BAB 14

Romance Completed 2110

Jasni memandang Malika tanpa Malika sedari. Timbul perasaan kesal kerana melepaskan Malika pada orang lain. Mungkin ini adalah suratan mereka. Doktor keluar dari wad.

“Boleh saya berjumpa dengan ahli keluarga terdekat pesakit?” kata doktor tersebut.

“Saya kawannya doktor” kata Jasni lantas bangun.

“Dimana ahli keluarga pesakit?” soal doktor tersebut.

“Mereka dalam perjalanan. Boleh saya lihat kawan saya doktor?” soal Jasni penuh mengharap.

“Baiklah tapi tidak boleh lama. Keadaan pesakit berada pada tahap kritikal.” Kata doktor member penjelasan. Malika terduduk memikirkan nasib Syahdan.

“ Malika, mari kita masuk” ajak Jasni.

Malika melangkah perlahan ke dalam wad. Kelihatan Syahdan tersenyum dalam kepayahan kepada mereka berdua.

“Syahdan.” sapa Jasni dan Malika serentak.

Mereka berpandangan. Syahdan hanya tersenyum.

“Jasni, aku nak minta tolong kau boleh?” tanya Syahdan

“Cakaplah, apa dia?” balas Jasni.

“Tolong jaga Malika baik-baik...Malika perlukan kau, sebab Malika kan sayangkan kau.” kata Syahdan.

“Er? Apa ni Syahdan, kau kan dah janji nak jaga Malika. Nak sunting dia jadi suri hidup kau lagi kan?” bantah Jasni tidak senang mendengar kata-kata rakannya itu.

“Hey, aku tahulah korang berdua ni saling suka. Ingat diam-diam aku pun tak tahu perkembangan korang macam mana ke ? Hehe” sambung Syahdan lagi. Malika dah Jasni saling berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience