BAB 1

Romance Completed 2110

Nyaman benar cuaca hari ini, angin bertiup lembut membelai wajahku. Sudah lama rasanya aku tidak pulang ke kampung ini, ku kira sejak ibu dan ayah berpisah ketika usiaku 18 tahun.

Berada di sini serta merta membawaku ke memori lebih kurang sedekad yang lalu di mana saat itu aku, Malika masih seorang gadis desa yang kaya dengan sifat malu, polos sering bersama dengan dua orang sahabat semasa kecilku, Jasni dan Syahdan.

Aku masih ingat lagi, dulu di bawah mangga itulah kami bertiga selalu meluangkan masa bersama. Jasni seorang yang mudah gelabah sering mengusikku tak padan betul dengan sikapnya manakala Syahdan pula bagiku sangat gentleman, sensitive dan sangat memahami orangnya jadi tidak hairanlah aku lebih rapat dengan Syahdan berbanding dnegan Jasni.

Kepada Syahdan ku jadikan tempat meluah segala masalah dan dilemma ketika aku tidak sebulu dengan kedua orang tuaku. Usai PMR, Syahdan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah teknik di Johor Bahru.

Aku sedih kerana berpisah dengan Syahdan namun dalam masa yang sama aku tahu ia adalah terbaik untuk masa depannya dan untuk itu tetap saja aku mengucapkan tahniah kepadanya.

Aku dan Jasni pula bersekolah di sekolah sama, meneruskan sekolah seperti biasa.

Dua bulan sebelum Peperiksaan SPM…

Peperiksaan semakin hampir dan debaran kian terasa, sudah pastinya ia turut dirasakan oleh Syahdan waima dia pelajar cemerlang.

Aku masih ingat Syahdan balik ke kampung untuk menjenguk keluarganya sekalian memohon restu. Dan itu adalah peluang aku dan Jasni bertemu geng kamceng kami yang dirindui.

“Malika,” panggil Syahdan dan ku kalihkan pandanganku padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience