Bab 13- Not anymore

Romance Series 13868

Selesai bacaan di perkuburan. Hans mengaminkan doa. Kayla hanya melihat jauh. Semua dirasakan begitu pantas berlaku, Datuk Othman disahkan meninggalkan akibat serangan jantung. Teringat Kayla akan pesanan Hans.

"Don't ever come near me, it's all you fault" kata Hans. Kayla menangis teresak-esak dan balik ke rumah.

Kayla duduk di ruang tamu dan kedengaran kereta Hans masuk ke perkarangan rumah. Hans masuk ke rumah, menaiki tangga dan selang beberapa minit,l. Hans menyorong beg bagasi nya dan melontarkan ke muka Kayla.

Kayla terkejut akan perlakuan Hans dan dirasakan tepi bibirnya berdarah akibat terkena beg bagasinya.

"Mulai sekarang, kau tinggal sama bibik-bibik. Kau setaraf dengan bibik. Apa yang aku suruh, kau buat. Faham tak bodoh?" jerit Hans.

Tersentak Kayla dibuat begitu. Kayla bersuara, "Ceraikan saya kalau kau tak suka saya" kata Kayla.

"Kau ingat aku senang nak ceraikan kau, aku akan buat kau sengasara, Kayla Mikayla." ugut Hans.

"Dan jangan cuba-cuba nak bagitahu dekat ketua kau. Kalau tak nahas kau, aku tahu kau sayang family kau. Kau jangan ingat aku tak boleh buat apa-apa dekat keluarga kau ataupun aku boleh buat sesuatu dekat Ana. Kawan baik kau" ugut Hans.

Kini, tiada lagi cinta di hati Hans. Yang ada hanya perasaan benci, marah, dendam kepada Kayla. Kayla mengambil beg bagasinya dan bergerak ke ruangan dapur. Hans menjerit nama bibiknya

"Bibik... owh bibik, tolong tunjuk bilik bibik baharu ini di mana?" tanya Hans terus Hans menuju ke atas.

"Dan ingat, jangan layan bibik ni baik-baik, korang tu setaraf" laung Hans dari atas.

Bibik menunjukkan bilik Kayla dan bilik Kayla ialah stor yang terletak di belakang rumah Hans. Serendah itu maruah Kayla disiat-siat. Kayla harus bersabar dan mempersalahkan dirinya. Kayla.membersihkan stor tersebut dan biliknya sangat kecil dan kotor. Kayla menarik nafas dan mempositifkan dirinya dan anggapnya sebagai hukuman. Kayla kembali gembira dan merancang untuk keperluan mengisi biliknya yang kotor ini.

Selang beberapa minggu, itulah pekerjaannya, setaraf dengan bibik di rumah. Dan apabila makan, Kayla dihalau keluar dari rumah dan makan di luar kerana Hans tidak mahu melihat muka Kayla. Kayla makan bersama kucing. Itulah tempatnya kata Hans.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience