4

Romance Series 4722

Angel berjalan mengikuti guru kelasnya, Miss Fiona ke kelas 5-1.

Nasib kali ini menyebelahinya apabila dia sekelas dengan nana.Walaupun dia baru saja kenal nana, tpi firasatnya kuat mengatakan bahawa nana akan menjadi kawan yang baik.

Miss Fiona terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam kelas 5-1.

"Ok class, hari ni kita ada pelajar baru. Sila masuk dan perkenalkan diri kamu" angel diarah masuk oleh Miss Fiona.

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam kelas, matanya terhenti pada susuk tubuh yang sedang tidur menghadap tingkap di tempat duduk belakang.

Klisye betul hidup ni.

Tapi kenapa cikgu tak marah hah bila ada orang tidur time class tngah on ni. Pelik betul sekolah ni.

"Angel, perkenalkan diri kamu". Miss fiona mengulangi ayat itu buat kali kedua apabila menyedari yang angel masih berdiam diri.

" Angel, kamu ok??". Bahunya ditepuk.

"Ehh..emm, saya ok saya ok". Terkejut kita kak.

Apelah yang kau tenungkan angel. Wake up wake up. Nafas ditarik dan dihembus sebelum memperkenal kan diri.

Fuhhh...

" Hai semua, nama saya Angela Stephanie. Boleh pnggil saya angel. Saya harap kita smua boleh berkawan baik". Senyuman ikhlas diberikan.

Angel mengerling budak lelaki yang sedang tidur itu.

Masih tak bangun. Entah kenapa dia rasa yang kehidupannya di sekolah ni tak akan berjalan lancar.

Maybe perasaan je kut...haraplah..

Beberapa pelajar di dalam kelas itu turut membalas senyuman dari angela.

Miss fiona kembali bersuara selepas angel memperkenalkan dirinya.

"Angel, kamu duduk di sit yang sebelah dengan aiden". Arah miss fiona

Ehh, siapa pulak aiden ni??

Angel memberanikan diri bertanya.

" Miss, yang mana satu aiden?? " tanyanya

" Aiden yang tengah tidur tu. Sit sebelah dia kosong jadi kamu duduk di situ ye" miss fiona menudingkan jarinya ke arah aiden.

Ohh. Jdi budak tu aiden...

" Baik , Miss." Angel bergerak menuju ke mejanya.

Kebetulan pula nana duduk di sit hadapannya. Nasib memang betul2 menyebelahinya hari ini.

Nana terlebih dahulu memulakan perbualan.

"Hai, angel. Ingat lagi tak saya?? Tak sangkakan kita classmate. Boleh saya jadi kawan awak??"

Dia ni memang macam ni ke?? Suka tembak orang dengan soalan. Tapi takpe lah, sekurang-kurangnya ada juga orang yang sudi berkawan dengannya.

"Hai, nana. Takkan lah saya lupa, bru tadi kita kenal kan. Saya pun nak jadi kawan awak jugak" angel menjawab soalan yang ditanya.

Mereka saling berjabat tangan tanda berkawan.

Angel mengeluarkan buku subjek pertama. Dia tidak menyedari bahawa aiden telah memalingkan muka ke arahnya.

Aiden membuka kelopak matanya. Terus terbeliak matanya memandang angel.

"Kau..!!" nada suaranya masih dikawal takut orang lain dengar.

Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, angel memalingkan wajahnya menghadap aiden.

Hampir terhenti degupan jantungnya tika itu.

' Jadi aiden lah lelaki yang bermulut puaka tu! ' detik hatinya.

Waduh waduh...gimana bisa sekelas sih. Habislah kau angel, habis...

Aiden terlebih dahulu mengeluarkan amarahnya.

" Hei perempuan, macam mana kau boleh sekelas dengan aku hah..mesti kau ada buat sesuatu kan!!" marahnya tentang kejadian pagi tadi belum reda, kini dia perlu menghadap muka perempuan tu hari2...kau rasa!!

" Hei mulut puaka, kau ingat aku suka ke sekelas dengan kau. Mana aku tahu kau duduk dalam kelas ni! Kalau aku tau aku takkan jejakkan kaki aku kat sini kau tau tak!!" angel pun tidak kurangnya dalam hal berperang mulut ni.

" Huh..kalau macam tu aku nak kau tukar duduk kelas lain"

Ewah ewah..kau ni tau cakap je kan. Kau ingat tukar kelas tu semudah ABC kerr.

"Aku taknak susahkan diri aku untuk dengar cakap kau. Lagipun, aku datang sini nak belajar. Bukan nak berperang dengan kau!" intonasi masih dalam keadaan terkawal walau pada hakikatnya dah meletup satu badan.

" Kalau kau taknak tukar kelas takpa. Tpi kau jangan kacau hidup aku!" aiden memberi amaran.

"Kau ingat aku suke ke ambik tau pasal hal orang ni. Lagi-lagi kau! Mulut puaka!!” tembak angel

Dia memang jenis yang tak suka jaga tepi kain orang. Cukup dirinya terjaga. Ehek!

Aiden mula berdiri apabila mendengar panggilan yang diberikan oleh angel kepadanya.

" Apa kau panggil aku! Berani kau panggil aku mulut puaka, kan! Kau tak tau lagi siapa aku! Nanti kau tau siapa aku, aku akan ajar kau cukup2" marahnya lalu berlalu keluar dari kelas.

Semua mata tertumpu ke arah aiden dan angel.

Nana yang menyedari perbuatan angel mula bertanya.

"Ehh, apa awak dah buat sampai aiden marah kat awak??"

Angel mejawab

"Saya takda buat apa2 pun. Saya cuma panggil dia mulut puaka je. Salah ke? Mulut dia memang puaka pun kan"

Terkejut nana dengan perbuatan angel. Sungguh dia tidak menyangkan bahawa angel seberani itu!
deabak!!

" Wah!! Beraninya awak, angel. Setahu sayalah kan, aiden tu takda siapa yang berani berkawan dengan dia" beritahu nana

" Kenapa??" angel bertanya.

Yelahh, walaupun dia bermulut puaka tapi dia hensem apa. Tak kanlah takde siapa yang nak kawan dengan dia kan??

Nana mula mendekatkan mulutnya ke telinga angel.

" Sebab...dia berasal dari keluarga gangster!!"

Terbuntang mata angel. Memori silam kembali berlegar di dalam kepalanya. Sungguh dia membenci gangster yang telah membunuh ibunya.

Tapi berdasarkan apa yang dia tahu, gangster tu dah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Nasib baik...kalau tak mesti dia jadi mangsa seterusnya.

"Angel, awak okey ke?" nana menyentakkan lamunannya.

Angel seraya mengangguk. Dia ingin bertanya satu saolan kepada nana tapi tak sempat. Guru mata pelajaran pertama masuk untuk memulakan sesi pengajaran.

2 JAM KEMUDIAN...

KRING!!!

Bunyi jam loceng menunjukkan telah masuk waktu rehat bagi menengah atas, iaitu f4 dan f5.

"Angel, jom pergi kantin" ajak nana

Tapi nana dah biasa bawa bekal jadi dia hanya rehat di dalam kelas.

"Takpe lah, saya dah bawak bekal. Kita makan sama jom." angel tak sampai hati nak biarkan nana rehat sorang2. Jadi dia pelawa nana makan sekali dengannya.

"wah, boleh ke?? Terima kasih"

Mereka memanfaatkan waktu rehat dengan mengisi perut yang lapar.

Angel teringat sesuatu yang dia nak tanya nana tadi.

" Nana, awak cakap tadi yang takde orang nak kawan dengan aiden sebab keluarga dia gangster kan. Tapi yang gangster tu keluarga dia..dia belum tentu lagi gangster, jadi kenapa takde orang nak kawan dengan dia??" tanya angel panjang lebar.

Nana menghela nafas yang panjang sebelum menjawab pertanyaan angel.

"Dulu, ada satu kes yang melibatkan aiden. Seorang guru disiplin dipecat sebab ada laporan dari keluarga aiden mengatakan bahawa cikgu tu telah mendenda aiden mencuci tandas sampai berjam." terang nana

"Apa aiden dah buat sampai dia kena denda??" tanya angel yang kehairanan

" Anak cikgu disiplin tu bagitahu mak dia yang aiden cium dia" jawab nana

Entah betul entah tidak yang aiden cium dia. Setahu nana, anak cikgu disiplin tu memang gedik mengalahkan maknyah orangnya!

Terkejut angel dengan cerita nana. Biar betul !

Tak sangka si mulut puaka tu gatal! OMG!!

Cerita nana ni memang tahap memecahkan rekod dunia!

"Betul lah tindakan cikgu tu. Apesal kena pecat pulak?"

" Sebab, tu dah kira menjatuhkan maruah keluarga aiden. Awak bayangkan, anak gangster didenda mencuci tandas! ha!. Tak ke menjatuhkan maruah namanya"

"Lagipun pihak sekolah takut dengan keluarga aiden tu. Gangster la katakan..." sambung nana

Angel bagai tidak percaya yang pengaruh keluarga aiden sungguh besar sampai pengetua pun takut.

haihh...ape nak jadilah dengan dunia sekarang.

KELAS semakin dipenuhi pelajar kerana waktu rehat dah nak sampai ke penamatnya.

Kelibat aiden masih tidak nampak masuk ke dalam kelas.

Best kan jadi anak orang yg berpengaruh ni, boleh suka hati je nak masuk dah keluar kelas.

Kring!!!

Tamat waktu rehat.

Pelajar kelihatan bergegas masuk ke dalam kelas masing2. Yang dari tadi jalan macam tengah bercatwalk, berlari mengalahkan ratu pecut negara. Yang dari tadi tengah duduk di luar kelas macam pengemis, lari masuk ke dalam kelas macam kena kejar dengan hantu.

Angel hanya memerhati gelagat pelajar yang lain.

Kenapa dengan diorang ni, cemas semacam??

Lama kemudian kelihatan kelibat dua orang guru yang serba lengkap berkot masuk ke dalam setiap kelas dengan rotan di tangan.

Angel mula kehairanan. Dia mula memanggil nana

" Nana, ada apa tu?"

"Spotcheck" jawab nana sepatah

Ooo...patutla

Kini tiba giliran kelasnya di spotcheck. Semua murid duduk di tempat masing2 apabila dua orang guru itu masuk.

Salah seorang guru itu mula bersuara

" Semua berdiri di tepi meja. Yang dah siap dan tak ada apa2 masalah boleh duduk" arah guru itu

Semua hanya mengikut arahan.

Selang beberapa minit, aiden masuk ke dalam kelas dengan muka bersahaja.

Dua orang guru spotcheck itu hanya memberikan pandangan kosong manakala pelajar yang lain hanya mampu ternganga.

Biar betul dia ni...!

Selesai saja spotcheck, semua menghela nafas lega. Kelas 5-1 selalunya beres kalau ada spotcheck. Kelas pertama kan...

Tapi tulah, sekor tu je yang kurang ajar sikit.

Siapa??

Siapa lagi kalau bukan si mulut puaka tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience