14

Romance Series 4722

Angel membuka sempit pintu bilik. Kepala mengintai keluar. Ok! Line clear! Go!

Dia keluar dengan senyap. Pintu ditutup perlahan. Kakinya juga melangkah perlahan setapak demi setapak menuju tingkat bawah.

" Lewat nampak. Kau tidur pukul berapa semalam?" bunyi pintu bilik sebelahnya ditutup. Lupa pula yang mereka berjiran!

Angel terkejut! Perkara yang dia nak sangat elak pagi ni dah jadi! Kenapalah kau mesti keluar bilik masa sama dengan aku? Tak boleh ke kau keluar awal lagi ke, lewat sikit ke. Kenapa mesti sama?! Haish!

Perlahan angel berpaling. Aiden sedang berpeluk tubuh memandangnya. Dia menayangkan senyuman kambing ke arah aiden. Hehe.

" Ha'ah. Aku lewat sikit hari ni. Semalam tidur lewat. Sakit perut." Katanya sambil menyentuh perut. Fake smile dilemparkan bersama kata2nya sekejap tadi.

Matanya dihala memandang perut angel. Dia kemudian berlalu meninggalkan angel yang masih terpinga pinga di situ. Langkah dihala ke dapur untuk breakfast.

Fuh! Angel menghela nafas lega. Nasib baik dia tak banyak tanya. Kalau tak berpeluh dia nak jawab nanti!

Jam tangan dikerling. Dah lewat! Ni semua sebab dia asyik sangat berbual dengan aaron semalam sampai tidur lewat! Nasib baik aiden tak tahu! Haha!

Kaki melangkah laju ke dapur di mana aiden berada. Nampaknya sekali lagi dia kena bersemuka dengan mamat tu! Huh.

Kelihatan aiden hanya duduk bersilang tangan di atas kerusi tanpa buat apa2. Tak makan ke? Takkan datang dapur nak duduk je? Kalau macam tu kat luar pun boleh duduk.

Biarlah dia! Kau nak sibuk tu kenapa!

Angel duduk selang satu kerusi di sebelah aiden. Tak mahu dia duduk berhadapan dengan mamat tu! Roti dan mentega dicapai. Aiden di sebelah tidak dihiraukan. Sesekali dia jeling aiden dari ekor mata. Nampak sangat mood dia pagi ni tak baik!

Roti di sua ke mulut. Ngap! Aik! Kenapa tak rasa apa2. Rasa kosong di dalam mulutnya. Mata yang tadi ditutup, dibuka. Eh! Mana roti aku?! Hilang terus rotinya di tangan! Tak mungkin hantu yang ambik. Kat meja ni ada aku dengan... kepala berpaling memandang aiden. Ok, faham.

Tapi bila masa dia ambil? Ah! Tu tak penting! Yang penting sekarang kenapa dia 'curi' aku punya roti?! Tak malu betul dia ni! Nk makan tu DIY jelah! Tak payah main curi2!

Menjegil mata angel memandang aiden yang sedang enak makan hak orang!

Aiden memandangnya bersahaja dan menyebut perkataan, " Maid". Angel dah nak meletus kat situ tapi nasib baik dia seorang yang penyabar. Ye ke?

Mindanya kini dipenuhi dengan perkataan 'sabar'. Tu jelah yang dia mampu lakukan untuk menyejukkan hati yang tengah panas sekarang!

Roti dan mentega dicapai sekali lagi. Kali ni dia memegang kuat roti di tangan. Kalau tak buat macam ni sampai bila2 pun roti tak sempat masuk mulut!

Suasana sunyi di antara mereka. Dua2 tengah bad mood.

" Jadi bila kita boleh bincang?" Pertanyaan dari aiden menyentakkan angel.

Bincang?! Alamak! Kuat jugak ingatan dia ni!

Roti cepat2 dihabiskan. Beg sekolah dicapai.

" Bincang nanti jelah! Aku dah lambat ni! Bye!" Dia pergi meninggalkan aiden keseorangan di dapur.

Aiden turut bangun mengejar langkah angel. Jangan ingat kau boleh mengelak dari aku!

Sesampainya di pintu, kelihatan kelibat angel sudah tiada. Cepat betul dia ni! Nak mengelak sampai macam tu sekali!

Aiden bercekak pinggang di situ.

------------

Fuh! fuh!

Sampai semput angel lari. Dia berpaling ke belakang. Bimbang takut aiden kejar dia sampai sini! Tak ada! Bagus! Sekarang baru boleh jalan!

Baru je nak jalan, pap! terasa bahunya di tepuk dari belakang. Liur ditelan! Jangan2 aiden tak! Ahh! Tuhan selamatkanlah aku!

Dia beranikan diri berpaling.

" Hai!" manusia di hadapannya itu melambai ke arahnya. Nasib bukan aiden!

Nafas lega dihela.

" Hai, aaron!" senyuman semanis madu dihadiahkan.

" Kenapa dengan awak tadi? Pelik semacam je saya tengok? Macam baru kena kejar hantu." Dia ketawa melihat reaksi angel semasa dia menegur gadis itu tadi.

" Eh, taklah! Mana ada saya kena kejar dengan hantu. Awak ni." Kata angel berserta ketawa yang dibuat-buat. Memang bukan hantu yang kejar dia, tapi manusia yang berperangai macam hantu!

" Awak tinggal kat sini?" tanya aaron sambil mereka berjalan seiringan ke sekolah.

Waduh! Nak jawab apa ekk!

" Err...tak lah. Rumah saya kat kawasan lain. Saya datang sini sebab ada kerja sikit." tipunya. Hal2 macam ni bahaya kalau jujur! Sebab tu kena tipu walau risikonya tinggi nanti.

" Kerja? Kerja apa?" tanya aaron lagi.

Angel menyembunyikan paniknya. Banyak tanyalah pulak crush aku ni!

" Eh! Dah lewatlah! Cepat2 lari!" idea bernas itu datang tepat pada masanya. Tanpa berfikir panjang dia menarik tangan aaron lari bersamanya. Maka bermulalah acara maraton dia antara mereka berdua.

------------

Kring!!!

Yey! Balik!

Cepat betul hari ni berlalu. Tup tup dah habis class. Masing2 tak sempat nak main2 sebab exam pun dalam 3 bulan lagi. Tapi aku pun tak tau kenapa yang sorang tu macam tak bersungguh nak exam. Siapa? Siapa lagi kalau bukan orang sebelah aku ni! Orang yang kerja dia tidur je setiap kali datang sekolah! I cannot brain betullah!

" Angel, jom join kitorang study group." pertanyaan nana mengejutkan lamunan angel. Sempat lagi dia mengelamun ye.

" Ah? Study group? Saya..." dia menjeling ke arah aiden di sebelah yang sedang bersiap untuk pulang.

Aiden menghantar jelingan maut ke arah angel! Angel faham sangat dengan isyarat tu! Dia kembali memandang nana.

" Sorry, nana. Saya tak boleh join. Tiba2 pulak saya rasa sakit perut." nada angel sedikit sedih. Benci betullah! Semua kena ikut arahan dia! Argh!

Aiden memandang angel sinis. Sakit perut? Alasan sama macam pagi tadi. Tu je ke alasan yang kau ada? Lembap betul!

Dia kemudian berlalu pergi.

" Sakit perut! Awak okey tak sekarang? Kalau tak saya boleh teman awak balik." ujar nana sedikit gusar.

" Eh! Takpa2. Saya boleh balik sendiri. Lagipun lepas saya rehat nanti hilanglah sakit ni." angel senyum bagi menghilangkan kerisauan nana. Rehat? Tinggi betul angan2 kau angel! Haih.

" Korang tak nak balik lagi ke? Jomlah." bunyi suara aaron mencelah di antara perbualan meraka.

" Nak balik dah. Jomlah gerak sama." Nana menjawab pertanyaan aaron.

Mereka bertiga kemudian berlalu. Bergema bunyi ketawa masing2 memandangkan hanya mereka bertiga yang ada di laluan itu. Seronok sangat berbual.

Mereka berpecah memandangkan nana dan aaron sama2 join study group. Bestnya! Aku pun nak ikut! Huhu...Aku benci kau aiden!

Angel pula pulang berseorangan. Sedih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience