KRING!!!!
SEBELAH tangan bergerak mematikan jam. Jam dikerling malas.
7:45 PAGI
Terbuntang mata mengantuk angel.
" Hah!!! alamak! aku dah lambat ke sekolah!" tangan segera mencapai tuala. Langkah menapak laju ke bilik air.
Letih sangat jadi maid si tak guna tu semalam sampai terlajak tidur. Ingatkan sikit je kerja yang kena buat, rupanya bnyak! disuruh pula basuh baju dia yang entah berapa bulan tak basuh! banyak sampai setengah kena basuh dengan tangan! Dia tau tengok je lepas tu hilang entah ke mana! ishh! geram betul aku! nasib baik berbayar! kalau tak aku dah lama lari!
Sempat lagi angel menghamburkan kemarahannya semasa mandi.
Tak lama lepas itu dia siap mandi. Baju sekolah disarung ke tubuh dengan tergesa- gesa. Barang sekolah dimasukkan ke dalam beg. Beg dipikul dan turun ke bawah.
Mesti korang pelik kan? mana datangnya baju dengan peralatan sekolah tu sedangkan aiden bawa dia datang rumahnya dengan sehelai sepinggan.
Ha! meh sini nak cerita sikit. Semalam aiden keluar dalam masa sejam. Lepas tu dia balik. Dia pun bagi kat angel satu kotak. Dalam kotak tu ada barang2 tu lah. Angel faham kenapa aiden ambil barang keperluan sekolah je. Sebab tak kan lah aiden nak kemas baju2 angel. Tak pasal2 dia nampak pakaian berharga angel nanti! ha! Jadi, macam tu lah alkisahnya. Sekian!
------------
Langkah kaki angel dibawa ke dapur. Walaupun dah lewat, dia kena juga makan. Sikit pun jadi lah asalkan perut tak kosong. Dia dah biasa macam tu.
Terlihat aiden juga sedang bersarapan. Tapi lagaknya sangat bersahaja. Orang yang dah biasa pergi sekolah lewat macam tu la. Yela, sekolah atuk dia la katakan! huh!
Angel duduk berhadapan dengan aiden. Roti dan kaya dicapai.
" Kau bangun lambat?" tanya aiden acuh tak acuh memecahkan kesunyian di antara mereka.
Angel memandang aiden tak puas hati.
" Kalau kau bangun awal sangat kenapa tak kejutkan aku?" jawabnya malas. Roti di sua ke mulut.
" Kau nak ke aku kejutkan kau? Kalau aku kejutkan kau, aku tak ketuk pintu, aku masuk terus baru senang nak kejutkan" katanya dengan nada lembut. Tangan ditongkatkan di atas meja memandang angel.
Hampir tersedak roti yang di makan angel bila dengar aiden cakap macam tu. Nasib baik dapat dikawal. Kalau tak nanti pagi tu juga dia arwah! Air diteguk berkali -kali.
" Esok aku kejutkan kau ye." sambung aiden lagi apabila angel tidak menjawab pertanyaannya.
Angel memandang aiden. Dia lantas menggelengkan kepalanya. Jangan harap kau boleh masuk bilik aku!
" Tak perlu! aku boleh bangun sendiri!" angel bangun dari kerusi yang dia duduk. Dia berjalan laju ke muka pintu. Kasut dicapai dan disarung dengan tergesa.
Aiden yang masih di meja makan tersenyum sinis dengan reaksi angel. Tadi suruh kejut sangat! Orang dah baik hati nak kejutkan tak nak pula! Tu lah, lain kali cakap tu fikir sikit! Gumannya dalam hati.
Tiba2 dia teringat sesuatu. Makanan laju dihabiskan. Kaki melangkah segera ke muka pintu. Nasib baik angel masih tengah pakai kasut. Dia menghampiri gadis itu.
" Hoi!" panggilnya.
Oh mak kau! Terkejut angel dibuatnya. Angel berpaling dengan muka menahan marah. Aiden sedang sibuk ketawakannya.Kau memang tak boleh tengok orang senangkan?!
" Kau nak apa panggil aku! aku dah lambat ni!" dia berdiri menghadap aiden sambil berpeluk tubuh.
Wajah aiden kembali tegang selepas puas dia ketawakan angel.
" Ni aku nak beritahu kau. Kat sekolah nanti, kita buat macam biasa je. Kau jangan nak cakap kat orang lain yang kita ni tinggal serumah. Faham!" nadanya agak serius.
Angel memandangnya dengan pandangan kosong. Elleh! kau ingat aku happy ke duduk dengan kau sampai kena cerita kat orang lain?!
" Kalau kau tak cakap pun aku tak akan buat semua tu. Membazirkan masa aku je dengar kau cakap semua ni!" badan dipusingkan ke depan. Niat kakinya nak melangkah tadi tak jadi. Dia pun ada nk cakap sikit dengan aiden.
Badan kembali menghadap aiden.
" Aku pun nak cakap sesuatu jugak. Kat sekolah kita musuh. Kat rumah aku hormat kau sebagai tuan rumah. Ok, bye!" dia terus memecut laju ke sekolah. Tak kan nak melenggang lagi dah tau lambat kan?
Huh! musuh! aiden juga bergerak untuk pergi ke sekolah. Dia mengunci pintu. Kata2 angel sebentar tadi dibiarkan bagai angin yang berlalu. Ada aku kesah kau nak anggap aku musuh ke kau nak hormat aku ke! yang penting kau tak campur urusan aku sudah!
Langkah dihala ke sekolah. Dia lebih suka berjalan ke sekolah. Dapat juga sihatkan badan yang dah sihat ni.
----------------------
Angel sampai di hadapan pagar sekolah. Badannya sedikit berpeluh kerana berlari tadi. Mujurlah rumah aiden tu dekat sikit dengan sekolah. Tak lah lambat sangat dia sampai tadi.
Pagar masih terbuka! yeay!
Dia berlari dengan gembira memasuki pagar terus menuju ke kelasnya.
Sesampainya di kelas, dia membuka pintu dengan nafas tercungap-cungap. Seisi kelas memandangnya yang masih berada di pintu kelas. Kaki ingin melangkah masuk namun...
" Siapa suruh kamu masuk?!" seseorang melarangnya dari memasuki kelas.
Aik! Suara siapa tu? Angel memandang meja guru. Alamak! Seorang guru wanita yang sedang duduk memandang angel dengan wajah bengis. Tak pernah nampak pun cikgu ni? cikgu baru ke? kenapa garang sangat? aduhai, habisla aku!
Angel baru saja ingin membuka mulut tapi guru itu terlebih dahulu memarahinya.
" Saya dengar yang kamu ni murid baru. Baru datang sekolah ni dah lambat. Tak berdisiplin langsung! Saya tak suka orang masuk kelas saya lambat! Jadi kamu berdiri di luar sekarang sampai kelas saya habis!" katanya sambil bercekak pinggang. Murid lain hanya mampu mendiamkan diri.
Angel menundukkan kepalanya. Dia salah sebab bangun lambat. Angel bergerak berdiri di luar kelas. Wajahnya kelihatan agak sedih.
Kelibat aiden muncul menuju ke kelas. Dia ternampak angel sedang berdiri dengan wajah yang sedikit menunduk. Kesian. Dia membuka pintu dan melangkah ke dalam kelas.
Angel yang berada di luar terkejut. Biar betul dia ni! Tak takut ke!
Dari arah luar, terdengar suara guru itu memarahi seseorang. Sebentar itu aiden keluar berdiri di tepi angel. Dia juga didenda.
Angel ketawa kecil. Dia memandang ke arah lain. Bimbang takut aiden perasan.
Padan muka! Kau ingat semua orang dengar cakap kau ke! huh!
Aiden memandang angel.
" Ha! gelaklah puas2! kau pun kena jugak!" sindirnya.
Angel berhenti ketawa. Dia memandang aiden.
" Kau nak marah aku apasal! sepatutnya aku yang marah kau tau! sebab kaulah aku lambat!" angel meninggikan sedikit suaranya. Dia membalas pandangan dengan aiden.
" Apasal aku pulak! kau tu yang bangun lambat! kalau aku kejutkan nanti kau marah!" matanya dilarikan dari memandang angel. Malas nak layan.
Angel mendiamkan diri dengan muka tak puas hati. Dia pun malas nak bertekak pagi2 ni. Kalau cikgu dengar nanti lagilah kena marah. Kalau nak ikutkan hati, dah lama perang dunia antara mereka! Cakap dengan lelaki ni tak boleh lembut2! nanti tak masuk otak!
Masing2 mendiamkan diri hingga kelas pertama habis. Cikgu itu berhenti di hadapan mereka sebelum bergerak ke kelas lain.
" Lain kali saya tak nak tengok kamu berdua lambat lagi kelas saya, faham!" nadanya sedikit tegas.
Keduanya mengangguk faham. Guru itu berlalu dan mereka berdua masuk ke dalam kelas. Langkah dihala ke sit masing2.
Angel duduk di kerusinya. Keluhan dilepaskan. Lenguh betul berdiri tadi. Dia memandang aiden. Macam biasa, kepala diletakkan di atas meja menghadap tingkap. Tidurla tu. Memang dia pergi sekolah untuk tidur je ekk?
Angel memandang sit di hadapannya. Kosong. Maknanya nana tak datang hari ni. Mesti ayah dia tak keluar lagi dari hospital. huh...sunyinya...
Nak mesej tak ada nombor.
Minta dengan orang lain?
Tak nak la, malu. hehe. Aku kan baru lagi. Agak agaknya aiden ada tak nombor nana? nak tanya sekarang ke? macam mana? dia kan tengah tidur.
argh!
Angel memegang kepalanya. Kusut betul!
"Hai, angel" seseorang menghampiri mejanya.
Angel mendongakkan kepalanya. Wow! so hot! siapa ni?!
Seorang lelaki memandangnya dengan senyuman manis. Senyuman ikhlas!
" Hai" angel menjawab sepatah. Wajah meleretkan senyuman. Maklumlah, hati sedang berbunga.
" Nama saya, arron." ucapnya sambil menghulurkan tangan ke arah angel.
Arron? wah! nama cantik, sesuai sangat dengan orangnya. Angel senyum dalam hati. Dia menyambut huluran tangan arron.
" Saya ketua kelas ni. Kalau ada apa2 awak nak tanya boleh tanya saya. Awak nak suruh saya tolong apa2 pun boleh." katanya. Senyuman tidak lekang di bibir.
Wow! senyuman dia! boleh mati aku kat sini! Ni baru betul lelaki sejati. Tak macam yang sorang tu! bagi senyuman susah, macam nak bagi emas!
" Ooo...Kalau saya nak tanya sesuatu boleh?" tanya angel lembut. Amboi! mentang2 la kat depan ni bidadara, terus berubah perangai!
" Boleh" dia memandang angel.
" Awak ada tak nombor nana? Saya nak nombor dia" tanya angel sedikit malu. Uwekk! nak muntah la dengan perangai angel ni!
" Nombor nana? Mesti lah ada. Kitorang kan classmate. Tapi, sebelum saya bagi nombor nana, awak kena bagi nombor awak dulu." katanya
Nombor aku? dia nak nombor aku! oh my god!
" Boleh2 nah." angel menulis nombornya dalam sekeping kertas dan di beri kepada arron.
" Terima kasih. Nanti saya mesej awak" katanya dan berlalu ke tempatnya semula.
Aiden memandang gelagat dua orang di tepinya dari tadi. Dia mula menyampah. Gedik! Loya tekak aku dengar 'saya''awak' dari mulut kau. Dia bangun dari tempatnya. Kaki dihayun ke tandas. Sakit mata bila tengok gelagat diorang. Nasib baik sakit mata je. Kalau sakit hati? naya dia kat situ.
Angel memandang aiden yang keluar kelas. Entah ke mana pula lelaki tu nak pergi. Alang2 dah keluar kelas tu baik balik terus! Kalau datang sekolah pun tak guna kalau asyik tidur je masa belajar!
Bebelnya geram!
Guru subjek seterusnya masuk. Kelas berjalan seperti biasa hingga tiba waktu rehat.
Angel terpaksa rehat sendirian sebab nana tak datang. Dah la bekal tak bawak. Kalau bawa bekal tak payah susah2 pergi kantin.
Angel lalu di hadapan sebuah bilik yang berada tidak jauh dari kantin. Satu tangan menarik tangannya masuk ke dalam bilik itu.
Share this novel