BAB 11

Romance Completed 2110

“Okay. Set, thanks ya” Malika meletakkan gagang. Masa ini lah yang ditunggu. Malika mesti melafazkan isi hatinya. Dia tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tersilap memilih bakal teman hidupnya nanti.

Di kedai biasa, Malika menunggu Jasni. Hampir 10 minit Jasni masih tidak muncul-muncul lagi. Kemudian barulah ternampak batang hidungnya..

“Hai Malika, sorry Jasni lambat sikit. Dekat rumah air takda hehehe...” lawak Jasni kepada Malika.

Malika hanya tersenyum “Yeke ? Ke baru lepas date dengan buah hati?” tebak Malika.

“Hahaha.. kalau ya kenapa?” duga Jasni. Muka Malika berubah. Jasni perasan akan perubahan itu mula menyesal kerana menduga perasaan Malika.

“Malika, Jasni minta maaf kalau apa yang Jasni cakap menyinggung perasaan Malika ya?” pohonnya ikhlas. Malika membalas dengan senyuman. “Takde lah.” balas Malika.

“Okay, sekarang masalah apa yang Malika nak ceritakan kat Jasni ni? Sound serious je..hee” kata Jasni. Malika menarik nafas perlahan.

“Jasni..”kata Malika memulakan perbualan.

“Ya.”

“Erm.. Malika ada sesuatu nak bagi tahu dekat Jasni.”sambung Malika lagi.

“Okay. Bagi tahu lah” pinta Jasni tidak sabar.

“ Malika..sebenarnya..Malika sukakan Jasni.”

Jasni terpempan. Tidak diduga selama ini Malika juga meyimpan perasaan yang sama dengannya. Hatinya merasa gembira kerana cintanya juga berbalas. Tetapi mungkin kini sudah terlambat kerana Syahdan telah mula dahulu menyunting hati Malika.

“Tapi kan Syahdan dah melamar Malika...”kata Jasni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience