam mana sakitnya rasa dalam nie bila orang yang kita sayang tinggalkan kita sebab diaorang dah jumpa soulmate yang dicari-cari selama nie..." Dihujung ayatnya kedengaran sinis.
"So, awak dah tahu lah nie pasal saya dengan Saffiyah?" Raisyah mengangguk, tidak. Menggeleng jugak, tidak. Hanya pandangannya saja lurus ke depan.
"Saya dah cuba macam-macam awak. Tapi, akhirnya dia tetap tinggalkan saya..." Dayyan memandang Raisyah dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya.
"So, stop chasing orang yang tak hargai kau. Percayalah, even kau fight untuk jadi yang terbaik sekali pun. Takkan pernah cukup di mata orang yang salah. Semua tu takde nilai." Raisyah menoleh sekilas ke arah Dayyan. Baru lelaki itu sedar, ada cerita sedih yang berlabuh di mata Raisyah.
"Bumi tetap berputar. Siang tetap berganti malam. Matahari still menyinari bumi dan pelangi tetap muncul selepas hujan. Kesimpulannya, life must go on with nor without that shitz!"
"Wow! Impressive! Mana awak dapat kata-kata tu?" Soal Dayyan bersama segaris senyuman.
"Aku baca buku Iddin Ramli." Mendatar saja Raisyah menjawab soalan Dayyan.
"Serius ah?" Dayyan tayang wajah tidak percaya.
"Kalau kau percaya, kau memang mamat sengal!" Ujar Raisyah seraya itu bangkit menjauh dari Dayyan bersama tawanya.
"Hah?" Blur seketika Dayyan dibuatnya.
"Aduh! Lemaulah kau nie! Jom cycling! Sape lambat, dia belanja aiskrim!" Jerit Raisyah yang sudah sepuluh langkah dihadapan Dayyan.
"Ehhhh! Mana aci macam tu?!" Jerit Dayyan pula sambil berlari mendapatkan Raisyah yang sudah memecut laju ke kaunter basikal.
"Hai sis, emmm kitaorang nak sewa basikal tandem satu." Ujar Raisyah laju.
Termengah-mengah Dayyan jadinya bila tiba di kaunter. Mana tidaknya, dia memecut tanpa membuat senaman ringan terlebih dahulu.
"Memandangkan kau dah kalah, so kau kena belanja aku aiskrim. Aku nak aiskrim cornetto vanilla." Selamba saja Raisyah berbicara sambil menuju ke tempat basikal.
"Pandai eh buat deal."
"Of courselah. Hidup kena bijak." Mendengar jawapan balas Raisyah itu buat Dayyan geram. Kecik-besar gadis itu dimatanya. Rasa nak cubit-cubit je bibir munggil yang tersenyum jahat itu.
Mereka mengayuh basikal ditemani angin petang. Sesekali mereka ketawa bersama seolah merekalah pasangan paling bahagia didunia. Mata-mata yang memandang diabaikan saja. Apa yang penting, mereka dapat healing.
Serrrtttt...
Dayyan menekan brek basikal. Mereka turun dari basikal. Tika mereka memulangkan helmet, Dayyan menahan Raisyah dari pergi.
"Thank you awak sebab teman saya." Sinar gembira mengerlip di matanya yang bulat kehitaman.
"Alah, takde apalah." Balas Raisyah, mula mengatur langkah pergi.
"Emmm... Awak?" Panggil Dayyan.
"Yes?" Pantas Raisyah berpaling.
"Saya nak mintak tolong sikit, boleh tak?" Berkerut kening Raisyah mendengar soalan Dayyan.
"Tolong apa?" Serius wajah gadis itu jadinya. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatinya. Risau jugak dia jika lelaki itu meminta yang bukan-bukan.
"Tolong saya buat ex saya jealous. Boleh tak?" Wajah yang penuh pengharapan itu ditatap penuh keraguan.
"Apa aku dapat sebagai balasan?" Laju Raisyah bertanya.
"Awak dapat saya..." Jawab Dayyan dengan bahagianya.
"Yakinnya kamu..." Balas Raisyah sebelum mereka berdua ketawa.
"Okay, serius talk." Raisyah menyambung kembali ayatnya.
"Kita tengoklah nanti. Apa yang penting, saya nak dia rasa apa yang saya rasa! Saya nak dia menyesal sebab tinggalkan saya demi lelaki tu! Deal?"
"Deal" Mereka tersenyum sinis.
Dil to pagal hai ><
Share this novel