BAB 12

Romance Completed 2110

Malika mengangkat muka. “ Jadi Jasni tahu Syahdan dah melamar Malika ? Jasni tolonglah Malika bagi tahu kat Syahdan Malika tak boleh terima dia,ya?” rayu Malika.

“Ermm...Malika, Jasni tak bermaksud nak buat Malika macam ni. Sebenarnya Malika, Jasni pun sukakan Malika, tapi memikirkan Syahdan sahabat baik Jasni, Jasni tak sampai hati biarkan dia kecewa kerana Jasni.

Lagipun Malika tahu kan Syahdan dah lama sukakan Malika dari zaman sekolah.” terang Jasni.

Malika terkesima kerana selama ini dia menganggap mereka dia dan Syahdan sebagai kawan sahaja. Tidak lebih dari itu.

“Kalau macam tu kata Jasni, takpe lah. Biarkan cinta Malika berkubur untuk Jasni. Ok lah Malika ada hal. Pergi dulu.” kata Malika dalam nada merajuk.

“Malika ” panggil Jasni.

Malika berpaling.

“Syahdan ada penyakit hati. Kalau boleh biarlah dia kecapi kebahagiaan yang dia tunggu selama ini, okay ? Dia nak sunting Malika jadi suri hidupnya” kata Jasni.

Air mata Malika jatuh berguguran. Selama ini Malika tidak pernah tahu akan penyakit yang ditanggung Syahdan. Malika berada dalam dilema untuk menerima atau menolak cinta Syahdan.

Terus sahaja Malika berlalu tanpa berpaling lagi pada Jasni. Mungkin ini takdir buat mereka bertiga. Seorang bakal dikecewakan dan seorang lagi akan kecewa menahan cinta.

Malika memandu keretanya ke Putrajaya. Ingin mengambil angin petang untuk meredakan fikirannya yang tengah kusut itu. Sambil melihat telatah anak-anak kecil itu memang menghiburkan hatinya sedikit sebanyak.

Selepas makan malam Malika naik ke bilik untuk merehatkan minda. Dia ingin berehat kerana masalah hatinya terasa sangat membebankan fikirannya. Akhirnya Malika tertidur.Malika bermimpi tentang Jasni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience