1

Romance Series 4722

'Ibu...' Nama orang yang paling disayanginya disebut dengan nada perlahan kerana terlalu terkejut akan kejadian yang berlaku di depan matanya sendiri...air mata yang bergenangan di tubir mata jatuh membasahi pipi gebu miliknya.Kejadian yang meragut nyawa ibunya itu amat tidak disangka.


Tiga orang gangster yang membunuh ibunya itu masih tidak menyedari kehadirannya kerana dia berselindung disebalik tembok...akibat rasa marah yang membuak-buak...dia tidak menyedari bahawa kakinya telah melangkah setapak demi setapak menghampiri gangster tersebut.Belum sempat langkah ketiga diambil, tangannya terlebih dahulu ditarik oleh seseorng dari arah belakang dan dirinya kembali berselindung di sebalik tembok.Mulutnya ditekup.Salah seorang gangster yang terdengar sesuatu dari arah belakang mereka lantas menoleh...kosong...Dia kembali memandang ke hadapan.


Fuhh...satu kelegaan dilepaskan.Dia mengalihkan tangannya dari menekup mulut angela.Angela mengamati wajah itu...oleh kerana keadaan sedikit gelap...dia tidak dpt mengecam wajah itu. Badannya digerakkan setapak ke belakang...lelaki separuh umur yang berada di depan angela mula bersuara setelah menyedari tindakan angela.

"Angela, ini pakcik.Pakcik minta maaf sebab lambat dan tak sempat nk selamatkn mak kamu"


Air matanya juga turut jatuh saat mengungkapkan kata maaf.Dia juga tidak menyangka bahawa adiknya pergi meninggalknnya dengan cara begini...


Setelah mendengar luahan itu, angela lantas memeluk pakciknya.

"Pakcik, angel takut... kenapa diorang bunuh ibu...isk..isk.Ayah mana...kenapa ayah tak tlong ibu...".

"Pakcik pun tak tau mana ayah kamu...yang pakcik tau, ayah kamu trlebih dahulu lari selepas dia tau yang gangster tu nk datang.Itupun ibu kamu yang cakap masa dia telefon pakcik tadi.Pakcik tak sempat nak tanya banyak dekat ibu kamu sebab ibu kamu trlebih dahulu letak telefon".

"ibu kamu ada pesan sruh pakcik jaga kamu dengan baik."

"Pakcik terus bergegas ke sini lepas ibu kamu telefon, tapi malangnya pakcik terlambat..."


Terang pakciknya panjang lebar.


Pakciknya terlebih dahulu menelefon polis sebelum dia ternampak angela.Polis dan ambulans tiba agak lambat, mungkin sebab rumah angela terletak agak jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience