BAB 3

Romance Completed 2110

Baguslah, senang aku nak minta tolong kalau ada apa-apa yang memerlukan. Ibu ada mengajakku berpindah dengannya di Kuala Lumpur bersama dengan suami barunya dan juga dua lagi orang anak perempuan suami baru ibu dari perkahwinan yang terdahulu namun aku menolak kerana tidak selesa.

Lebih baik tinggal dengan ayah pulak mengambil keputusan untuk berhijrah ke Jitra untuk menolong pakciknya menguruskan kebun disana manakala Jasni pula bekerja sambilan berhampiran tempat kerjaku. Jadi senanglah untuk aku meminta pertolongan kalau ada apa-apa masalah nanti.

Sepatutnya ibuku mengajakku duduk bersamanya di rumah barunya tetapi aku menolak kerana berasa kekok dengan ‘keluarga baru” ku itu. Lalu, aku mengambil keputusan untuk bekerja sementara di pekan terdekat sahaja. Mujurlah ayah membenarkan aku bekerja.

Tak dinafikan hubungan aku dan Jasni semakin rapat setelah kami bekerja. Al maklumlah Syahdan pula jauh di Jitra. Jasni pula kini kulihat semakin matang dalam setiap perkara yang dilakukan.

Hari ni, aku habis kerja awal. Terfikit untuk balik ke rumah awal, tapi Jasni mengajak aku untuk ke pekan berjalan-jalan. Pada mulanya aku agak keberatan tetapi selepas dipaksanya juga, aku turuti. Kami sampai ke kedai ‘Voguelicious.

“Malika, tolong aku pilihkan baju perempuan ya?” kata Jasni. Aku memandangnya pelik.

“Kau ni kenapa? Buang tebiat ke nak pakai baju perempuan?” kataku.

Jasni hanya gelakkan aku.

Aku bingung.

“Jasni, baik kau cakap? Kenapa tiba-tiba kau nak beli baju perempuan ni? Atau kau... Astaghafirullahhalazimm...” mengucap panjang aku kalau benar apa yang terlintas difikiranku sebentar tadi. Jasni memandangku pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience