Bab 15- Helping Ana

Romance Series 13881

Selang beberapa hari, Hans dilihat bersama model itu kerap. Namun, Kayla hanya membiarka segalanya berlaku dan perasaannya tiada sudah untuk Hans.

Pada suatu petang, dia mendapat panggilan dari Ana dan berjumpanya di sebuah restoran. Ana menceritakan sebab dia berjumpa dengan Kayla.

"Kayla, bapa aku perlukan pembedagan segera dan aku tak ada duit sebanyak itu. Aku risau Kayla" kata Ana.

"Ana, jangan risau. Aku akan bantu kau, lagipun kau kawan aku" kata Kayla.

"Kayla, aku dari dulu susahkan kau, aku yang buat kau masuk kumpulan itu, Kayla .. sekarang aku susahkan kau dengan duit." kata Ana.

"Jangan ungkit Ana, kau cuma doakan aku bahagia." kata Kayla.

Dulu ayahnya yang meminjam duit kepada kumpulan Aisy dan Kayla yang membantunya kini Kayla membantunya untuk mendapatkan duit.

Hanya seorang yang boleh membantu Kayla dan Ana ketika ini. Hans..

Keesokannya, Kayla pergi ke pejabat Hans dan merempuh sahaja bilik Hans. Kayla dengan nada seriusnya.

"Saya nak pinjam duit, cukup bulan saya ganti" kata Kayla.

Hans melihat penampilan Kayla yang cantik, berdegup kembali hatinya.melihat penampilan Kayla. Hans merenung Kayla dan melihat rambut Kayla semakin panjang itu.

"Kau ingat aku nak bagi pinjam secara percuma, ahh bodoh?" kata Hans.

"Apa kau nak supaya kau boleh bagi duit itu?" kata Kayla.

"Jadi pemuas nafsu aku, tak susah kan,?" kata Hans.

Kayla hanya memikirkan duit untuk Ana supaya Kayla dapat membantu Ana. Hans menulis sesuatu di dalam cek dan sempat berkata, "Dahlah samseng, tak ada harga diri. mata duitan"

Kayla hanya bersabar dengan kata-kata Hans. Hans membalingkan cek itu ke lantai dan Kayla mengambil cek tersebut.

"Terima kasih" kata Kayla.

"Kerja kau bermula malam ni, faham?" kata Hans.

Kayla mendengar dan terus keluar dari pejabat Hans. Kayla terus berjumpa dengan Ana. Pembedahan perlu dijalankan segera.

Setelah selesai semua. Ana bersyukur dengan keadaan ayahnya yang semakin positif.

"Kayla, terima kasih tanpa duit kau aku tak tahu nak buat apa, nanti aku ganti ya" kata Ana.

"Ana, tu bukan duit aku, duit suami aku. Dia kirim salam" tipu Kayla.

"Semoga rumah tangga kau bahagia, sahabat" kata Ana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience