KREK!!!
Angel tersedar apabila dia terdengar bunyi pintu dikuak dari luar. Seseorang masuk dan menyepak kakinya.
Tak guna betul! Sakit kaki aku kau tau tak!
Seseorang itu mula bersuara
"Woi, bangun! Kau pakai baju ni cepat! Bos nak jumpa kau!" dia melemparkan baju berwarna kulit kepada angel. Dia berlalu keluar dan mengunci pintu.
Angel menilik baju itu. Ia kelihatan agak seksi.
Angel teragak-agak untuk menyalin pakaiannya. Dia memerhati sekeliling bilik takut2 ada cctv.
Nasib baik tak da cctv! Dia pun menukar pakaiannya dengan tergesa-gesa.
Mana la tau masa dia tengah salin pakaian tu tiba2 pintu terbuka ke? ha?
5 minit kemudian, angel siap dengan pakaian yang diberi oleh penjahat itu.
Dia memandang dirinya, gaun tak berlengan separas peha yang tersarung di tubuhnya itu mampu membuat mata2 keranjang memandangnya.
Eeee!!! Tak mau, tak mau
Angel ingin menukar semula baju itu namun tak sempat. Pintu dikuak dan dua orang penjahat semalam menapak masuk.
Penjahat itu menarik kedua belah lengan angel dan membawanya keluar dari bilik itu.
Angel teringat sesuatu apabila melihat jam di tangan salah seorang penjahat itu.
8:00 pagi!!!
Alamak, sekolah!!!
Ehh, jap. Hari ni hari......sabtu!
Fuh! nasib baik cuti hri ni. Kalau tak mesti kena denda sebab tak datang sekolah.
Angel ditolak masuk ke dalam kereta. Mujur saja gaunnya tak terselak. Kalau tak nanti kat situ jugak dia kena rogol!
Tangannya diikat ke belakang.
Kereta bergerak laju membelah kesunyian pagi.
Salah seorang penjahat itu tidak lekang dari memandang angel dari atas ke bawah melalui cermin. Angel sedar akan perbuatan penjahat itu tapi dia hanya mampu berdiam diri. Hatinya sedikit panas.
Pandang2, aku korek biji mata tu baru kau tau langit tu tinggi ke rendah!
Angel membuang pandangannya ke luar tingkap.
DI RUMAH AGAM
Tok! tok! tok!
Pintu rumah di ketuk dari luar oleh seseorang.
Terkejut sir emire apabila membuka pintu itu.
"Aiden! Lama betul kau tak datang rumah pakcik, ye! Masuk, masuk!" jemput pakciknya.
Aiden melangkah masuk ke dalam rumah pakciknya dan menuju ke ruang tamu.
"Jemput duduk" pelawa pakciknya
Aiden duduk. Kelihatan ramai pengikut pakciknya berdiri di belakang mereka. Situasi ni tak pelik baginya kerana pakciknya salah seorang gangster yang kuat di kawasan itu.
Mereka memulakan perbualan.
"Aiden minta maaf sebab lama tak datang sini. Aiden datang ni pun sebab papa yang suruh" katanya.
"Tak apalah, aiden. Lagipun pakcik bukannya ada masa free sangat. Lepas ni pun pakcik ada hal yang kena selesaikan" jawab pakciknya.
"Hal? hal apa pakcik?" aiden bertanya.
Sir emire mendekatkan mulutnya ke telinga aiden dan berkata.
"Pakcik nak pergi jual sorang perempuan ni. Pakcik yakin yang pakcik akan untung besar kali ni" ujar pakciknya dan kembali duduk seperti biasa.
Hal membunuh dan menjual beli manusia ni tak asing lagi dalam kalangan gangster sepertinya. Hal ini dianggap biasa.
Aiden terkejut.
"Mana pakcik dapat perempuan malang tu?" tanyanya berserta ketawa kecil
"Dia anak musuh pakcik yang pakcik bunuh hari tu" katanya bersahaja
Lama mereka berbual, kedengaran sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah agam itu.
"Ha! dah sampai pun" ujar sir emire
Aiden pelik
"Apa yang dah sampai, pakcik?" tanyanya
"Alah kamu ni, lembap betul. Orang yang pakcik nk jual tu lah" jawab pakciknya sambil berjalan menuju ke muka pintu. Aiden mengikut pakciknya dari belakang.
Dia pun nak tau juga siapa yang bernasib malang itu.
ANGEL hanya termenung sepanjang perjalanan. Sedar2 je kereta dah masuk kawasan rumah agam yang dia pun tak tau milik siapa.
Angel tergaman dari dalam kereta.
Wah! rumah ke sekolah ni! Besar gila!
Pintu kereta sebelah kanan angel dibuka dari luar. Angel diheret keluar dari kereta.
Masib baik tangannya diikat. Nak je dia gigit tangan dua penjahat itu. Dirinya asyik diheret dan ditolak beberapa kali!
Lengan angel ditarik ke muka pintu.
Pintu dibuka dari dalam.
Sekarang baru angel tau rumah siapa yang besar bak sekolah ni.
"Sir emire, ini dia. Kami dah buat semua yang sir minta" ujar salah seorang penjahat itu sambil menunduk hormat.
Angel sedikit terkejut.
Oh! jadi nama pembunuh tu 'sir emire'!?. Sayang betul, nama dah cantik tapi orangnya pula jahat mengalahkan syaitan!
Angel sungguh benci melihat wajah di hadapannya itu
Angel sekali lagi terkejut! Kali ini terkejutnya memang tak boleh dibawa bincang!
Kenapa mulut puaka tu ada kat sini?!
AIDEN juga terkejut. Macam mana perempuan tu boleh terjebak dengan pakciknya?!
Banyak persoalan yang timbul dalam benak pemikirannya. Dia kemudian teringat sesuatu.
Jap! Jadi, pakcik nak jual dia?! Aku takkan biarkan pakcik jual dia! Aku yang nak dia dulu!
Angel memandangnya dengan pandangan yang tajam!
Aiden mendapat satu idea bernas baginya tapi tak bagi angel. Dia mengajak pakciknya untuk berbual sebentar.
Pakciknya kemudian mengarahkan dua penjahat itu membawa angel masuk.
Mereka berbual di satu sudut rumah.
" Ha! kenapa dengan kamu ni, aiden? Tiba2 ajak pakcik berbincang?" tanya pakciknya kehairanan
" Macam ni , pakcik. Aiden sebenarnya tengah cari pembantu rumah. Tapi aiden takda masa nak cari. Kerja banyak sangat" katanya teragak-agak.
"Jadi?" tanya pakciknya lagi tidak mengerti
" Jadi, boleh tak kalau aiden nak beli perempuan tu? Untuk dijadikan pembantu rumah aiden" jawabnya sekali lagi. Kali ini terus kepada hajatnya.
Pakciknya diam buat seketika. Berfikir agaknya orang tua tu.
Akhirnya dia bersuara
" Kalau macam tu....ok, baiklah. Pakcik akan jual perempuan tu. Tapi dengan satu syarat."
Alamak, bersyarat pulak. Aiden mula risau
" Syaratnya, kamu kena bayar 2 kali ganda dari harga asal, boleh. Pakcik bukannya berkira dengan kamu, tapi kamu kenalah faham yang pakcik ni berniaga. Mestilah pakcik nak untung tambahan pula, dia tu masih bernilai" ujar pakciknya
Aiden berasa lega dengan syarat yang dikenakan.
Kalau pasal duit tu tak payah la risau. Aiden ada lebih daripada itu.
Aiden mengangguk tanda bersetuju.
Mereka berjabat tangan.
ANGEL yang dari tadi menjadi pemerhati setia pelik apabila mereka berjabat tangan.
Mesti ada yang tak kena!
Sementara itu angel cuba melepaskan ikatan tangannya. Namun gagal.
Sakit wo! dahla ikat ketat! mahu tercabut tangannya.
AIDEN dan pakciknya menapak menuju ke tempat di mana angel duduk.
Sir emire terlebih dahulu bersuara
" Aku dah jual kau kat anak saudara aku, aiden."
Terbuntang mata angel memandang sir emire.
Wah! jujur sekali kamu ya!
Dia kemudian memandang aiden dengan wajah tak puas hati.
Kau! kau ingat aku barang ke nak main2 beli!! Siap kau nanti! Aku tumbuk kau sampai lumat!!
Aiden membalas padangan angel dengan jelingan nakal.
Akhirnya, aku dapat juga kau.
"Kalau macam tu, aiden balik dulu lah pakcik" dia tidak sabar nak kenakan angel.
"Ye, ye. Ni, pakcik nak pesan. Kalau kamu taknak dia, pakcik sudi beli" kata pakciknya bersama senyuman
Aiden hanya membalas senyuman pakciknya. Dia memegang lengan angel dan membawanya masuk ke dalam kereta.
Kereta aiden bergerak menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan, aiden kerap memandang angel yang duduk di sit sebelahnya. Dia suka melihat wajah angel yang sedang marah.
Sebelah tangan aiden mula bergerak menyentuh peha angel yang separa terdedah. Dia menggosok peha gebu itu.
Angel mula bengang.
Berani kau sentuh aku! Aku bunuh kau nnti!
Angel menggoyangkan pehanya. Harapannya hanya satu, ya tuhan kau tanggalkanlah benda yang melekat di pehanya itu!
Malangnya gagal.
Aiden ketawa kecil melihat gelagat angel.
Dia bersuara untuk memecahkan kesunyian di antara mereka. Tangannya masih melekat di peha angel.
"Kau tau tak yang baju kau tu mampu buat aku hilang kawalan?" dia menantikan reaksi dari angel
Angel sudah tidak mampu berdiam diri lagi
" Baik kau alih tangan kau dan tutup mulut puaka kau tu sebelum hari ni berubah jadi hari kematian kau!" marah angel.
Aiden ketawa geli hati. Dia tidak menghiraukan kata2 angel.
Mahu meletup saja angel di situ.
Takpa2, hari ni hari kau. Bila tiba hari aku pulak, aku akan pastikan kau masuk kubur!
Share this novel