BAB 2

Romance Completed 2110

“Malika, sebenarnya Syahdan ada nak berikan Malika sesuatu sebelum SYahdan balik JB,” ucapnya seraya menghulurkan sebuah kotak bewarna hijau kepadaku, aku menerimanya lalu membuka kotak itu. “Wah Cantiknya Syahdan, Syahdan hadiahkan untuk Malika ke ni?”

“Haruslah, habis tu nak bagi siapa? Takkan nak bagi Jasni? He He He, tapi Malika senyap je tau, ni rahsia antara kita jangan bagitau Jasni, nanti dia bising pula.” Aku mengangguk dan masih teruja, mana taknya Syahdan menghadiahkan aku rantai perak berkalung bintang Polaris.

Aku tak tahu apa maksudnya namun yang pasti aku benar-benar gembira. Ini adalah rantai impianku semenjak aku melihatnya kali pertama dalam drama Korea ‘Winter Sonata.’

“Erm, Malika sebenarnya Syahdan ada sesuatu nak diberikan kepada Malika...” Tiba-tiba Jasni menyergahku. “Opocot ayam Tandoori, ayam penyet mak kau penyet macam monyet!” aku melatah bagai pendekar ingin bertarung manakala ku lihat Syahdan juga kelihatan kaget, wajahnya pucat bagai hilang darah.

“Amboi boleh tahan power juga kau melatah ye Malika, tak padan dengan rupa lawa kau ni,” sakat Jasni sudahnya aku segera jotos kepalanya kerana telah menyakat dan menyergah aku.

“Kau ni Jasni, Islam ke? Reti tak bagi salam dulu ni dah perangai macam Yahudi sergah-sergah orang. Kau nak aku cepat Inalillah ke?” marahku.

Jasni membuat muka selambanya.

“Ish, malaslah aku melayan kau. Tak siuman!!” kataku seraya berlalu.

Jasni terkekeh-kekeh gelakkan aku. Syahdan hanya menggeleng melihat telatah rakannya. Tersangkut hajatnya ingin memberitahu Malika isi hatinya.

LAPAN BULAN KEMUDIAN…

Sementara menanti keputusan SPM, aku memilih untuk bekerja sambilan di sebuah keda emas. Manakala Syahdan masih berada di Johor Bahru bekerja di syarikat penerbitan milik pakciknya sementara Jasni pula bekerja di kedai sukar berhampiran dengan tempat kerjaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience