BAB 5

Romance Completed 2110

“Erm, mestilah terima. Baju yang dipillih untuk orang tersayangkan kan..hehehe” kataku menyedapkan hatinya. Jasni hanya tersenyum. Tahukah kau aku sedang cemburu Jasni ?

EMPAT TAHUN KEMUDIAN…

Aku telah berjaya menamatkan pelajaranku. Tidak sia-sia harapan dan usaha keras yang ayah berikan selama ini untuk membiayai aku melanjutkan pelajaran.

Syahdan telah mendapat biasiswa penuh melanjutkan pelajarannya di IPTA terkenal. Jasni juga berjaya menamatkan pelajarannya di politeknik. Kinin sementara aku memohon pekerjaan, aku telah pulang ke rumah untuk menjenguk ayah sekali sekala.

Maklumlah dah tua, ayah hanya seorang peniaga sahaja. Tapi dengan tulang empat kerat itulah yang telah membiayai aku sehingga ke menara gading. Aku sangat bersyukur kerana Allah SWT telah memudahkan segala urusanku. Sambil aku melayan perasaanku, tiba-tiba seseorang menyapaku.

“Assalamualaikum, Malika kan ?” soalnya. Aku berpaling.

“Waalaikumsalam, ya saya Malika. Awak.... Syahdan ??” kataku.

“Ya, ni Syahdan. Malika sihat? Lama kita tak berjumpa kan?” soalnya lagi. Sungguh aku rindu pada temaku seorang ni. Kelihatan susuk tubuhnya kini semakin tegap dan berkulit sawo matang.

“Alhamdulillah Malika sihat. Syahdan ?” kataku pulak. Syahdan tersenyum. Hajat dihati untuk berjumpa dengan orang yang dirinduinya setelah sekian lama termakbul jua.

“Ya Syahdan pun sihat.” senyumnya ikhlas boleh menawan hati sesiapa yang memandang.

Tiba-tiba Malika berasa kekok setelah lama tidak berbual dengan Syahdan. Syahdan terdetik dihati untuk bertanya tentang rantai yang pernah diberinya pada Malika suatu masa dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience