10

Romance Series 4722

BADANNYA ditolak ke dinding. Terasa sakit di bahagian belakang badannya kerana ditolak dengan kuat.

Aduh! angel menunduk menahan sakit.

Pintu ditutup rapat oleh seseorang. Mungkin itu orang yang menarik tangannya tadi! Tak guna! Sakit tau!

Angel meneliti setiap inci wajah di depannya itu. Siapa diorang ni!

Ya! Di depannya kini berdiri tiga orang lelaki!

" Pegang tangan dia." Seorang lelaki yang berada di tengah antara mereka bersuara. Mungkin tu ketua diorang kot?

Neil dan Noah hanya menurut. Mereka memegang kuat tangan angel. Bimbang jika gadis itu terlepas.

" Lepaslah! Korang ni siapa hah!" angel meronta minta dilepaskan. Malang sekali nasibnya apabila tiada seorang pun yang melihat dia ditarik masuk ke dalam bilik itu.

" Kau tak perlu tau siapa kitorang. Yang kau perlu tahu, kau sangat berguna bagi kitorang." kata2nya berserta dengan tawa jahat. Wajah angel disentuhnya.

Angel mengalihkan wajahnya agar tangan itu tidak dapat menyentuh kulitnya. Matanya memandang tepat ke dalam mata lelaki di depannya itu.

Siap kau nanti! Aku akan report polis!

Angel mendiamkan diri.

" Aku ada nampak kau dengan aiden. Nampak macam hubungan kau dengan dia agak baik." dia berpeluk tubuh memandang angel. Suara kedengaran mendatar.

Agak baik! huh! kalaulah kata2 kau tu boleh jadi kenyataan! sejak bila pulak aku dengan si tak guna tu agak baik?! Kau salah tengok kot? jangan harap aku baik dengan dia!

" Jadi, aku akan gunakan kau sebagai umpan untuk buat aiden datang jumpa aku." sambungnya lagi apabila angel diam macam orang bisu.

Umpan! kau ingat aku haiwan ke nak buat umpan! angel mula hilang sabar.

" Kenapa kau nak aku jadi umpan pulak?! Aku tak ada kena mengena pun dengan si aiden tu! Aku pun tak tau siapa dan apa masalah korang semua! Kenapa nak libatkan aku pulak! Masalah korang, korang selesai lah sendiri!" marah angel. Yelah, kenapa dia pun terlibat sekali? tak faham betullah!

" heheh, tak ada kena mengena konon! Kau ingat aku percaya!" tangannya laju mencengkam rambut angel ke belakang.

Berkerut muka angel menahan perit yang terasa di kulit kepalanya.

" Aww!!! lepaslah!!" rayu angel. Tak berperikemanusiaan langsung! Sanggup dia buat perempuan macam ni! Kalau dah namanya penjahat, memang jahatlah perangainya!

Lama dia menatap wajah angel sambil tangannya menarik rambut angel. Akhirnya dilepaskan juga tangannya.

Berdenyut terasa kepalanya. Tak guna punya jantan!

" Kurung dia kat sini. Malam nanti kita buat kerja" arahnya kepada neil dan noah.

Angel terkejut. Kurung?! buat kerja?! ape ni?! aku tak fahamlah!!!

Tangan angel diikat di atas kerusi. Mereka bertiga keluar dan mengunci pintu.

Angel masih lagi terpinga-pinga di dalam bilik itu. Ni kali kedua dia kena kurung. Apalah nasib. Angel memandang sekeliling bilik itu. Nampak macam dah lama tak ada orang guna. Seram lah pulak!

Gurrkk!!!

Tiba2 perutnya mengeluarkan bunyi.

Aduh! laparnya! kenapalah kau tak culik aku lepas aku isi perut? Tak pasal2 kena lalui seksanya menahan lapar! aku makan jugak tiga orang penyangak tu nanti!

-----------------------

Aiden masuk ke dalam kelas semula selepas waktu rehat. Dia memandang meja angel. Kosong. Mana pula perempuan tu pergi? Selalunya dia dah ada dalam kelas jam sebegini.
Tandas kot?

Macam biasa, masuk je dalam kelas terus tidur je kerja dia. Untung la.

Beberapa minit kemudian, mejanya diketuk.

Siapa pula yang berani ganggu dia tidur!

Kepala diangkat memandang tuan empunya tangan yang berani mengganggunya.

Aaron? sejak bila dia berani jejakkan kaki ke sini? buang tabiat ke?

" Sorry ganggu kau tidur. Aku cuma nak tanya pasal angel. Dia pergi mana? dari tadi keluar tak masuk2." Dia memberitahu tujuannya apabila aiden memandangnya pelik.

Aiden memandang sebelahnya. Masih kosong. Dia kembali memandang aaron.

" Aku tak tau." Itu dia jawapan daripada seorang yang beku. Ringkas dan padat.

Kepalanya kembali diletakkan di atas meja. Malas nak layan. Baru kenal angel kejap tadi, tahap risau macam dah lama kenal! Aku yang kenal dia lagi lama pada kau tak lah risau macam tu! over! cemburu? takde masa aku nak cemburu benda2 macam ni.

" Takkan angel tak ada cakap apa2 kat kau? Dia kan duduk sebelah kau je?" aaron tidak berpuas hati dengan jawapan aiden tadi.

Aiden melepaskan keluhan. Kepala diangkat semula.

" Dia pergi tandas. Puas hati? Kau boleh blah! Aku tak suka diganggu" Tipunya. Harap2 dia percayalah. Malas nak main soal jawab time2 macam ni. Lagipun, buat apa nk kesah pasal dia? Ikut suka hati dialah nak pergi mana pun. Dia buat hal dia, aku buat hal aku.

Aaron pelik. Tandas? kenapa lama sangat? Mulutnya ingin bertanyakan sesuatu tapi bila ingat kata2 aiden tadi buatkan hasratnya terbatal. Think positif, aaron! mungkin dia sakit perut. Sebab tu lama pergi tandas. Dia berlalu ke tempatnya semula.

Aiden senyum sinis apabila menyedari aaron sudah tiada. Senang sangat kena tipu. Orang macam ni ke kau suka angel? lembap! Tidurnya disambung sehingga waktu balik.

Dia tersedar apabila kedengaran pelajar berpusu-pusu berlari pulang. Seronok sangat ke balik rumah? aku rasa biasa je.

Barangnya dikemas. Mata sekilas mengerling meja angel. Beg masih tergantung elok di kerusi. Barang pun tak dikemas lagi. Takkan dari tadi tak masuk kelas? ahh! kisah pulak aku! Kaki melangkah pulang tanpa rasa risau sedikit pun. Kejam betul!

---------------------------

Jam menunjukkan pukul 9 malam.

Pintu dibuka. Kelihatan gadis itu lena di atas kerusi. Seseorang melangkah masuk manakala dua orang lagi menjaga di luar pintu.

Dia memandang angel dari atas ke bawah. Nampak macam agak tidak bermaya. Senanglah kerja dia nanti!

Kerusi ditendang beberapa kali.

" Woi bangun!" suara dikuatkan.

Angel tersedar apabila merasakan yang kerusinya bergegar. Ingatkan gempa bumi tadi sebab tu cepat2 buka mata. Rupanya, haih! Si penjahat tu! Mata ingin dipejamkan semula. Tapi tak jadi bila rahangnya dicengkam kuat.

" Kalau kau sambung tidur, aku rogol kau!" katanya geram.

Rogol! Aku tak nak!! Mata di buka seluas lautan.

Tau takut!

Dia melepaskan cengkamannya. Telefon dikeluarkan dari dalam poket. Entah nombor siapa dia tekan.

---------------------------

Aiden berlegar di halaman rumah. Sesekali dikerling jam di tangannya. Dah lewat! Manalah dia ni pergi! siap kau bila kau balik nanti!

Aik! risau ke? tadi bukan main lagi biasa. Tak peduli langsung! Sekarang nampak macam mak yang tengah tunggu anak dia balik!

Telefon berdering. Tertayang nombor yang tidak dikenali di skrin. Nak jawab ke tak eh? jawab je lah!

" Hello" sapanya terlebih dahulu.

" Hai musuh! mesti kau tengah tunggu seseorangkan? kalau kau sayang dia datang sini. Kalau tak aku boleh aje apa2 kan dia. Badan dia tak lah teruk sangat! Alamat nanti aku send. Bye!" ugutnya.

" Hei! kau siapa hah! hello?!" ternyata penjahat itu terlebih dahulu mematikan telefon. Argh! siapa yang dia maksudkan? angel?.

Ding!

Satu notofikasi masuk. aiden terkejut! kat sekolah! Tanpa berfikir panjang, badannya disumbat ke dalam perut kereta. Kereta bergerak laju menuju ke sekolah.

-----------------------------

Angel yang mendengar perbualan dia dengan seseorang melalui telefon tadi mula ketakutan. Macam mana kalau orang tu tak datang?! habislah!! macam2 persoalan yang berlegar di dalam otaknya sekarang.

Selepas mematikan telefon, kakinya melangkah menghampiri angel.

" Kau takut? aku rasa kau tak perlu takut kot sebab dia pasti datang. Senangkan nak umpan dia datang sini. Hanya perlu gunakan kau! Bila dia datang, aku akan buat dia merana sama macam dia buat kat aku dulu!" kata2nya masuk ke dalam telinga angel mengenai betul2 gegendangnya. Nasib baik tak pekak!

----------------------------

Kereta diparkir dekat dengan tempat yang ingin ditujui. Dia berlari laju ke lokasi yang dihantar oleh seseorang yang dia sendiri tak kenal.

Sampai saja di selekoh berdekatan bilik itu...

Buk!!

Terasa objek keras mengenai belakangnya. Dia lalu jatuh disitu. Badan digagahkan untuk berdiri semula namun tangannya lantas dipegang dan diheret ke bilik itu.

" Ini dia bos." badan aiden ditolak sehingga jatuh di depan bosnya.

" Bagus! ini yang aku nak!" dia mencangkung di hadapan aiden.

Aiden mengangkat wajahnya memandang lelaki di hadapannya. Joseph?!. Mata kemudian dialih memandang seseorang yang duduk di atas kerusi. Angel?! Macam mana dia boleh ada kat sini?!

" Kau nak apa dengan aku?! Kenapa kau libatkan dia sekali?!" Tangan dihala ke arah angel.

Angel juga sedikit terkejut bila melihat aiden.

" Aku nak buat kau merana sama macam kau buat kat aku dulu! Kau ingat lagi tak apa yang kau buat kat aku dulu?! Kau rampas gf aku! Kau cium dia depan aku!" Katanya dengan perasaan marah. Tangannya menarik kolar baju aiden kuat!

" Tu bukan salah aku! Gf kau tu yang tergedik2 datang kat aku! Kalau pasal ni kau marah aku, ok kau boleh pukul aku! Tapi kenapa nak libatkan perempuan tu?!" Badannya masih terasa sakit tapi digagahkan juga bersuara.

" Pukul kau?! Aku rasa cara tu tak cukup! Akuada cara yang lagi baik nk buat kau terseksa!" Dia bangun berpaling memandang angel yang dari tadi diam membisu. Langkah dihala mendekati angel.

Angel mula takut. Dia kalut ingin melepaskan ikatan tangannya namun tak berjaya.

" Kau jangan nak berani sentuh dia! aku bunuh kau nanti!" amaran dari aiden tidak diendahkan.

" Korang pegang jantan tu kuat2! jangan bagi terlepas! Aku nak dia tengok wayang indah depan mata dia sendiri!" arahnya kepada neil dan noah agar memegang tangan aiden.

Angel dah cuak kat situ.

" Jangan datang dekat! kau nak buat apa hah! Tolong!" Angel sudah meronta di tempatnya. Dahla tengah lapar ni, tenaga pun dah kurang. Macam mana nak lawan! ha~! Tolong!!!!

Joseph berdiri betul2 di hadapan angel. Dia puas memandang wajah yang sedang ketakutan itu.

" Kalau kau minta tolong pun dia tak boleh tolong kau. Baik kau diam dan menikmatinya!" katanya berbisik dekat di telinga angel.
Meremang satu badan ni ha!

Tangan joseph mula membuka satu persatu butang baju angel.

Muka angel tak payah cakap lah, pucat macam orang nak mati dah! Jantung berdegup laju macam nak tercabut! Angel hanya mampu memejamkan matanya.

Satu butang...dua butang...tiga butang...em...

Buk!!!

Angel membuka matanya. Aiden!! Oh heroku! buat masa ni je dia hero.

Satu tumbukan mengena tepat di pipi joseph. Padan muka kau! gatal sangat kan?! sekarang dah merasa!

Joseph memandang aiden. Macam mana dia boleh...

Pandangan dihala ke arah dua orang yang dah terlentang tidak sedarkan diri. Memang tak boleh diharap langsung! Lawan bertiga pun kalah!

Buk!!

Satu lagi tumbukan dari aiden. Kali ni lagi kuat.

Joseph menggagahkan diri untuk membalas tumbukan itu tapi sasarannya tidak mengena. Aiden memang power bab2 belasah orang ni. Tadi dia berlakon lembik je nak tengok permainan si joseph tu.

Aiden menumbuk berkali kali muka joseph. Marah sungguh dia malam itu. Tumbukan dihentikan apabila melihat joseph terkulai layu.

" Kalau kau buat macam ni lagi, aku tak akan teragak-agak bunuh kau! Ingat baik2 apa yang aku cakap!" Nampaknya dia betul2 maksudkan apa yang dia cakap. Aiden berdiri. Dia membetulkan bajunya.

Joseph bangun lalu beredar dari situ. Badannya dipenuhi darah dan luka sana sini. Terketar badannya saat aiden berubah kelakuan. Lupa pula! Anak gangster memang macam tu! Dia tinggal dua orang suruhannya di situ. Lantak koranglah nak baring kat situ! Janji aku selamat!

--------------------------

Aiden berjalan kearah angel. Dia memandang badan angel yang sedikit terdedah.

Angel memandang aiden pelik. Kenapa dia ni? Tengok aku semacam? Dia memandang dirinya. Alamak! Butang baju dia yang di buka tadi sedikit sebanyak menampakkan dadanya! Ahh!!

" Apa tengok2! Aku jolok mata kau kang baru tau! Cepat buka ikatan tangan aku ni!" angel memandang aiden tajam! Tau sangat apa dalam fikiran lelaki tu!

Aiden senyum sinis ke arah angel.

" Kau ingat aku terliur ke tengok kau macam ni?" badannya bergerak ke belakang angel. Dia membuka ikatan di tangan gadis itu.

" Bagus lah kalau macam tu." Angel sedikit lega. Tapi sebenarnya dia sakit hati mendengar kata2 aiden. Nampak sangat mengejek!

Angel bangun dari kerusi. Kepalanya tiba2 terasa pening. Mungkin sebab lapar. Aiden bergerak ingin keluar namun terhenti langkahnya apabila angel tiba2 pengsan di situ.

Membulat mata aiden! Dia segera menghampiri angel. Badan gadis itu di kejut beberapa kali namun tiada respon.

Aduh! Dia ni tak habis2 nak menyusahkan aku!

Badan angel diangkat menuju ke kereta. Kereta dipandu laju menuju ke rumahnya.

----------------------------

Sebaik sahaja sampai di rumah, aiden membawa gadis itu naik ke biliknya. Dia membaring dan menyelimutkan angel. Aiden terpandang baju angel. Dia teragak-agak ingin membutangkan baju itu semula.

Tapi nak buat macam mana? terpaksalah butangkan. Dia pun tak tahan tengok angel.

Siap! fuh!

Aiden ingin melangkah keluar. Terasa tangannya ditarik. Dia berpaling.

" Ibu, ibu jangan tinggalkan angel!” tangan aiden ditarik ke dalam dakapan. Air mata menitis membasahi pipi. Angel masih tidak sedarkan diri.

Aiden memandang gadis itu. Timbul rasa simpati dalam dirinya. Dia mengusap lembut kepala angel dan menyeka air mata itu dari jatuh. Gadis itu kelihatan sedikit tenang dan kembali dibuai mimpi.

Niatnya untuk keluar tadi terbatal terus. Terpaksalah dia teman gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience