BAB 13

Romance Completed 2110

“Ah, baru pukul tiga pagi rupanya..”

Akhirya Malika mengambil keputusan melakukan solat istikharah iaitu solat yang akan memberi keputusan antara dua pilihan yang sedang dalam dilema. Akhirnya Malika bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’.

Usai bersolat Malika memohon kepada Allah SWT untuk diberikan pilihan yang baik untuk membimbingnya dalam kehidupan kelak. Bermohon agar diberi pilihan yang boleh mendidik dirinya ke syurga bersama. Sesudah berdoa Malika mengambil al-Quran untuk menenangkan jiwanya sebentar.

Malika bangun awal pagi itu kerana merasakan dirinya lapang dari masalah.

“Bicaramu, sentuhanmu kasih..menghangatkan kenangan.....namun hati!!”

Kedengaran ringtone Malika berbunyi lalu melihat pemanggilnya. Jasni ?

“Assalamualaikum Jasni, ada apa pagi-pagi call Malika ni?” sapa Malika hairan.

“Waalaikumsalam Malika, Syahdan.. dia masuk hospital. Malika boleh datang jenguk dia tak sekarang?” menonong Jasni memberitahu perkara sebenar.

Malika melopong. Ya Allah, moga-moga Syahdan selamat.

Sesudah sampai dihospital Malika terus ke ICU untuk melihat keadaan Syahdan tetapi ditahan kerana pesakit masih dalam keadaan kritikal. Tiba-tiba Jasni muncul.

“Malika ?” sapa Jasni.

“Jasni, Syahdan macam mana?” soal Malika penuh kerisauan.

“Masih kritikal lagi, pagi tadi lepas kami solat berjemaah bersama-sama di ruang tamu dia tiba-tiba kata dadanya sakit. Lepas tu pengsan” terang Jasni.

Malika menarik nafas dalam-dalam kerana risau akan keadaan Syahdan di dalam wad sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience