Bab 22-Negoo

Romance Series 13868

"Baiklah, saya setuju tinggal dengan awak. Tapi, saya nak tinggal di bilik bawah" kata Kayla.

"Why baby, no! you can't do this to me, This is unfair" kata Hans, memujuk.

"So, choose lah. Awak nak saya tinggal di sini ke, atau awak nak saya tinggal di rumah sewa" kata Kayla, dirasakan dia masih belum sepenuhnya memaafkan Hans.

"Okay, fine. Tinggal tingkat bawah ni hemmm..." akhirnya Hans mengalah.

Bibik membantu Kayla memindahkan barangnya ke tingkat bawah. Kayla tidak mahu tidur sebilik dengan Hans. Takut hatinya cepat cair dengan manjanya Hans.

Setelah semuanya selesai, Hans masuk ke bilik Kayla, "so baby, comfortable tak?" tanya Hans.

"Who said you can enter my room, Mr Haikal?" kata Kayla.

Hans mengundurkan langkah nya sehingga ke muka pintu. "You being not fair, baby" rajuk Hans.

"Do i care?Nope. Get out" kata Kayla.

Kayla merehatkan dirinya selepas dia menutup pintu.

Hans gumam ," Sabar Hans Haikal. Salah kau juga bini kau jadi keras kepala"

Syarat yang Hans kemukakan kepada Kayla dipersetujui, Kayla harus solat dan makan bersama Hans. Tu syarat Hans kepada Kayla.

Selang beberap hari, Kayla pergi kerja seperti biasa, dan Hans yang menghantar dan mengambilnya. Kerana risaukan Kayla. Beberapa minggu lagi, makan malam amal akan diadakan di hotel. Nasib Kayla tidak ditugaskan untuk menjadi wakil kerana tuan pengetua risau akan kesihatan Kayla atau lebih tepat lagi, Hans yang menyuruh pengetua mencari wakil lain kerana risaukan isterinya yang berbadan dua.

Di rumah, setiap malam, Hans akan membawanya susu suam. Katanya, baik untuk baby. Cuma, Hans akan menghantarnya di luar sahaja...

****Suatu Hari****

" Adui, tak muat dah baju aku ni, perut dah makan besar" getus Kayla, walaupun berusia 2 bulan lebih. Perut Kayla menjadi besar, pernah diajak Hans untuk scan namun Kayla tidak mahu. Dia ingin kejutan.

Kayla menghantar pesanan ringkas kepada Hans.

Baby; awak, saya nak keluar kijap dengan bibik. Nak beli baju baharu dengan baju untuk makan malam amal.

Sayang: Okay baby. but, wait for 5 minute.

Kayla pelik kenapa perlu tunggu 5 minit? Mungkin ingin memberikan arahan kepada bibiknya. Kayla menunggu bibiknya di ruang tamu.

Hans menuruni tangga dan berkata, "Okay baby, Jom" ajak Hans.

"Wait, saya tak ajak awak pun, saya ajak bibik. Bukan awak" kata Kayla tidak puas hati

"Salah ke? Jom lah, atau pun baby nak saya dukung. Boleh je" goda Hans.

"Nope, cepatlah" Kayla mempercepatkan langkahnya. Mereka pun sampai di shopping mall. Hans memimpin tangan Kayla. Risau dengan Kayla.

Mereka masuk ke butik yang menempatkan baju mengandung. Hans memilih lebih kurang 10 helai untuk Kayla dan ditambah dengan baju makan malam amal yang ditempah khas untuk Kayla.

"Mr Haikal, semua 5,000" ketika membayar. Kayla terkejut dengan nilainya namun tidak bagi Hans, dia senang hati membayar nilai tersebut.

Ketika sampai di restoran, Kayla membuka cerita mengenai hal tersebut, "it' s way to expensive" kata Kayla.

Hans merenungnya dalam-dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience