Bab 16- Keluar

Romance Series 13868

Kayla memulakan perkerjaan menjadi pemuas nafsu Hans. Sememangnya Kayla merindui masa-masa bahagia mereka namun kini, tidak lagi. Hans melakukannya hanya kerana nafsu semata dan bukannya cinta.

Hans termenung di pejabatnya, Gambar ketika makan malam di hotel dilihatnya. Ketika itu, dia mula.merindui masa-masa bahagia bersama Kayla dan masa dia menaruh cintanya kepada Mika sewaktu sekolah.

Datang girlfriend Hans mencantas lamunannya. "Dear , jom makan . Lepas tu, kita pergi busana pengantin" kata Aileen.

"Jom sayang" kata Hans.

Kayla menyemak status perpindahan tempat kerjanya dan syukur kepada Allah, dia erjaya dipindahkan namun Kayla tidak berniat untuk memberitahu sesiapa. Dia ingin memulakan hidup baharu di sana kelak.

Kayla sampai di rumah dan terlihat Hans dan Aileen di ruang tamu.

"Bibik, mari sini sekjiap" panggil Aileen.

"Saya nak minta maaf atas kejadian hari tu ye" basa basi Aileen. Kayla hanya tersenyum memandang Aileen.

"Bibik jom ke dapur, Sayang nak air apa?" tanya Aileen.

"Dear nak air apa-apa je" kata Hans.

"Okay, jom bibik" atur langkah Kayla dan Aileen. Namun, Hans lebih tertarik kepada Kayla, masih hangat dirasakan pelukan selama beberapa malam itu. Ikutkan hati, Hans ingin mengangkat Kayla ke bilik. Namun egonya yang melampau menghalangnya.

"Aku tahu kau memang ister Hans kan?" kata Aileen. Kayla sudah agak memang Aileen berpura-pura.

"So?" cabar Kayla.

"Aku tak suka berkongsi, aku akan buat dia halau kau keluar dari rumah ni?" kata Aileen.

"Boleh ke?" cabar Kayla lagi.

"Boleh. Wait ye" kata Aileen.

Aileen mengambil pisau dan memotong kulitnya sedikit dan Kayla terkejut melihat perbuatan Aileen dan Aileen menjerit.

Hans mendengar jeritan itu dan terkocoh-kocoh ke dapur.

"What happen? Aileen, Ya Allah ... kenapa?" tanya Hans cemas. Kayla melihat peristiwa itu masih terkejut dengan tindakan Aileen.

"Dia buat, dia cederakan saya" kata Aileen.

Hans terus mengamuk lalu menampar muka Kayla, terpusing Kayla dibuatnya. Dan Hans berterus menampar Kayla sehingga Kayla cedera. Tidak cukup dengan itu, Hans menumbuk.muka Kayla. Hans dilihat seperti kerasukan. Kayla terduduk kesakitan dan Hans mulai mengeluarkan sumpah seranahnya dan menarik tangan Kayla sehingga kekuar dari rumah tersebut. Kayla tidak mendengar apa.yang Hans kerana dia merasa kesakitan. Namun dia tahu Hans sudah menghalaunya keluar. Dia nampak beg pakaiannya dikeluarkan begitu juga beg tangannya. Kayla reda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience