BAB 15

Romance Completed 2110

“Syahdan, janganlah cakap macam tu, Syahdan dah janji kan nak lamar Malika ?” kata Malika.

“Ya, Syahdan dah janji, tapi Malika tak bagi lagi jawapankan ? Malika, mungkin Syahdan tak lama dah kat sini. Nanti Syahdan doakan Malika dan Jasni berbahagia ye. Jangan lupa doakan Syahdan kat sana tau?” seraya Syahdan berkata.

Malika telah menangis semahunya mendengarkan kata-kata Syahdan itu. Sungguh dia terasa dengan kata-kata Syahdan. Seperti Syahdan mahu pergi jauh dari hidup mereka berdua.

“Shhh.. Syahdan jangan cakap macam tu. Insya Allah kau selamat” kata Jasni

“Jasni, janji dengan aku kau akan jaga Malika baik-baik. Kalau tak..” Syahdan member amaran.

Jasni hanya tersenyum. “ Insya Allah Syahdan ” balas Jasni.

TUJUH BULAN KEMUDIAN

“Sayang.” Panggil Jasni.

“Ya..kejap abang” sahut suara itu.

Malika muncul. Jasni tersenyum.

“Ha, ada apa panggil Malika ? Soal Malika.

“Laa.. takkan abang nak panggil isteri abang pun tak boleh ?” Jasni membuat muka kesian.

“Bukan tak boleh, kan kat bawah tu banyak lagi pinggan mangkuk kena basuh. Abang ni pun satu bukan nak tolong. Asyik nak menggatal je” gerutu Malika.

“Alah isteri abang ni marah lah pulak” sakat Jasni lantas memeluk pinggang isterinya.

“Okay-okay, jom abang tolong” sambung Jasni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience