Bab 8- No more secret

Romance Series 13868

"Kenapa panggil saya baby, saya bukan budak kecil tau!" kata Kayla.

"Yelah Kayla. Kayla, jom kita blah dari sini, saya tak biasalah. Jom, malam ni teman saya kita pergi rooftop, nak tak?" ajak Hans.

"Buat apa ke atas? Tak nak lah" kata Kayla.

"Jomlah, ada benda saya nak bagitahu awak. Please" rayu Hans.

Kayla berbelah bagi saat itu namun mengenangkan peristiwa tadi, mungkin dia akan diserang dengan pelbagai soalan. Lebih baik Kayla cabut lari.

"Okay lah. Jom" kata Kayla.

Mereka menuju ke lif tingkat paling atas, memanjat dua tingkat tangga dan akhirnya mereka sampai ke rooftop bangunan hotel berkenaan. Mereka duduk di dinding konkrit tersebut.

"Cantiknya bintang di atas tu kan Hans" kata Kayla.

"Tapi, lagi cantik orang yang dekat sebelah saya ni" kata Hans.

Kayla hanya tersenyum memandang Hans. Hans membuka kotnya dan menyelimuti badan Kayla. Cuaca pada malam itu dirasakan begitu sejuk.

"Apa Hans nak bagitahu saya tadi?" tanya Kayla.

"Kayla dulu sekolah dekat mana ye?" balas Hans.

"Sekolah xxxxx , kenapa Hans?" pelik Kayla.

"Awak dulu ketua pelajar kan? Mika?" tanya Hans.

Kayla begitu terkejut dengan kata-kata dari Hans. Mika ialah nama sekolahnya dahulu.

"Kijap, kita sekolah yang sama ke ?" tanya Kayla.

"You probably didn't know me, but i know you very well" kata Hans.

"Awak siapa?" tanya Kayla.

"Nama sebenar saya Hans Haikal bin Othman, any idea?" kata Hans.

"Hans Haikal.... Haikal, kijap awak budak yang pendiam tu kan, yang acah-acah misteri tu kan. My rival dulu. sebab awak selalu nombor satu dan saya selalu nombor dua. hahahahhahha" kata Kayla.

"Ingat pun, hahahahahahha. Kita jumpa lagi kan Iron Lady" kata Hans.

"Lama saya tak dengar nama tu" kata Kayla.

****flashback waktu sekolah*****

"Cikgu nak Mika dan Haikal tolong cikgu kemas perpustakaan ni.

"Baik Cikgu" kata Mika.

Mika dan Haikal mengemas perpustakaan tanpa sebarang bunyi. Haikal melihat Mika mengangkat meja kayu itu seorang diri.

"Awak nak saya tolong tak?" tanya Haikal.

"Tak pe, sikit je ni" kata Mika.

"Kuat betul kau ni, mulai sekarang aku panggil kau Iron Lady lah" kata Haikal.

"Mana-mana kau jelah" kata Mika.

Apabila berjumpa dengan Haikal, dia akan memanggil Mika Iron Lady.

****end flashback*****

Kayla mengelap air matanya kerana ketawa.

"Awak memang tak popular dulu Haikal. Tapi awak popular sebab pandai. Cuma tulah pendiam sangat" kata Kayla.

"Hahahahhaa... tulah... anyway congrats sebab awak berjaya capai cita-cita awak" kata Hans.

"Terima kasih, dah jomlah balik. Rasanya majlis tu dah habis" kata Kayla sambil mengerling jam tangannya yang menunjukkan jam 11:30.

"Ye, jom . Eerrrr... Kayla, boleh minta nombor awak tak ?" tanya Hans.

"Boleh apa salah" kata Kayla.

Nombor telefon berganti dan mereka menuruni rooftop sehingga ke parking. Hans menghantar Kayla sehingga ke kereta. Namun sebelum Kayla masuk ke kereta. Hans menahan Kayla di keretanya sambil tangan Hans menyandar di kereta Kayla. Kayla terperangkap di situ. Hans sempat berbisik.

"Drive safe baby..... I love you from yesterday now and always" bisik Hans.

Kayla terkesima dengan perlakuan Hans. Hans sudahpun meninggalkannya. Kayla cepat-cepat masuk ke kereta dan memandu balik. Ketika perjalanan balik, Kayla tidak henti-henti tersenyum.

Setelah melihat kereta Kayla selamat keluar dari parking, Hans melihat kembali gambar mereka berdua. Hans tersenyum suka dan berkata di hati,

"I will make you my wife, baby" janji Hans.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience