Bab 12- Terbongkar

Romance Series 13868

Kayla menerima pesanan daripada suaminya untuk terus ke rumah Papa. Namun, Kayla pelik dengan pesanan dari suaminya.

Sayang: I want to see you, Now!
Baby : Dekat mana sayang?
Sayang: Rumah Datuk Othman.

Tiada lagi romantik dalam ayat suaminya. Kayla berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja
Mungkin suaminya tekanan.

Sesampainya Kayla di rumah bapa mentuanya. Kayla terus naik ke bilik. Papa tidak kelihatan. Sesampainya di bilik, kelihatan suaminya membelakanginya.

"Assalamualaikum , sayang" ujar Kayla dengan manja.

"I miss you" kata Kayla sambil memeluk badan Hans. Namun pelik dirasakan, Hans mengeraskan badannya dan Hans melepaskan tangan Kayla dari memeluknya.

"Black Butterfly Mika ahhh??" tanya Hans.

Kayla terkejut... " Sayang... apa sayang cakap ni?" gusar Kayla.

"Hoi perempuan, kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Aku ada orang yang sentiasa ikut kau. Aku pun pelik kenapa kau pergi bangunan itu, nasib aku ada penyiasat persendirian dannbongkar identiti kau. Black Butterfly Mika, itu gelaran kau kan, kau dulu samseng kan?" jerit Hans sambil mengambil segala kertas dan tertera semua gambar-gambarnya yang dahulu.

Hans membaling kertas tersebut tepat di muka Kayla. Kayla terkejut. Kayla menjelaskan perkara sebenar.

"Hans, you have to listen, bagi saya peluang jelaskannya. Ada sebab saya buat macam tu, saya nak tolong orang. Hans listen" rayu Kayla.

"Bodohnya aku, kenapa aku terima kau dlu, kenapa aku perlu cinta dengan kau dulu, kenapa aku tak siasat pasal kau dlu, patutlah kau tak guna nama Mika. Owh, kau nak sembunyikan semuanya kan?" marah Hans.

Tiada lagi Hans yang penyayang, kini Hans yang lain dilihatnya.

"Hans, saya dah berubah, tolong lah jangan buat saya macam ni" rayu Kayla sambil menangis.

"Kalau kau berubah,.kenapa kau masuk sana? aku menyesal Kayla, kalau lah dapat diputarkan waktu, aku tak nak kenal kau apatah lagi jatuh cinta dengan kau" jerit Hans.

Tiba-tiba, bibiknya merempuh masuk ke bilik Hans.

"Tuan, Datu Othman, dia tak sedarkan diri"

Hans dan Kayla terkejut dan terus mendapatkan papanya. Dan, Hans meminta bantuan bibiknya untuk mengangkat papanya.

Kayla ingin menbantu namun mendaoat tengkingan dari Hans, "kau jangan sentuh papa aku".

Kayla terdiam dan meluruh jatuh lalu menangis. Dirasakan semua ini ada kaitan dengan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience