Bab 11- Still accept me ?

Romance Series 13881

Kayla terkejut dengan isi surat tersebut. Dan Kayla tahu siapa pengirimnya. Kayla takut surat ini sampai ke tangan suaminya. Kayla perlu membuat perhitungan sebelum terlambat.

Selepas waktu sekolah, Kayla terus menuju ke tempat yang dia tidak jejak. Tempat yang menjadi saksi kepada kehebatannya sebagai ahli tersebut. Ada kisah di sebalik semua ini, dan mengapa dia begini. Namun, keseluruhannya, Kayla terpaksa buat begini kerana bersebab. Sejak tiga tahun yang lalu, dia sudah melepaskan segalanya kerana ingin berubah kepada yang lebih baik.

Sesampai Kayla di bangunan itu, Kayla menekan butang dan menyebut kata kunci, "Black Butterfly", itulah gelarannya. Kayla masuk ke dalam bangunan itu dan terus ke tingkat atas berjumpa dengan seseorang.

Sesampainya di bilik tersebut, Kayla terus mencampakkan surat tersebut.

"I thought we done, but why you still disturb me?" kata Kayla.

"Black Butterfly, jangan lah marah. Kenapa nak marah sangat ni, hemm?" kata Aisy.

"Saya dah buat apa kau nak, saya dah langsaikan semua. Apa lagi kau nak? Saya dah keluar secara rasmi kan?" kata Kayla.

"Baiklah, macam ni, aku cuma nak mengingatkan kau siapa kau yang sebenar. Lagipun aku yakin kau dah kahwin, sebab suami kau tu terkenal. Tapi, kau rasa ... suami kau akan terima kau ke, masa silam kau yang dahulu?" kata Aisy.

"Kami saling mencintai Aisy... dan saya yakin dia akan menerima saya" kata Kayla.

Aisy menarik nafas dan menghembuskannya. "Sorry Black Butterfly, maaf.. lain kali aku tak buat lagi. Kau gembira, aku pun kena gembira untuk kau. Maaf tw. Anyway, ini hadiah sempena kahwin kau yang dulu. Ambil lah" kata Aisy.

Kayla terkejut set rantai berlian di hadapannya. "Tak pelah Aisy, i don't want that. Cukup kau mendoakan aku. Okay Aisy, and we still friend, kan?" kata Kayla.

"Sory Mika atas semua ini. Sahaja nak jumpa kau, kalau aku tak buat macam ni, manalah kau nak jumpa aku. sory tw. Hehehehe. Satu pesanan aku, kalau suami kau tak hargai kau. Bagitahu aku, aku tumbuk dia. Hahahahha. Proud of you, actually. Dah, sekarang cepat-cepat bagi aku anak buah. Okay?" kata Aisy.

"No problem, Dahlah, saya balik dulu" pamit Kayla.

Sesampainya di kereta, Kayla mengingat peristiwa lama. Ada sebab dia terpaksa masuk kumpulan ini, tapi dia sudah keluar. Dan mereka bukan lagi seperti dahulu.

***flashback****

"Black Butterfly Mika"

Gelaran yang akan ditakuti oleh semua orang. Masuknya ke kumpulan itu kerana ingin membantu rakannya yang tidak dapat melangsaikan hutang. Kayla seorang yang tidak boleh melihat orang lain susah dan terpaksa mengorbankan dirinya untuk membantu sesiapa sahaja. Inilah sikap Kayla Mikayla.

"Aku akan langsaikan hutang rakan aku, apa yang kau nak aku buat?" kata Mika.

"I like you, baiklah . Join kumpulan ini, kerja untuk aku dan langsai hutang, kau bebas" kata Aisy.

"Aku nak gelar kau Black Butterfly Mika, that is your name now". kata Aisy.

Gelaran Iron Lady sesuai dengannya kerana dia tidak gentar dengan semua. Selepas langsai hutangnya, di situ lah Kayla berubah dan meninggalkan masa silamnya. Dia yang dahulu sangat berbeza dengan sekarang. Dia menggunakan nama Kayla untuk diri yang baharu. Itulah sebab Kayla tidak lagi menggunakan nama Mika.

Namun, adakah suaminya akan menerima siapakah dirinya yang sebenar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience