Bab 14- Party at Hans House.

Romance Series 13878

Setelah lima bulan, mereka masih begitu. Kayla juga dirasakan dia serasi dengan kerjanya sekarang. Seronok dia berkerja dan bercerita dengan bibik-bibiknya. Siangnya dia bekerja Cikgu dan malam, hari sabtu dan ahad dia bekerja sebagai bibik.

Dialah memasak, dialah memotong bunga, dialah membersihkan semuanya. Cuma, Kayla ditegah untuk ke ruangan atas ke itu larangan Hans kepada Kayla. Hans tidak pernah bertegur sapa apatah lagi bercakap dengan Hans. Apabila Hans memberi arahan kepada bibiknya. Kayla akan berada di luar, kerana itulah arahan Hans kepadanya.

Pada malam itu, Hans mengadakan jamuan dan semua bibiknya memakai baju tukang gaji seperti dalam cerita orang putih. Berbaju hitam dan berafron putih. Kayla juga turut sama dalam jamuan ini dan menghidangkan makanan. Semua tetamu sudah berada di dalam ruangan kolam renang. Kayla ditugaskan untuk memberi makanan kepada tetamu. Dan Kayla ternampak Hans bersama model yang cantik. Kayla sedikut cemburu kerana masih mencintai suaminya. Namun, siapalah dia sekarang di mata Hans? Seorang samseng yang mengakibatkan kematian Datuk Othman. Kayla bersabar dengan semua ini.

Tiba-tiba Hans memberikan ucapan di mikrofon. Dan, Hans memperkenalkan model itu sebagai bakal isterinya. Remuk rendam jiwa Kayla ketika itu namun dia bersabar kerana dirasakan Hans layak berkhawin lebih.

Kayla bersabar namun dia mengalirkan air matanya. Hans menghampiri Kayla dan model tersebut.

"Dear, inilah bibik saya" kenal Hans kepada model tersebut.

"Nope, saya isteri dia" kata Kayla kerana dirasakan Hans merendahkan martabatnya sebagai seorang isteri .

"Sayang.. dia cakap dia isteri awak, awak khawin orang low-class macam ni" aduh model tersebut.

Kayla hilang sabar dan mengenggam tangan model itu, "jangan kurang ajar dengan saya" kata Kayla.

Hans melepaskan tangan Kayla dari mencengkam tangan model itu dan menjerit, "Woii, kau dah kenapa? kau nak bawa perangai samseng kau?"

Kayla merenung Hans tajam-tajam dan tidak semena-mena Hans mengambil kek dan air lalu dilemparkan ke muka Kayla.

"Kau ingat sikit perempuan, kau tak layak dengan aku. Kau setaraf dengan bibik, jadi jangan cuba-cuba nak sentuh bakal isteri aku" kata Hans.

Kayla malu dengan semua ini lalu melarikan dirinya ke bilik stor. Kayla menangis kerana dirasakan Hans memalukannya dan merendahkan tarafnya sebagai isteri.

Setelah habis Kayla menangis, Kayla bertenang dan masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Dia tidak kisah lagi dengan semua ini dan membuang cintanya kepada Hans. Esok, Kayla akan berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience