KERETA diparkir dihadapan rumah.
Aiden mengerling angel di sebelah. Nyenyak betul gadis itu tidur. Ingatkan kalau hati tengah membara marah tak ada masa nak tidur. Rupanya tidak. Dia punya tahap kenyenyakan tu kalah orang yang 3 hari tak tidur! haish.
Aiden membuka pintu kereta di sebelah angel. Dia mencempung tubuh gadis itu masuk ke dalam rumah.
Kenapa tak kejutkan?
Huh! Dah beribu kali dia kejutkan. Tidur ke mati entah perempuan tu sampai orang kejut pun tak bangun. Last sekali terpaksa juga cempung masuk dalam rumah. Dah la berat! Makan batu ke apa perempuan ni!
Bebelnya dalam hati.
Lelaki pun pandai bab bab bebel ni. Bukan perempuan je!
Langkah dilajukan menaiki tangga menuju ke bilik. Bimbang jika angel tersedar yang dia tengah dicempung. Tak pasal pasal nanti dia yang kena tendang dengan angel. Perempuan ni nampak je lembut sikit tapi tenaga mengalahkan lelaki bila dia marah!
Bebelnya sekali lagi.
Kan dah cakap yang lelaki ni pun tak kurang hebatnya dalam bebel orang.
Tubuh gadis itu dibaringkan di atas katil miliknya. Rumahnya ada banyak bilik sebenarnya tapi semua bersepah. Sebab tu dia bawak angel masuk biliknya. Kalau ikutkan hati nak je dia semban tubuh itu di atas sofa kat ruang tamu, tapi tak tau kenapa dia rasa kasihan pula bila melihat wajah letih yang sedang lena itu.
Dia meleraikan ikatan di tangan angel. Kesian pula dia tengok tangan itu sedikit merah kerana diikat teralu lama.
Aiden berlalu turun ke dapur. Tekaknya terasa kering selepas memandu agak lama.
__________________
MATANYA terbuka luas saat menyedari dirinya kini berada di dalam bilik seseorang. Menyesal pula tertidur tadi. Entah kenapa matanya terasa berat untuk dibuka semasa dalam perjalanan tadi.
Dia menyedari sesuatu. Tangan aku! yeay! tangan aku bebas! Dia bersorak kegirangan. Namun itu hanya buat seketika apabila pintu bilik dikuak dari luar.
Angel bangun berdiri di tepi katil. Tersembul wajah aiden di sebalik pintu. Wajah angel kembali ketat.
" Aku kat mana ni?! Kenapa kau bawak aku datang sini?! Aku nak blik!" mata angel menikam anak mata aiden tajam.
" Kau dah puas tidur?" tanya aiden tanpa menjawab pertanyaan angel. Dia bergerak menuju ke almari pakaian
Angel mula panas. Kau ni tak paham bahasa ke? lain aku tanya lain pula yang kau jawab!
" Aku tanya sekali lagi... aku kat man...." belum sempat angel menghabiskan ayatnya, aiden terlebih dahulu menjawab
" Kau dah lupa ke yang aku dan beli kau? Jadi kau kena tinggal dengan aku 'selamanya' " dia sengaja menekankan ayat 'selamanya' di hadapan angel.
Membulat mata angel. Selamanya!! Tak nak! Aku taknak tinggal dengan dia!! Angel lantas menggeleng. Sungguh dia tidak dapat membanyangkan jika mereka tinggal serumah!
" Aku tak nak tinggal sini! Aku nak balik!" kaki dihayun ke arah pintu, tombol dipulas.
Belum sempat kakinya melangkah keluar, tangannya ditarik masuk semula ke dalam bilik. Pintu ditutup dan dikunci. Badan angel ditolak ke dinding.
Terkejut angel dengan perbuatan aiden.
" Kau ni kenapa?!" marah angel. Tangannya menolak tubuh tegap itu supaya menjauh.
" Aku tak akan lepaskan kau. Kau ingat aku beli kau murah?! Kau sepatutnya berterima kasih kat aku sebab aku yang beli kau. Ke kau nak orang tua kerepot yang beli kau? Kalau tu yang kau nak aku boleh aje jual kau kat diorang. Kau nak?" soalnya dekat di telinga angel.
Angel diam. Berterima kasih? heh! lucu banget bunyinya! Tapi kalau fikir balik, betul juga kata aiden.
" Aku tanya ni, kau nak ke aku jual kau kat orang tua?" tanyanya kembali apabila melihat angel diam tak berkutik. Tau takut.
Akibat terkejut, kepalanya automatik digelengkan tanpa memandang wajah aiden.
Eh! apa aku buat ni? malunya!! kenapa kau beri respon, angel?! kenapa!! angel menyedari perbuatannya lantas menolak kuat badan aiden sehingga bergerak ke belakang.
Aiden memandang angel pelik. Muka angel sedikit merah. Timbul sesuatu di dalam fikirannya. Hehehe...
Aiden bergerak menghampiri angel selangkah demi selangkah.Angel yang menyedari perbuatan aiden mula cemas.
Aduh! kenapa pulak dengan dia ni! Tenang angel tenang. Tarik nafas...hembus...dia menantikan respon aiden yang seterusnya dengan muka yang pura2 tenang.
Aiden merenung angel. Ohh! tenang ye? nanti kau!
Badannya dirapatkan dengan angel. Dia menunduk sedikit memandang angel yang juga sedang menunduk dengan mata yang terpejam. Tadi bukan main lagi tenang. Sekarang keras macam patung!
Dia meneruskan lagi niat jahatnya. Tangannya naik menyentuh lengan angel yang mengenakan baju tanpa lengan sejak pagi tadi.
Mata angel terbuka saat merasakan sepasang tangan mula merayap di lengannya dan kemudian berpindah ke belakangnya!
Gila! lelaki ni memang dah betul2 gila!
Angel memikirkan sesuatu. Hah! tiba2 otaknya cepat memberi respon.
Angel memijak kuat kaki aiden. Sekelip mata saja perbuatan aiden terhenti. Dia jatuh memegang kakinya yang terasa sakit sangat! Tak guna!
Inilah peluangnya untuk lari! Tapi pintu tak boleh buka! alamak!!!!! macam mana ni!.
Kakinya terasa berat untuk melangkah. Dia memandang ke bawah. Terkejut apabila aiden sedang memegang kaki angel supaya tidak lari.
" Kau tak boleh lari! aku beli kau sebab nak kau jadi maid kat sini!" katanya terus terang sambil memeluk erat kaki itu. Tak kisahlah kaki aku yang tengah sakit tu janji dia tak lari!.
Angel terkejut. Entah ini kali ke berapa dia terkejut. Agak agaknya boleh tak kalau dia dapat 'anugerah orang yang paling kuat terkejut' ?
"Apa! jadi maid kau! Eee! tak hingin aku! Kau tau tak jadi maid kau ni sama macam jadi hamba kau! tak nak, tak nak" katanya sambil menolak tangan aiden dari memegang kakinya.
" Tapi kau bukan kerja saja2. Aku bayar kau! Lagi pun nak dekat exam ni mesti kena guna banyak duit, kan? Kalau kau nak cari kerja kat luar sana tu belum tentu dia ambil kau sebab kau kan masih sekolah" otaknya memberi idea yang bernas untuk meyakinkan angel bekerja di rumahnya.
Angel mula berfikir dengan kata2 aiden. Tambahan pula, yuran sekolah pun dia tak bayar lagi. Argh! stressnya aku!
" Ok! Aku kerja kat sini. Tapi aku tak nak tinggal sini, boleh?" dia berhenti menolak tangan aiden kerana lelaki itu dah melepaskannya.
" Tak boleh! Kalau kau kerja sini maknanya kau kena tinggal kat sini! kalau tak aku tak nak bayar kau!" katanya tegas sambil bangun berdiri menghadap angel.
Angel tak puas hati. Ish kau ni! main ugut2 pulak! Aku tak nak kerja sini baru tau! Tapi.....
Haish. Satu keluhan dilepaskan angel.
" Kalau macam tu aku setuju tinggal kat sini. Tapi kau tak boleh kacau aku! Ambil tau pasal aku pun tak boleh! Aku nk ada privasi!" kata angel sambil melangkah menuju ke katil untuk duduk. Lenguh dah kakinya dari tadi berdiri.
Aiden tidak memberi respon dengan syarat yang angel beri.
" Kalau macam tu kau tidur kat bilik sebelah. Kau cucilah apa yang patut. Tugas kau sebagai maid bermula hari ni." katanya bersahaja lalu berjalan menuju kembali ke arah almari yang dari tadi terbuka. Dia mencampakkan pakaiannya ke arah angel.
" Kau pakai baju aku dulu. Esok kita pergi rumah kau untuk ambil baju." dia berlalu keluar.
Terkulat angel di situ. Apa! dia buat tak kisah je dengan syarat aku! argh!! Tu bukan yang paling teruk. Yang lagi teruk bila kerja aku start hari ni! Tak bagi chance langsung aku nak rehat! Ehh kejap, tadi bukan aku dah rehat ke? Biarlah! Yang aku rehat tadi lain, yang ni lain!
Angel melangkah ke bilik sebelah untuk mandi. Bilik itu kelihatan sedikit berhabuk tapi masih kemas. Langkah dihayun ke bilik air.
Usai mandi, dia bergerak ingin mencapai tuala. Malangnya tuala tak ada kat tempat yang sepatutnya! Angel menepuk dahi kecewa dengan kebodohannya sendiri. Kenapa lah dia lupa nak minta tuala dengan aiden tadi?! Boleh pulak dia selamba pergi mandi! argh!!!!!!!
Sekarang macam mana?! tak kan nak keluar dengan tak bertuala macam ni! Gila ke apa! Umm...ha! panggil je la dia. Manalah tau dia dengar!
Angel menarik nafas dalam2 sebelum memanggil penyelamatnya. Erk! penyelamat ke? tak kisah la.
Dia membuka pintu bilik air sedikit. Kepalanya dikeluarkan. Kepala sahaja ye tuan2 dan puan2.
Kepala sahaja! Anggota lain masih di dalam.
Ok! in three, two, one, go!
"Aiden!!!!!!!!!!!!!!" panggilnya dengan kuat. Sampai nak tercabut anak tekak ni ha!
Aiden yang berada di ruang tamu terkejut mendengar panggilan angel. Dia yang dari tadi duduk terus berdiri. Langkahnya laju naik ke tingkat atas menuju bilik angel. Pintu bilik angel dibuka tanpa diketuk. Angel sedang tersengih memandangnya. Tapi yang peliknya di dalam bilik air!
" Kau kenapa menjerit nama aku macam kena rasuk!" ingatkan jadi apa2 kat perempuan tu. Rupanya masih elok bernyawa!
" Hehe...sorry. Kalau aku jerit perlahan kang nanti kau tak dengar. Telinga kau tu bukan boleh pakai sangat" ehh! terhina pulak. Diminta terasa!
" Sempat kau kutuk aku ekk! tak apa. Aku keluar dulu!" badan dipusing ke belakang menuju ke pintu.
" Ehh, ehh! Nantilah! Aku nak minta tolong ni!" rayunya. Kena hina sikit dah sentap! Apa crita!
" Kau nak mintak tolong apa! Cepat sikit!" tanyanya malas. Kaki berhenti melangkah.
" Erm, tolong ambilkan tuala." katanya sedikit malu. Ayyoo!
Tuala? Aiden memandang angel. Mukanya menayangkan senyuman jahat.
Angel membalas dengan pandangan pelik. Dah kenapa dia ni? Aku suruh ambil tuala je. Bukan suruh pergi pakai tuala! ehh! sorry2.
Tadi kau hina aku kan?! kau tunggu, aku balas apa yang kau buat.
Aiden melangkah ke arah bilik air di mana angel berada.
" Apa kau cakap tadi? aku tak berapa dengar. Ulang semula, boleh?" katanya sambil meletakkan tangan di telinga. Kaki masih melangkah.
" Aku akan ulang semula tapi kau tak perlu kot datang dekat. Kalau berdiri kat pintu tu pun rasanya dengar." katanya sedikit takut. Lelaki ni bukan boleh diramal!
" Tak boleh. Kau juga yang cakap telinga aku ni tak boleh pakai sangat kan? So, aku kenalah datang dekat takut lain kau cakap lain yang aku dengar." Kata2nya disertakan dengan senyuman manis.
Apabila menyedari aiden semakin dekat, Angel menutup sedikit pintu. Mukanya dimasukkan ke dalam, tapi masih boleh nampak. Dia kemudian mengulang ayatnya semula.
"Aku cakap, tolong ambilkan tuala!" suara di kuatkan sedikit.
" Apa? aku tak dengar la. Mungkin sebab aku duduk kat luar kot. Jadi aku kena lah masuk sekali." tangannya diangkat untuk menolak pintu.
Membulat mata angel. Masuk sekali!! Tidak!! Angel lantas menutup pintu dan menguncinya. Nafasnya tercungap-cungap macam orang baru lepas berlari 100 meter!. Fuh! nasib baik dia tak sempat masuk! Dia ni memang nak kena!
Aiden tergelak kecil di hadapan pintu itu. Tau pun takut! Aku buat betul2 baru kau tau! Dia berlalu ke biliknya.
Angel masih trauma. Dia takut untuk membuka pintu. Mana lah tau aiden tengah tunggu dia keluar tanpa tuala! ha! mati terus dia kat situ nanti!
Sekejap itu, bunyi pintu diketuk. Angel dah dapat agak siapa yang ketuk. Sebab tu dia buat tak tau je. Dia lebih rela duduk dalam bilik air tu!
" Kalau kau nak tuala kau buka pintu ni. Kalau kau tak nak tak apa. Kau duduk la dalam ni sampai taun depan." Katanya apabila angel masih tidak membuka pintu.
Ok, aku tarik balik kata-kata aku tadi. Aku tak sanggup duduk dalam ni sampai tahun depan! Tapi...kalau aku buka pintu lepas tu dia tolak masuk macam mana! ishh! be positif angel, be positif. Nafas ditarik dan dihembus sebelum membuka pintu bilik air itu.
Tangan dihulur. Mata memandang tepat ke dalam mata aiden.
" Bak sini tuala tu!" mintanya malas.
Aiden hanya memandang tangan itu.
" Tak boleh! Kau kena minta maaf dulu sebab kau dah hina aku!" katanya sedikit tegas.
Haish...
" Ok la. Aku minta maaf. Puas hati! Sekarang bagi aku tuala tu kalau kau tak nak tengok aku mati kesejukan kat sini!" Menyusahkan betul la dia ni.
Tak lama selepas itu, tuala dihulurkan. Angel kembali menutup dan mengunci pintu.
Orang minta tuala pun ambil masa lama nak bagi. Apa berat sangat ke tuala tu?!
Bebelnya sendiri. Geram pula dia tengok perangai buruk aiden tu! hari ni dah macam2 jadi antara mereka berdua. Tu baru hari ni, kalau sebulan macam mana?!
Angel melilit tuala di tubuhnya. Dia tak bawa baju masuk sebab takut basah. Pintu dibuka. Kaki melangkah keluar.
Tada!!
Aiden sedang duduk di atas kerusi belajar sambil memandangnya. What!! ada lagi dia ni! aku ingtkan dah blah lepas bagi tuala!
"Kau buat apa lagi dalam bilik aku ni?! Keluar, aku nk pakai baju!!" marahnya. Dia masih tak bergerak lepas keluar dari bilik air tadi.
" Aku saja tunggu kau keluar. Mana lah tau kau ada apa2 lagi ke nak suruh aku tolong? macam...tolong butangkan baju yang aku bagi kat kau tu ke?" matanya masih tidak dialihkan dari memandang angel. Buat apa nak alihkan kalau pemandangan indah dah ada depan mata.
Apa kau cakap?! nak tolong butangkan?! ha meh sini aku butangkan mulut kau tu! kau ingat aku cacat ke sampai tak boleh butangkan sendiri?!
Hatinya mula panas!!
Tanpa bercakap banyak, angel ambil baju dan disalin di dalam bilik air. Senang!
Bila dia keluar bilik air, aiden sudah tiada. Pandai pun keluar! aku baru nak tendang keluar tadi!
Tugas membersih biliknya dimulakan. Dengan tenang tanpa gangguan.
Share this novel