13

Romance Series 4722

ANGEL masuk ke dalam biliknya. Beg pakaian di tangan diletakkan di tepi almari. Punggung dilabuhkan di atas katil.

Nasib baik sempat pergi ambil baju walaupun senja baru balik. Ni semua sebab sepupu aiden tu la! Berbual sampai tak ingat dunia! Dia pergi ambil baju ni pun selepas sepupu aiden dah tak ada. Tu pun nasib baik dia tolong ingatkan si aiden tu! Kalau ikutkan aiden memang esoklah jawabnya! Haish...muda2 pun dah nyanyok! Kalau tua nanti tak tau la macam mana. Silap2 lupa diri terus!

Bebelnya dalam hati. Kalau cakap kuat2 nanti kang dia dengar!

Keluhan dilepaskan. Badan direbahkan. Mata dipejam. Letih. Dalam kepalanya kini ada satu je yang dia nak buat. Berehat! Ya!

Tidak lama kemudian, satu notifikasi masuk.

Ting!

Time dia nak rehat ni lah ada je benda kacau!

Angel mencapai fonnya. Skrin memaparkan satu mesej dari seseorang.

" Hai, sy aaron. Ni no. nana xxx-xxx xxxx. Kenapa awak tak datang sekolah hari ni?”

Mata yang tadi mengantuk bertukar segar apabila menerima mesej dari crushnya. Amboi, bru kenal dah anggap crush. Hehe!

Gembira? Tak payah cakaplah bab gembira tu! Rasa macam nak terbang pun ye!

Tangan laju menaip bersama senyuman di wajah.

" Hai, aaron. Tq bagi no. nana. Susah2 je." send!

Senyuman tak lekang di wajahnya. Tangan disambung menaip.

" Saya demam sikit hari ni. Tak larat nak pergi sekolah." send!

Kalau tipu sikit tak apa kot. Dia bukan tau pun. Sementara menunggu balasan dari aaron, dia berguling-guling dulu atas katil. Meraikan kegembiraannya!

Tidak lama kemudian beberapa notifikasi masuk. Satu dari aaron dan satu lagi dari unknown num.

Dia pelik. Nombor siapa pulak ni?

Hatinya tergerak untuk membuka mesej itu. Dia mengabaikan dahulu mesej dari aaron.

Unknown : Turun cepat! Aku ada hal nak cakap. Tiga minit, kalau tak potong gaji!

Kejap!! Mana dia dapat no. ni?! Jangan cakap yang dia ni.....!!!!

Badan bingkas bangun dari katil! Tangan pantas membuka pintu. Kaki melangkah laju keluar dari bilik. Dia jenguk ke bawah iaitu ruang tamu.

Memang betul sangkaannya! Aiden memandang ke arahnya sambil melambai telefon di tangan. Muka menayangkan reaksi jahat. Tak guna! Kau tunggu!

Angel segera menuruni tangga menuju ke ruang tamu di mana aiden berada. Dia nak buat perhitungan dengan lelaki itu!

Dia berdiri betul2 depan aiden. Tangan disilangkan tanda tidak puas hati. Mata tidak dialihkan memandang lelaki itu. Marah betul nampak!

Lagi tak puas hati bila aiden membalas pandangannya dengan pandangan kosong! Macam orang tak bersalah!

" MACAM MANA KAU BOLEH ADA NO. AKU?!!" tanyanya berterus terang. Bunyinya agak geram di situ tapi nadanya masih direndahkan.

Aiden bangun. Kedua belah tangan diseluk ke dalam poket. Muka di dekatkan ke muka angel. Kelakuan aiden itu membuatkan kepala angel sedikit tergerak ke belakang menjauhi mukanya.

Aiden senyum sinis.

" Kenapa? Kau marah? Kalau aku cakap aku curi dari telefon kau, apa kau nak buat?" Tanyanya ibarat mengugut angel.

Dalam situasi dekat macam ni otak angel tak berapa nak berfungsi sangat. Jadi...

" Err, mana ada aku marah. Aku tanya je. Baguslah kalau kau ada no. aku. Senang sikit nanti aku nak cakap dengan kau. Tak payah cakap depan2. Guna fon je." balasnya bersama senyuman yang dipaksa. Terus hilang amarahnya sekejap tadi sebab gugup!

Ish! Aiden ni tau2 je kelemahan angel!

Aiden menjauhkan semula mukanya. Dia kembali duduk.

" Kalau kau cakap dengan aku guna fon walaupun kita dalam satu rumah aku potong gaji kau." Ujarnya tegas.

Angel mencebik. Ellehh! Sikit2 potong gaji! Macam tak ada benda lain nak ugut! Cakaplah kena buang kerja ke, baru happy sikit aku! Huhu.

" Sampai bila kau nak berdiri depan aku? Duduk!" katanya apabila melihat angel masih statik di hadapannya.

Angel bergerak duduk di sofa sebelahnya. Tu pun nak bising!

Aiden menjeling ke arah angel. Mengumpat pasal aku lah tu!

" Duduk sini! Aku tak makan kau pun!" katanya sambil menepuk lembut sofa di sebelahnya.

Angel diam. Dia berpura-pura tak dengar. Muka dihala ke hadapan. Merajuk? Tak lah, saja je buat macam ni.

Aiden fed up. Letih dengan perangai gadis itu. Dia bangun dan duduk betul2 di sebelah angel.

Angel terkejut!

" Ish! Kau ni! Duduk jauh sikit boleh tak?!" marahnya sambil menolak berkali-kali badan aiden. Menjengkelkan betullah dia ni!

" Tak boleh!" balasnya. Badan dikeraskan.

Kali ni giliran angel pula fed up. Lantak kau lah!

" Apa hal mustahak sangat kau nak cakap kat aku? Cepat sikit." ujar angel malas.

" Oh! Pasal tu. Aku hampir lupa!. Ni pasal sepupu aku. Dia nak tinggal sini beberapa hari sebelum fly semula ke luar negara. Jadi.."

" Apa?! Dia nak tinggal sini?! Dalam rumah ni?! Dia kan dah ada rumah! Buat apa tinggal dalam rumah ni?!" Belum sempat aiden menghabiskan ayatnya, angel terlebih dahulu memotong. Sekali dia tembak memang berdaslah jawabnya!

" Eh! Kau tak boleh ke tunggu aku habis cakap dulu? Bising sangat ni kenapa?!" Katanya sambil menghadap muka angel.

" Mestilah aku bising! Kau tau kan sepupu kau tu macam mana!" balas angel tak puas hati. Muka masam mencuka.

" Jangnlah terburu-buru. Kau belum tau lagi aku izin ke tak dia tinggal sini." katanya. Dia menanti reaksi dari angel.

Muka masam tadi berubah memandangnya.

" Habis, kau izin ke tak?." Reaksi angel masa tu memang tertunggu-tunggu jawapan dari aiden. Dia seolah-olah mengharap jwapan aiden 'tak'. Tapi lain yang jadi.

" Aku bagi dia tinggal sini. Lagipun sekejap je kan." katanya sambil menyandarkan badan ke sofa.

" Apa?! Kenapa kau bagi?! Kalau dia tinggal sini nanti aku macam mana?!" angel menjadi tidak keruan ketika itu. Risau sangat! Sepupu aiden tu bukan boleh pandang ringan!

" Kau tak payah risaulah. Yang penting kau tu pandai jaga diri. Bila masuk bilik jangan lupa kunci pintu. Kau jangan ingat aku tak tau yang pintu bilik kau tak pernah kunci." ujarnya. Dia kemudian bangun ingin menuju ke bilik.

" Kau skodeng aku, eh?! Wei! Kita tak habis bincang lagi!" argh!! Angel tidak dihiraukannya. Kaki melangkah seperti biasa ke bilik.

Bengang betul aku! Boleh pulak dia blah macam tu je?! Masalah aku tak setle lagi tau! Badan disandarkan kasar ke sofa. Tiba2 dia teringat sesuatu! Mesej aaron!

Fon lantas dicapai. Mesej dari aaron dibuka. Mulalah upacara bermaafan darinya.

---------

Aiden menghampiri angel yang sedang nyenyak tidur di sofa. Jam sudah menginjak ke pukul 11 malam. Dia ni memang suka tidur atas sofa ehh?

Fon di tangan angel tiba2 menyala menandakan satu notifikasi masuk. Aiden merampas fon itu memandangkan gadis itu sedang nyenyak.

Terpapar mesej dari aaron. Aiden apa lagi, bacalah! Peluang ada depan mata takkan nak biar je! Satu persatu mesej ditelitinya.

Dia terperuk dalam bilik tadi tengah layan mesej budak ni rupanya! Budak ni ada no. dia takde pulak dia marah! Bila aku ada no. dia mulalah nak persoalkan! Marah? Ye! Memang dia tengah marah sekarang!

" Ap...apa kau buat ni!" angel merampas fonnya yang berada di tangan aiden. Mukanya cuak! Nasib baik tersedar tadi!

Rahsia dah terbongkar ke?! Harap2 taklah! Dia membelek fonnya.

Tiada respon dari aiden. Angel pelik. Dia bercakap dengan aiden sekarang kan? Angel mengangkat mukanya memandang aiden.

Wow! Tajam sekali matanya!

Aiden sedang memandangnya tajam. Mungkin dari tadi kot? Kata2 angel sekejap tadi tidak dihiraukan. Betul ke dah terbongkar! No...oh no...jangan tinggalkan ku! Eh! Salah lagu lah!

Dia menelan liur melihat kelakuan aiden di depannya itu! Seram betul!

Suasana sunyi di antara mereka.

Ting!

Terkejut aku! Masa ni jugaklah kau nak bunyi! Satu mesej dari aaron terpapar di skrin telefonnya. Tak boleh nak reply kat sini! Jadi kena gerak dulu!

" Err...aku naik atas dulu." Pintanya sopan. Hehe. Dia bangun. Kaki ingin melangkah pergi.

Terasa tangannya dipegang. Alamak! Muka perlahan berpaling memandang tangan tersebut. Kemudian mata beralih memandang muka aiden. Mukanya tidak memandang gadis itu sebaliknya tangannya pula yang bermain peranan!

Gawat deh!

" Kau jangan nak lari. Duduk. Aku nak bincang sikit dengan kau." kedengaran garau dan mendatar suara itu menyapa telinganya.

" Err...bincang esok jelah ye! Dah lewat malam ni! Aku pun dah mengantuk! Huargh!!" mulut dinganga ibarat tengah menguap. Harap2 berkesanlah cara ni!

Aiden berpaling memandang angel. Tangan masih erat dalam genggamannya. Lama dia merenung gadis itu. Angel pula pura2 mengantuk. Mata buat2 nak tertidur. Badan dilemahkan. Tak sia2 dia banyak tengok drama sebelum ni. Haha.

Tangannya dilepaskan dari memegang tangan angel.

"Ok. Kita bincang esok! Aku akan pastikan kau takkan terlepas esok!" katanya dengan nada mengugut. Suara dikeraskan.

Angel menelan liur. Datang dah perangai sebenar dia! Aku berharap sangat hari esok lambat tiba!

” O..okey!” Dia kemudian berlari ke bilik. Uish! Seram doh situasi tadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience