BAB 10

Romance Completed 2110

Malika memandang sepi cincin itu. Kala itu hatinya teringat kepada Jasni. Malika sudah berjanji hatinya hanya untuk Jasni seorang. Syahdan tak lebih dari seorang kawan kepadanya atau mungkin sudah dianggap seperti saudara sendiri.

“Malika ? okay ke?” tanya Syahdan yang mulai risau dengan reaksi Malika. Dia tidak menyangka akan menerima respon sebegitu daripada Malika.

Tersentak Malika dari lamunan. “Ah, I’m okay.” kata Malika.

“ So, macam mana? Malika sudi tak terima Syahdan ?” soal Syahdan penuh mengharap.

“Syahdan, boleh tak bagi Malika sedikit masa untuk fikirkannya. Bukan apa, buat masa ni Malika masih terkejut dan belum boleh buat keputusan sekarang ni?” kata Malika penuh mengharap agar Syahdan tidak mendesaknya.

“Jangan risau Malika, Syahdan tak minta Malika bagi keputusan sekarang. Malika boleh fikir dahulu.” Balas Syahdan.

“Terima kasih kerana memahami Syahdan.” balas Malika sayu.

Sabtu dan Ahad adalah hari untuk berehat selepas lima hari menghambakan diri pada kerja-kerja yang menggunung namun Malika pula sebaiknya, dia dibelenggu dengan jawapan apa yang harus diberikan kepada Syahdan agar dia tahu hatinya sudah berpunya. Sudahnya Malika memilih untuk meluahkan semuanya pada Jasni.

“Hello, Jasni ?” sapa Malika di gagang telefon.

“Ha Malika?” balas Jasni.

“Erm..aa..Jasni boleh tak kita jumpa? Ada perkara Malika nak bincang dengan Jasni. Urgent! “ rayu Malika.

“Erm okay, kita jumpa tempat makan biasa. Pukul 11? Okay?” kata Jasni memberi cadangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience