12

Romance Series 4722

FUH!

Siap jugak kemas satu rumah! Naik lenguh dah satu badan ni ha! Rumah dahla besar! Aku sorang pulak tu yg kena kemas! Letih betul!

Ops! Ibu slalu cakap kalau buat kerja jangan merungut! Ikhlaskan hati. Baru kerja cepat siap!

Bila sebut pasal ibu...haih.

Muka angel berubah sedih. Dia duduk di atas sofa ruang tamu. Hatinya mula sayu bila terkenangkan ibunya. Jujur dia cakap yang dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang ibunya sudah tiada. Kenangan lama bersama ibunya terimbas kembali. Badan disandarkan bersama mata terpejam. Dia dapat merasakan ketenangan ketika itu.

Tapi semua tu tak lama...

" Bahagia nampak! Kerja kau dah siap ke belum?" Tegur aiden saat melihat angel tenang di atas sofa.

Mata dibuka. Wajah Angel menayangkan reaksi tak puas hati! Aku baru nak rehat, dah balik dah mamat ni! Muka dipalingkan memandang aiden.

" Kau tak nampak ke yang rumah kau ni dah berkilat? Tugas aku semua dah siap. Sekarang waktu aku rehat." jawabnya malas. Memang dia tengah letih sekarang.

Jam dinding dikerling. Pukul 4:30 petang.

" Kau berjalan ke merangkak balik rumah masa ni baru sampai? Setahu aku kelas habis pukul 3. Kau dah pindah kelas ke, pukul 4 lebih bru balik?" tanya angel bersahaja. Mata kembali ditutup. Dia tak mengharapkan jawapan dari aiden pun.

Aiden yang baru saja ingin melangkah ke bilik berhenti sebaik sahaja mendengar soalan dari angel.

" Kalau aku balik pukul 5 sekalipun kau tak perlu ambil kesah pasal aku." Balas aiden.

" Kau pergi siap2 cepat. Kita ke rumah kau ambil baju. Tu pun kalau kau rasa nak pakai baju kau lah." sambungnya lagi sambil menaiki tangga menuju ke bilik.

Tiada sahutan dari gadis itu. Entah dengar entah tidak.

Matanya melirik memandang angel yang masih tidak bergerak dari sofa. Tidur ke? Lantak kau lah. Baju kau bukan aku!

Dia masuk ke dalam bilik. Nak mandi! Dah melekit satu badan ni ha!

------------------------

Pintu rumah dibuka seseorang dari luar. Dia melangkah masuk tanpa rasa segan silu. Macam dah biasa dengan rumah ni pun ye jugak lagak dia. Mata meliar memandang sekeliling rumah yang dikemas rapi. Anak mata berhenti pada satu sosok tubuh gadis yang kelihatan lena dibuai mimpi di ruang tamu rumah.

Dia melangkah mendekati gadis itu. Satu senyuman di tayangkan apabila melihat bentuk badan gadis itu.

" Not bad. Mana si aiden dapat perempuan ni?" mata memandang gadis itu dari atas ke bawah. Ni kali pertama aiden bawa balik perempuan. Sebab tu dia hairan.

Tangan diangkat untuk menyentuh gadis itu. Dia memang tak boleh tahan kalau ada peremouan depan mata. Lagi2 kalau cantik macam ni.

" Woi! Kau buat apa tu?!" kedengaran bergema suara aiden melaung ke arah lelaki di hadapan angel.

Angel juga turut terkejut sampai tersedar dari tidur! Elok2 je dia tengah diawangan tadi tiba2 pulak ada guruh menyambar telinganya! hah! Memang tak tenanglah aku kat sini!

Tangannya diturunkan kembali dari ingin menyentuh angel apabila gadis itu kelihatan dah terjaga. Kacau line betullah si aiden ni!. Terkejut juga dia tadi. Tak sangka suara sepupunya itu kalah speaker! Sebelum ni senyap je orangnya.

Aiden lantas turun menuju ke ruang tamu.

Angel menggeliat. Mata masih tertutup. Dia tak perasan langsung yg gerak geri dia sedang diperhati.

Usai menggeliat, mata dibuka.

" Ahh!!” terkejut kita kak! Siapa pulak yg ada betul2 depan dia sekarang ni?!

Angel bingkas bangun. Dia berasa cemas sedikit. Entah2 pencuri kot?!

Mata memandang tepat ke muka lelaki di hadapannya. Hensem! Hoho! Sempat lagi kau ye!

Lelaki di hadapannya menghadiahkan satu senyuman yang...err...seram lah pulak bila dia senyum!

Sedang dia ralit memandang wajah itu tiba2 tangannya ditarik seseorang! Aduh! Berapa banyak makhluk yg ada dalam rumah ni ha?!

" Dia sepupu aku, easher. Anak pakcik emire." ujar aiden terlebih dahulu apabila angel memandang sepupunya pelik.

Angel terkejut. Mamat ni rupanya yg tarik aku tadi! Buat orang takut je!

Eh, kejap! sepupu? anak pakcik emire?! Ni anak pembunuh tu ke?!

Bila teringatkan yang ayah dan pakcikya dibunuh oleh bapak mamat kat depan dia ni, automatik mukanya berubah. Pandangan tajam diberikan. Dia merentap kasar tangannya yang dipegang aiden tadi. Langkah mara setapak menghampiri easher.

" Kau!!” jari dituding tepat ke muka easher dengan perasaan marah!

Aiden menarik semula tangan angel menjauh dari easher. Dia tahu apa yang ada dalam fikiran gadis itu sekarang.

" Kau jangan nak macam2 eh! Yang bunuh keluarga kau tu ayah dia! Dia tak ada kena mengena pun dalam hal ni!" bisiknya kasar di telinga angel.

Dada angel naik turun menahan marah. Kata2 aiden tidak diendahkan.

" Kau tak kenal lagi siapa dia! Kalau kau mula jadi musuh dia, aku tak rasa kau boleh simpan lama kesucian kau tu!" aiden memberi amaran awal kepada angel. Dia cukup kenal dengan sikap sepupunya itu. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Perangai tak ubah macam bapak dia.

Wajah angel bertukar saat kata2 aiden itu masuk tepat ke dalam telinganya. Bila tngok empunya diri pun dah tau perangainya. Baik kau dengar dulu apa yg aiden cakap angel. Kali ni je!

Easher yg dari tadi memandang gelagat dua orang di hadapannya itu mula hairan.

" Ada apa2 yang tak kena ke? Kenapa dengan dia?" soalan ditujukan kepada aiden.

Aiden menjeling tajam ke arah angel seolah olah memberi amaran.

" Tak ada apa2 lah. Dia ni memang macam ni kalau jumpa orang." jelas aiden cuba meyakinkan easher.

Easher mengangguk tanda faham.

" Siapa ni? Girlfriend?" tanyanya kepada aiden.

Kedua mereka terkejut.

" Taklah! Dia maid aku!" jawab aiden bersahaja.

Easher memandang angel yang berada di sebelah sepupunya itu. Maid?

" Ooo...hai! saya easher. Nice meeting you!" Tangan dihulur ke arah angel.

Angel memandang huluran tangan itu. Nak sambut ke tak?

Aiden merenung angel. Dia kemudian menyiku lengan gadis itu.

Aduh!

Angel menggosok lengannya. Matanya memandang aiden.

Reaksi muka aiden masa tu macam dia cakap macam ni ' kau tengok apa lagi? sambutlah!'

Ha! cam tu!

Angel menarik nafas dalam2 dan dihembus. Dia menyambut huluran tangan itu berserta senyuman di bibir. Fake!

" Angel." ucapnya sepatah. Buat apa kenalkan diri panjang2 kalau dia cuma orang gaji!

Mereka saling berjabat tangan tanda perkenalan. Tapi lama lah pulak mamat ni pegang tangan aku! Ish! Seramlah kita sis! Dahla pandang aku semacam!

Lama selepas itu dia melepaskan tangan gadis itu. Angel lega. Dalam hati dah berbakul menyumpah!

" Um...saya pergi dapur dulu. Tuan berdua ada nak apa2 ke? Saya boleh bawakan.” kenalah berlakon sikit. Baru orang tak syak apa2. Walaupun perkataan 'tuan' tu rasa berat nak ucap tapi nak buat macam mana kan.

Nak meletus ketawa aiden saat perkataan tuan tu masuk ke dalam telinganya! Huh! Tuan konon!

" Eh! Tak payah bertuan dengan saya. Panggil easher je. Saya tak nak apa2. Cukup hanya ada awak." katanya bersama senyuman.

Angel mengangguk. Dia berlalu ke dapur.

Uwek! Nak muntah aku dengar! Eh hello! Ayat kau tu tak berkesan langsung dekat aku! Baik kau jual kat maknyah ayat kau tu! Berkesan sikit!

Aiden memandang easher. Teruja betul sepupunya itu tngok angel tadi. Tak peliklah sebab dia memang macam tu.

" Duduklah" Pelawa aiden. Tak sedar pula dari tadi diorang berdiri.

Aiden memulakan perbualan setelah easher melabuhkan punggungnya.

" Kau buat apa datang sini? Kenapa tak cakap yang kau dah balik dari england?" tanyanya kehairanan. Tak ada angin tak ada ribut tiba2 sepupunya terpacak kat sini.

" Aku saja tak nak bagitahu kau. Nak buat surprise. Aku dah tak dialukan datang sini ke?" Katanya dengan nada bergurau.

" Kau bukan tak dialukan. Tapi call lah dulu kalau nak datang sini. Boleh aku prepare apa yg patut." Jawabnya sambil berpeluk tubuh.

" Maid kau tu boleh tahan la. Mana kau jumpa?" tanyanya sedikit sebanyak ingin mengorek rahsia aiden.

" Tak penting untuk kau tau." jawabnya sepatah.

" Ok, faham." easher cukup kenal dengan perangai aiden yang suka berahsia. Nasib baik lokasi rumah dia ni tak dirahsiakan!

Perbualan dia antara mereka berdua diteruskan. Aiden tak banyak cakap pun. Si easher tu je yang banyak cerita. Maklumlah, baru balik dari negara orang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience