BAB 6

Romance Completed 2110

“Malika.” kata Syahdan.

“Ya.” sahut Malika.

“Erm, Malika masih pakai lagikah rantai yang Syahdan bagi dulu?” soalnya. Malika tertunduk. Sememangnya Malika masih menyimpan rantai itu, tapi tak pernah dipakainya kerana cintanya hanya untuk Jasni. Tidak tahu mengapa walaupun Syahdan lebih memahaminya tetapi Jasni terlebih dahulu mengungguli carta hatinya walaupun Jasni tu jenis yang tidak endah tentang perasaanya. Ah biarlah yang penting tiada siapa boleh tahu tentang isi hatinya. Mahu malu nanti..

“Syahdan, sebenarnya Malika masih simpan lagi rantai yang Syahdan bagi dahulu tapi Malika sayang nak pakai..takut tercicir mana-mana” bohongnya.

Syahdan hanya tersenyum. Sayang juga Malika pada pemberiannya. Nyata Malika juga masih menyimpan perasaan padanya, tebak hati Syahdan tanpa mengetahui Malika telahpun menyayangi sahabat baiknya, Jasni.

Mereka masih bersembang tentang banyak perkara yang terlepas dahulu sewaktu berpisah.

Jasni tiba-tiba muncul entah dari mana ingin menyakat mereka berdua.

“Hoi!!” sergah Jasni. Tidak semena-mena kulit rambutan yang berada ditangan Malika terus laju menempek ke muka Jasni.

“Adoi..!” rintih Jasni. Padahal hanyalah kulit rambutan. Syahdan terkejut sambil ketawa memandang Malika dah Jasni. Malika pula sudah menunjukkan muncung itiknya itu.

“Hahahaha....” ketawa Jasni.

“Hoi Jasni ! Kau ni tak reti bagi salam ke hah?” marah Malika. Mukanya kemerahan menahan marah gara-gara sikap Jasni yang selalu sahaja menyakatnya.

Jasni terdiam tak berkutik. Manakala Syahdan hanya menggelengkan kepala memikirkan kerenah rakannya yang seorang ini. Tak berhenti-henti menyakat Malika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience