Bab 6- Again?

Romance Series 13868

Kayla memulakan pekerjaannya seperti biasa. Menjadi guru sememangnya cita-citanya dari kecil kagi dan sikap yang suka membantu orang dan perkertinya sesuai dengan pekerjaannya sekarang. Setelah kejadian seminggu yang lepas, Kayla takut namanya yang akan naik untuk meeting dengan syarikat Hans.

Setelah waktu terakhir tamat, pengetua memanggil Kayla ke biliknya.

" Ya Puan, ada apa panggil saya Puan? ada apa yang boleh saya bantu?" Kata Kayla.

"Ya Cikgu, boleh tak hari minggu ni, Cikgu jadi wakil sekolah kita sekali lagi untuk ke hotel yang dipilih. Syarikat Encik Hans minta Cikgu ke sana, sebab Cikgu kan yang hadiri meeting tu?" kata pengetua.

"Boleh puan, tiada masalah" angguk Kayla.

Dalam hati Kayla, "semoga aku tak terserempak dengan Hans. Malu wehhh"

****tiba harinya****

Kayla dengan pakaian skirt hitam paras lutut dan kemeja putih di tack-in sampai ke hotel. Zura menunggu Kayla di lobby hotel.

"Hai K." sapa Zura mesra.

"Hai Zura" kata Kayla sambil matanya mencari kelibat Hans. Macam tiada.

"Awak cari Encik Hans ke? Encik Hans tak dapat hadir, dia ada lunch dengan orang lain" kata Zura.

Kayla menarik nafas lega apabila Hans tidak ada di situ. Mereka terus bergerak ke arah ballroom dan melihat keluasan sebelum menyentuh mengenai hiasan, makanan, pakaian, protokol dan sebagainya.

Hampir dua jam berada di situ, Kayla tekun mendengar penjelasan Zura. Tiba-tiba Zura menundukkan dirinya. Kayla pelik kenapa Zura tunduk ni?

Kayla berpusing dan terkejut Encik Hans ada dibelakangnya sama seperti kejadian di bilik meeting tempoh hari.

"Mr. Hans, i have told eveything to Cikgu Kayla" kata Zura.

Hans hanya menganggukan kepalanya dan diam mendengar penjelasan Zura. Manakala, Kayla masih malu dengan kejadian seminggu lepas terus Kayla berlagak biasa. Sedangkan Hans boleh buat, kenapa aku tak boleh? getus hati Kayla.

Hans memerhati melalui hujung matanya penampilan Kayla hari ni, sungguh cantik namun terpaksa membekukan dirinya.

Lamunannya dicantas oleh Zura, "So, Mr Hans? Any addition about this hotel"

"Nope" sepatah keluar perkataan dari mulut Hans.

"So, kalau takda apa-apa, saya undur diri dulu, nanti kalau apa-apa, saya akan maklumkan dengan pengetua dan sekolah. Sekali lagi, terima kasih Zura dan Encik Hans" kata Kayla cuba mengawal rentak hatinya. Tak keruan dia melihat Hans ketika itu.

"Baik K, saya tengok awak dengan Mr Hans ini secocok betul, macam suami isteri, pakaian awak berdua sepadan. hahahahhaha" gurau Zura.

Sebut perkataan isteri, automatik muka Kayla diserbu merah, teringat peristiwa dulu. Namun, dia sempat mengerling Encik Hans di tepinya, Beku. dan tiada perasaan dengan gurauan secretarynya.

Hans hari ni dilihat nya sememangnya tampan, tingginya dengan Hans hanya paras leher, kalau buka high heels ni memang paras bahu je, lagipun mata Hans yang berwarna hazel dan putih kulitnya sememangnya pakej yang lengkap. Tapi, sayang. Sombong dan beku. Bercakap sepatah sahaja.

"Hemmm. hemmm, Kayla ... awak dengar tak ni?" kata Zura.

Tersentak Kayla, ralit sangat melihat Encik Hans di tepinya.

"Apa tadi Zura? sorry, i was thinking tadi" alasan Kayla.

"Encik Hans ajak makan tadi, Jomlah " kata Zura.

"Owh jomlah. Saya pun lapar ni, hehehehe" kata Kayla.

Hans di dalam hati meloncat gembira apabila Kayla mahu makan dengannya namun hatinya tidak selari dengan mukanya, muka beku dipamerkan.

Mereka bertiga keluar dari ballroom tersebut dan menuju ke restoran hotel tersebut. Setelah duduk, Zura di tepi Kayla dan Encik Hans dihadapan Kayla.

Tiba-tiba telefon Zura berbunyi dan Zura terpaksa mengangkatnya, tinggal lah Kayla dan Hans di meja makan. Hans memerhati Kayla begitu asyik dan Kayla tidak senang diperhatikan begitu. Tiba-tiba telefon Hans berbunyi menandakan pesanan masuk.

"Zura tak dapat makan dengan kita, urgent" kata Hans kepada Kayla.

"What?? hemm.. kalau macam tu, saya balik lah" idea Kayla.

"Who said you can go home? Makan dengan saya, kita dah pesan kan?" kata Hans sedangkan dalam hati berat untuk melepaskan Kayla.

"Tapi Encik Hans... mata Hans sudah terjegil.. tapi Hans, segan saya" kata Kayla.

"Awak tak pakai baju ke, awak segan malu ?" kata Hans.

Terdiam Kayla dengan Hans. Hans menarik nafas dan meminta maaf atas keterlanjurannya.

"Maafkan saya Kayla, saya tak nak awak jadi macam dulu, pengsan sebab tak makan, lepas makan, awak boleh balik, okay?" pujuk Hans.

Kayla mengangguk kepalanya dan berkata ,"terima kasih Hans atas keprihatinan awak."

"Sama-sama, kita makan ye?" kata Hans.

"Okay, sebelum tu saya nak tanya awak, maaf tau kalau saya bertanya, saya cuma curious. awak dengan orang lain, senyap je saya nampak, dengan saya, banyak cakap, awak pilih orang ke kalau nak bercakap?" tanya Kayla.

Hans tersenyum mendengar pertanyaan Kayla , dan Kayla terkesima dengan senyuman Hans yang ada lesung pipi di kanan pipinya.

"Mungkin, saya selesa dengan awak, dan mungkin saya dah lama kenal awak?" kata Hans.

Kayla memikirkan kata-kata Hans, agak pelik. Dan makanan pun sampai dan mereka makan dengan senyap. Sambil makan Hans memerhati Kayla. Dalam hatinya, "I am sorry Mika, nak je bagitahu kita satu sekolah dulu tapi, nantilah tunggu masa yang sesuai".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience