6

Romance Series 4722

Tik...tik...tik...

Angel mundar-mandir di ruang tamu rumah. Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Pakciknya belum lagi pulang.

Biasanya jam sebegini pakciknya telah pun berada di rumah. Tapi hari ni lain pula.

Nombor pakciknya telah didail beberapa kali, tapi tiada yang manjawab.

Lama dia menunggu akhirnya telefonnya berdering. Tertayang nombor pakciknya. Angel terus mengangkat panggilan itu tanpa berfikir panjang.

"Hello, pakcik. Pakcik dekat man...." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, terdengar suara garau yang menjawab

"Jadi kau angel? Anak Samuel Mark?" kedengaran kasar pertanyaan itu

Angel pelik, itu memang bukan suara pakciknya! Tapi macam mana dia tahu nama ayah?

" Ye, saya anaknya. Pakcik ni siapa? Kenapa guna telefon pakcik saya?" angel menjawab dengan penuh tanda tanya

Akhirnya, aku jumpa juga anak kesayangan kau, samuel!

Suara hatinya disertai dengan hilai tawa jahat.

" Hello?" angel pelik apabila talian senyap buat seketika.

Pemanggil itu kemudian menjawab

" Aku nak kau datang ke alamat yang aku send. Kalau tak pakcik kau yang jadi mangsa nanti!" ugutnya

Angel mula cemas.

Apa aku nak buat sekarang! Kalau aku tak pergi nanti pakcik dalam bahaya!

Selepas talian dimatikan, satu notifikasi masuk. Tertera alamat yang dia sendiri tak tau di mana.

Angel bersiap untuk menuju ke alamat yang tertera. Demi pakciknya, dia sanggup membahayakan diri.

Dia hanya menaiki teksi menuju ke sana. Angel menunjukkan alamat yang dia mahu ditujui. Lega betul angel apabila pemandu teksi itu mengangguk tanda dia tahu di mana tempat itu.

Teksi bergerak laju membelah kesunyian malam.

20 minit kemudian, teksi itu berhenti di sebuah gudang. Angel mengeluarkan dua keping not lima sebagai bayaran kepada pemandu teksi itu.

Teksi itu kemudian pergi meninggalkan angel di hadapan gudang

Mata angel meliar memandang kawasan gudang itu. Ia kelihatan sedikit usang.

"Ini ke tempatnya? Tak nampak pun orang?" monolognya sendirian

Angel kemudian menapak masuk ke dalam gudang itu.

Terdapat satu susuk tubuh yang amat dikenalinya di hujung gudang.

"Pakcik!!" angel berlari ke arah pakciknya.

" Angel, jangan datang dekat!!!"

Bang!! Bang!!

Dua das tembakan dilepaskan ke arah pakciknya.

Darah bertaburan di lantai.

Angel kaku terkedu.

Seseorang muncul dari arah belakang pakciknya. Seseorang yang angel tidak kenali. Dia mengarahkan dua orang suruhannya memegang angel. Dua orang itu hanya mengikut suruhan.

Kedua belah tangan angel dipegang supaya tak terlepas.

"Eh! Lepaskan akulah! Pembunuh!" marahnya sambil meronta melepaskan diri. Air matanya tidak dapat diseka lagi.

Pembunuh itu bersuara

" Kau tau kenapa aku panggil kau?" katanya sambil membelai muka angel.

Angel terlalu geram. Dia meludah ke muka pembunuh itu. Hah!

Terus berubah tegang riak wajah penjahat itu.

"Tak guna! Kau dengan bapak kau sama je!" satu tamparan hinggap di pipi angel.

Pedih yang dia rasakan.

Air mata semakin laju membasahi pipi.

" Kau tau apa bapak kau dah buat?! Dia yang menyebabkan orang suruhan aku masuk penjara! Tapi nasib baik aku dapat ayah kau" marah penjahat itu

Apa?! Jadi ayah yang telefon polis?!

Selama ni dia bersangka buruk tentang ayahnya. Jadi mana ayahnya sekarang?

" Mana ayah aku, hah?!" angel gagahkan diri untuk bersuara.

" Kau nampak pakcik kau tu? Macam tu jugak la aku buat kat ayah kau yang tak guna tu!" penjahat itu menunjukkan ke arah pakciknya yang sudah terlentang tak bernyawa.

Perasaan angel bercampur baur. Kini, semua orang yang dia sayangi pergi meninggalkannya.

Sebak!

Info :
Penjahat tu sebenarnya ketua gangster kepada tiga orang gangster yang membunuh ibu angel. Disebabkan kesempitan hidup dan gaji bulanan yang tak mencukupi untuk menyara anak dan isterinya, ayah angel terpaksa berhutang dengan ketua gangster itu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Angel dan ibunya tidak mengetahui tentang perkara ni.

Penjahat itu menyambung semula kata-katanya

" Keluarga kau aku dah bunuh, sekarang giliran kau pula" dia memandang angel dengan penuh makna.

Badan angel mula menggigil

Penjahat itu menyambung semula kata-katanya

"Tapi, rugi lah kalau aku bunuh kau. Baik aku 'jual kau'. Dapat untung sikit. Mesti ramai yang nak beli kau kan" katanya sambil meneliti wajah angel.

Jual?! Aku tak nak kena jual! Aku kena lari malam ni jugak! Tapi macam mana? aduhh...

Someone, help me!!!!

Angel tak mampu berkata apa lagi. Dia bagai berputus asa untuk hidup.

Angel diheret masuk ke dalam satu bilik kosong yang agak gelap. Bilik itu dikunci dari luar.

Angel duduk termenung di satu sudut bilik. Air mata dilap sehingga kering.

Sepi.

Lama dia termenung, akhirnya mata mulai berat untuk dibuka.

Dia hanya tidur bertemankan cahaya bulan yang menerangi segenap ruang bilik itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience