Bab 7- "The Night"

Romance Series 13881

Malam ni, makan malam guru-guru bersama syarikat Hans. Kayla menilik baju dan dirinya malam ni. Ana tidak henti-henti memujinya.

"Cantik kau K..... sesuai dress merah ni dengan kau, pandai kau pilih" kata Ana.

"Bukan aku, Hans yang pilih" kata Kayla.

Terimbau kembali bagaimana Hans memberikan baju ni sewaktu meeting terakhirnya mengenai makan malam ini.

"Nah, Encik Hans suruh saya bagi hadiah ini dekat awak" kata Zura.

Kayla membuka kotak tersebut, "Hish, Zura mahal ni, tak payah susah-susah" kata Kayla.

Kayla mengangkat wajahnya dan tiada Zura di situ, yang ada hanya Hans di hadapannya.

"Saya belikan untuk awak sebab awak komited dalam kerja awak" kata Hans.

"Baiklah, saya terima . Thank you Hans" kata Kayla.

"Please wear on dinner night, can you?"pinta Hans. Hatinya berbelah bagi.

Dan sekarang Kayla memakainya, dengan rambut nya yang disanggul tinggi dan heels yang dipakainya sangat cantik pada malam ini.

"Okaylah Ana, aku jalan dulu tau.Bye" kata Kayla.

"Okay K, enjoy" kata Ana.

****hotel xxxxxx******

Semua sudah berada di ballroom tersebut. Semua guru-guru cantik dan tampan pada malam tersebut, tema: "Red" dipilih oleh syarikat Hans maka semua guru memakai mengikut warna yang dipilih. Kayla megambil tempat di meja belakang kerana Kayla mengutamakan guru-guru yang lebih senior dari dia untuk duduk di hadapan.

Setelah guru-guru mengambil tempat, selang setengah datangnya kelibat VVIP seperti Datuk Othman, Encik Hans, Zura, dan Puan Pengetua. Kayla terdengar bisikan "boleh tahan Encik Hans kita tu.. a ah lah.. tapi tulah, kurang bercakap"

Kayla hanya tersenyum mendengar perbualan guru tersebut. Selepas pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan para VVIP, Encik Hans dijemput untuk ke atas pentas menyampaikan sepatah dua kata.

Kagum Kayla melihat kewibawaan Hans di atas pentas, Hans mempunyai karismanya tersendiri. Kemudian, semua guru dipelawa untuk makan. Dan tiba masanya, ke acara karaoke. Pihak VVIP perlu mencabut lima nama bertuah untuk mendendangkan lagu.

"Kayla Mikayla" tersentak Kayla namanya dipanggil.

Lampu pentas disorotkan ke arah Kayla. Namanya terpilih untuk karaoke.

Kayla terpaksa ke atas pentas dan Hans melihat Kayla terpegun dan degupan jantungnya berdegup laju melihat cantiknya Kayla pada malam itu. Dengan dress merah dan rambutnya disanggul tinggi menyerlahkan kecantikkannya pada malam itu.

"So, Miss Kayla, lagu apa nak nyanyi?" gurau pengacara majlis

"Errr... saya nak nyanyi lagu Stuck With You By Ariana Grande " kata Kayla.

"But, Miss... lagu tu dua orang" kata pengacara majlis.

"Ye tak ye juga. Hahahha, tak pelah kita tukar lagu...." belum sempat Kayla menukar lagu, Hans mengangkat tangannya, dan mikrofon diberikan kepada Hans. "Can i sing with you, Miss Kayla?"

Sorakan hotel itu bergema apabila Hans dan Kayla bernyanyi lagi Stuck With You. Setelah habis lagu itu, Kayla cepat-cepat turun dari pentas dan menuju di tandas.

Kayla malu dengan senario tadi.. Kayla bertenang di tandas dan keluar, Kayla terserempak dengan Zura.

"What have you done with our bos?" tanya Zura.

"Kenapa Zura?" kata Kayla.

" You know what, Encik Hans malam ni bukan Encik Hans yang selalu tau, memang awak ni istimewa di mata Mr. Hans kut" gurau Zura.

"Tak delah Zura, mungkin Mr Hans tu bosan kut, ke dia demam kus-kus, tulah tetiba nak nyanyi dengan saya" kata Kayla.

Zura tiba-tiba termati senyumannya.

Kayla menyambung lagi, " Sengaja lah tu Encik Hans tu, mengada lah nak nyanyi dengan saya, hish" adu Kayla.

Zura hanya menjegilkan matanya dan Kayla pelik dengan sikap Zura. Kayla memusingkan tubuhnya lalu terkejut melihat Encik Hans dibelakangnya.

"I have to go, bye Kayla" kata Zura sambil berlari masuk ke ballroom.

Kayla menjadi tidak keruan Encik Hans merenungnya tajam.

"Awak cakap apa tadi, demam kus-kus, mengada-gada?" kata Hans.

"Yalah, memang pun. Nanti apa presepsi guru-guru lain dengan saya?" kata Kayla.

"I am trying to save you and supaya awak tak malu dekat atas pentas. Memang awak jenis tak berterima kasih ke apa ?" kata Hans.

"Saya tak suruh pun awak selamatkan saya?" kata Kayla.

Hans merenungnya tajam dan berkata, "Saya cuba untuk memberanikan diri, lawan ego untuk bercakap dengan awak. Awak layan saya macam ne?" kata Hans.

"Saya selamatkan awak banyak kali Kayla, awak layan saya macam ni? Baiklah, mulai dari hari ni, you are not special to me anymore and saya akan dingin dekat awak, faham?" bentak Hans meninggalkan Kayla.

Kayla terdiam dan berkata, "Aku ada buat salah ke?" sambil mengigit jarinya.

Kayla lari mengejar Hans dan terus memeluk lengan Hans, " I am sorry" kata Kayla.

Sedikit sebanyak rancangan Hans untuk merajuk berjaya dan Hans tersenyum kemenangan.

"Baiklah, dengan satu syarat" kata Hans.

"Apa?" kata Kayla.

"One picture for tonight, Us. right now!" kata Hans.

Kayla.mengangguk dan Hans mula mengeluarkan hanfonnya untuk bergambar dengan Kayla. Hans merapatkan dirinya ke Kayla dan senyum melihat kamera.

Setelah itu, Hans tersenyum.melihat hasil gambar tersebut.

"Did you forgive me?" tanya Kayla.

"Of course, baby" kata Hans.

"Baby?????" kata Kayla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience