11

Romance Series 4722

KEPALA terasa berat untuk di angkat. Mata masih belum bersedia untuk dibuka. Tangan mencari telefon yang selalu diletakan di atas meja lampu tidur. Tiada. Tangan berhenti mencari apabila menyedari ada sesuatu di atas badannya.

Mata dibuka lemah. Dia mengangkat sesuatu yang berada di atas badannya. Tangan! Tangan siapa ni! Seingat aku, aku tak ada potong tangan sapa2 buat peluk tidur!

Mata dihala ke sebelah. Aiden! Ahhh! Di tendangnya badan yang masih lena itu sampai jatuh ke bawah.

Buk!

" Aduh!" bertambah sakit belakangnya. Dah la yang kena hempuk semalam belum hilang lagi!

" Kau ni dah kenapa! Pagi2 lagi dah buat aku marah!" marahnya sambil memandang angel yang masih statik di atas katil. Belakang badannya digosok.

Angel membalas pandangan aiden dengan wajah tak puas hati.

" Kau tu yang kenapa! Macam mana aku boleh tidur sekatil dengan kau pulak! Kau nak ambil kesempatan kat aku kan!" tuduh angel. Kalau dah marah memang macam ni la.

Aiden terkejut! Amboi2...sedap mulut kau je kan tuduh aku macam tu!

" Kau sepatutnya bersyukur tau semalam aku bawak kau balik masa kau pengsan! Kalau ikutkan hati aku ni, aku biar je kau pengsan kat situ! Biar hantu2 yg temankan kau!" katanya sambil menudingkan jari ke arah angel. Siapa tak sakit hati bila kena tuduh pagi2 ni!

" Habis, kenapa kau tidur dalam bilik ni dengan aku! Bilik kau mana! Dah kena roboh?!" Angel tidak mengalah. Yang pasal dia tolong aku tu tolak tepi. hehe...Yang lagi penting kenapa dia ada dalam bilik ni!

Aiden senyum sinis mendengar pertanyaan angel.

" Kau tak ingat ke kau pura2 tak ingat? Semalam kan kau yang tarik tangan aku sampai aku tak boleh keluar dalam bilik ni. So, terpaksalah aku tidur sini." Jelas aiden sedikit sabar. Pagi tak elok marah2 nanti cepat tua! Dia tak nak wajahnya yg kacak ni berubah tua disebabkan perempuan ni!

Angel sedikit terkejut.

Aku?! Aku tarik tangan dia?!

Otak diperah untuk mengingati semula kejadian semalam. Namun hampa. Satu benda pun dia tak ingat! Wait! Aku kan pengsan, memanglah aku tak ingat apa2! Ish! Dia ni! Saja nak putar belit cerita!

Wajahnya memandang tepat ke dalam mata aiden.

" Mestilah aku tak ingat! Aku kan pengsan! Kau tu, dah tau terpaksa tidur dlm bilik ni sebab 'AKU TARIK TANGAN KAU ' , kenapa tak tidur bawah?! Ha?!" Tembak angel. Dia tetap nak salahkan aiden. Sebab memang salah dia pun!

Aiden smirk! Langkah dihala ke arah angel.

" Ni kan rumah aku! Semua barang dalam rumah ni milik aku. Termasuk kau! Jadi, ikut suka hati akulah nak tidur mana pun. Kalau aku tidur sekatil dengan kau pun kenapa? Kau kan milik aku. Kau lupa ke?" Katanya dekat di telinga angel. Dia kemudian menapak keluar dari bilik itu. Buang masa je lama2 dalam tu kalau nak bertekak je. Baik bersiap ke sekolah.

Eh kejap, sebut pasal sekolah...

Angel masih di atas katil. Dia memikirkan kata2 aiden tadi. Meremang betul badannya bila aiden cakap yg dia milik lelaki tu! Maknanya dia berhak buat apa pun kat aku! Berhak tengkorak kau! Kau dengan dia bukan suami isteri pun! Argh! Stop think about this ok! Baik bersiap pergi sekolah.

Memandangkan dia masih lagi menyarungkan seragam sekolah, dan dia hanya ada satu sahaja baju tu, jadi kenalah buka dulu sebelum ke bilik air. Lepas mandi nanti kena pakai balik nk pergi sekolah.

Angel menghidu bajunya sebelum membukanya. Nasib baik tak bau busuk! Kalau tak nanti habis perfume dia nanti semata mata nak hilangkan bau ni.

Butang baju dibuka. Sekaligus dengan itu juga pintu biliknya dikuak dari luar. Aiden masuk.

Angel terkejut gila masa tu!

" Ahh!!!!!!!” tangannya menutup badannya dengan baju. Tak guna betul! Kenapalah masa ni jugak kaki kau gatal nak masuk hah! Aku pun satu, lupa nak kunci pintu!

Aiden lantas menekup mulut angel. Posisi mereka kini agak dekat. Angel lagi lah terkejut! Dah la belakang badannya terdedah! Nasib baik depan sempat tutup tadi!

Aiden memandang angel.

" Kau dah gila ke?! Kalau jiran lain dengar macam mana?! Nanti dorang ingat aku buat apa2 kat kau pula!" tangannya dilepaskan dari menekup mulut angel.

Angel membalas pandangan aiden dengan wajah yang sangat marah!

" Biar dorang dengar! Memang itu pun yang aku nak! Kau memang nak buat apa2 pun dekat aku kan! Ahh!!!" Suara sengaja dikuatkan sampai bergema satu bilik!

Aiden kembali menekup mulut angel. Matanya tajam menjamah wajah gadis itu.

" Kalau kau jerit lagi aku tak akan teragak agak cium kau!" Ayatnya kedengaran sedikit tegas.

Angel diam sebaik sahaja kata2 aiden itu masuk kedalam telinganya. Aku tak nak kena cium dengan dia ni! Lain la kalau dengan aaron. Eh! tiba2 pula nama dia muncul!

Aiden melepaskan tangannya buat kali kedua setelah angel diam.

" Aku masuk sini sebab nak cakap yang kau tak perlu pergi sekolah hari ni. Kau tak payah nak melawan. Ikut je cakap aku. Nanti aku pandai2 la cakap kat cikgu." Katanya bersahaja. Dia tak sedar yang angel dah malu tahap gaban kat situ! Dengan posisi mereka yg sangat dekat. Angel pula dengan keadaan begitu!

" Kau boleh je cakap kat luar! tak perlu lah main redah je masuk bilik aku ni! nasib baik aku sempat." Dia menuturkan ayat itu dengan sedikit marah namun suara diperlahan kan.

Aiden sedikit tak faham dengan ayat angel. Sempat? apa yang sempat?

Dia menjarakkan sedikit badannya. Mata memandang angel. Ok! Now I see!

Dia memandang angel sinis. Memanglah baju tu tutup badannya tapi masih boleh nampak sedikit.

" Kau tak perlu kot struggle tutup badan kau sebab kau kan milik aku." Langkah dihayun keluar dari bilik.

Angel bengang! Argh! Bencinya aku!!! Tak habis2 ulang ayat sama! Tu je ke modal ayat yg kau ada?!

huh!

Tuala dicapai dengan geram! Dia menuju ke bilik air. Tak ke sekolah pun tetap kena mandi. Tapi baju? aa!!! malas btul aku nak cakap dengan dia tu! Tapi nanti nak pakai baju mana? Lantaklah! Mintak je! Buat macam tak ada apa yg terjadi!

Angel menyarungkan semula baju yg menutupi badannya. Kaki menuju ke bilik aiden.

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk.

Lama dia tunggu tak buka juga pintu bilik dia ni! Pekak ke!

Mak cakap kalau dah ketuk pintu tapi tak buka juga kita boleh masuk! Dah ketuk kan, bukan salah kita kalau kita masuk. Dia tu yang tak dengar!

Angel memberanikan diri memulas tombol pintu. Tak kunci! yes!!

Kaki melangkah masuk dengan berhati hati. Dia menuju ke almari baju aiden. Takpe ke kalau aku buka almari dia?

Lama dia berdiri di hadapan almari tu. Maklumlah, nak buat sesuatu ni kena fikir panjang. Kalau salah langkah nnti dia yang kena.

Asyik sangat berfikir sampai tak sedar ada orang kat belakangnya.

" Kau buat apa kat dalam bilik aku ni?" suara itu menjamah kasar telinga angel.

Angel kaku di situ. Alamak!!

Badan perlahan berpaling menghadap gerangan yang menyapanya.

Mata melekat di tubuh tegap milik aiden yang hanya mengenakan tuala. OH MY ENGLISH!!

Tergamam angel di situ. Terpegun sangat tengok badan aiden yang...wah!!

Aiden memandang angel. Heh! Wajah angel dipaut memandangnya.

" Aku tanya, kau buat apa kat sini. Tak dengar ke?" tanyanya.

Angel tersentak. Mukanya sdikit merah menahan malu! Boleh pulak dia mengagumi bentuk badan aiden tadi! Kebodohan terserlah betullah!

" Umm...aku...umm. Ha! baju! aku nak pinjam baju kau! Sebab tu aku masuk. Aku dah ketuk tapi kau tak dengar." Jawabnya jujur. Dalam situasi macam ni tak ada gunanya menipu.

Aiden mengecilkan matanya. Boleh percaya ke?

Angel menghadiahkan senyuman palsu demi meyakinkan aiden.

" ok. Aku bagi pinjam. Kalau hari2 kau nk pinjam pun ak tak kesah. Mesti kau suka pakai baju aku kan." katanya sambil membuka almari.

Angel yg mendengarnya mula loya. Sudah...! Kalau jujur kang macam ni pulak! Lantak kau lah nak pikir apa pun.

" Nah! jangan lupa basuh pula!" aiden menghulurkan bajunya.

" Ye2 Aku basuh!" tangannya pantas mencapai huluran aiden. Dia kemudian berlari masuk ke dalam biliknya semula. Tak kuat dia ada lama dalam bilik aiden.

Mereka kembali buat hal masing2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience