Bab 2- We will see again.

Romance Series 13868

"Cikgu Kayla. Bulan depan kita ada makan-makan dekat hotel, awak sebagai cikgu baharu di sini kena tahu serba sedikit tentang sekolah kita ni" Kata Pengetua.

"Sekolah kita ni sentiasa ditaja oleh syarikat Encik Hans, sebenarnya dari zaman atuk dia lagi. Dah menjadi adat mereka untuk menaja makan malam khas untuk guru-guru di sini. Ibarat sekolah kita ni anak angkat kepada syarikat Encik Hans" terang pengetua.

"Owh... macam tu puan, baik juga syarikat itu" kata Kayla.

"Ye cikgu, misal kata kalau kita memerlukan keperluan, kita hanya hubungi syarikat tersebut sahaja. Kira mereka selalu bersedekah, apalagi kalau nak dekat hari raya, duit raya yang mereka bagi kepada murid-murid sekolah ni memang banyak" tambah pengetua.

"Wahh, untung murid-murid tu" senyum Kayla.

"Jadi sekarang, saya nak minta tolong Cikgu Kayla, boleh tak jadi wakil sekolah kita untuk ke meeting dengan syarikat Encik Hans? pinta pengetua.

"Ahhh??! Kenapa saya Puan, segan saya" kata Cikgu Kayla.

"Ini untuk pengalaman, lagipun tak banyak sangat pun kerjanya, pergi meeting je" jelas pengetua.

"Baiklah Puan, atas nama pengalaman, saya dengan besar hati ingin menimbanya" kata Cikgu Kayla dengan keazaman.

"Baiklah, nanti saya akan khabarkan kepada syarikat Encik Hans ye" kata pengetua sambil berlalu.

**********hari yang dinantikan*****

"Lipstik check, kemeja check, neck tie cek, boleh tahan pula pakaian aku hari ni" getus hati Kayla.

Untuk ke syarikat Encik Hans, pakaian kena formal. Ini dah macam pergi office dah ni. Kayla memakai slack hitam, dipadankan dengan baju kemeja putih, necktie hitam, dan blazzer hitam. Rambutnya yang keperangan dilepaskan.

Hari ini meeting dengan syarikat Encik Hans sempena makan malam guru.

Terngiang-ngiang di telinga Kayla sewaktu namanya naik untuk ke meeting.

"Untung lah Kayla, hansem tau Encik Hans tu tapi tulah secretary dia yang bercakap, Encik Hans hanya angguk-angguk. macam dekat mulut dia tu ada emas" pesan guru tersebut.

Kayla hanya tersenyum mengingati kembali kata-kata guru di sekolahnya.

Dengan langkahan yang yakin, Kayla menuju ke syarikat Mr. Hans. "Boleh tahan besar juga syarikat mamat ni"

Kayla menuju ke reception dan bertanya mengenai Encik Hans.

"Maaf, saya Kayla, wakil guru dari sekolah *** datang untuk meeting dengan Encik Hans" terang Kayla.

"Owh ye.... Miss Kayla, awak ke tingkat 35 ye dan terus ke bilik meeting" kata gadis tersebut.

Kayla melangkahkan kakinya ke lif namun terlihat seorang lelaki mengangkat tiga file sehingga mukanya tidak kelihatan. Kayla seorang yang tidak sanggup melihat kesusahan orang lain lantas Kayla pergi ke sana untuk membantu lekai tersebut.

"Mari saya bantu Encik. Kesian Encik bawa file sorang-sorang" kata Kayla sambil tangannya mengambil dua file tersebut.

Hans hanya memandang gadis tersebut dan dalam hatinya berkata, "siapa dia ni?, sejak bila aku ada pekerja ni?"

Mereka berdua menapak ke dalam lif dan Kayla menekan butang 35 sambil bertanya, "Encik nak ke tingkat berapa?"

Hans tersentak tidak menjawab pertanyaan Kayla dan menekan butang 35.

"Dia ni bisu ke?" Kata Kayla.

Kayla terus bertanya dengan lelaki tersebut sambil menunjukkan perlakuannya. "Encik tak boleh bercakap ke ?"

Hans hanya merenung tajam kepada Kayla dan dalam hati berkata , "gila apa perempuan ni, dia kata aku bisu?"

Hans hanya tersenyum sinis dan membiarkan pertanyaan perempuan itu berlalu.

Sampai ke tingkat 35. Hans cepat-cepat mengambil file di tangan Kayla dan berlalu meninggalkan Kayla di dalam lif.

"Amboi, tak senyum tak ucapkan terima kasih pun mamat ni, haishhh" kata Kayla.

Kayla menapak ke bilik meeting. Kayla mengetuk bilik tersebut dan muncul seorang perempuan di sebalik pintu itu.

"You must be Cikgu Kayla, hai saya Zura, secretary Encik Hans. Mari masuk" kata Zura.

"Hai Cik Zura, panggil K je dan tak payah lah cikgu-cikgu ni. Panggil K je tau" ramah Kayla.

Zura tersenyum lantas berkata," Baik K, have a seat. Actually we waiting for Mr Hans, he will be here"

"Baik Cik Zura" angguk Kayla.

Pintu dikuak dari luar. Masuk Hans ke dalam bilik mesyuaratnya.

"Good morning Mr. Hans, this Cikgu Kayla, wakil dari sekolah ***" kata Zura.

Kayla berdiri lalu memusingkan badannya ke belakang dan senyumannya mati. Lelaki tersebut ialah lelaki yang berada dalam lif bersama nya tadi.

Kayla mengigit bibirnya sambil mukanya merona merah. Hans hanya merenung gadis di hadapnnya. Gadis yang baru sebentar tadi dijumpainya.

Meeting berlangsung agak senyap dan yang bercakap hanya Zura dan Kayla. Hans hanya memerhati kepada meeting tersebut.

"Baiklah K, kalau ada apa-apa perubahan, syarikat kami akan maklumkan" kata Zura.

"Baik Cik Zura, terima kasih atas sumbangan ini" sambung Kayla.

"Encik Hans, do you want to add anything?" kata Zura kepada Encik Hans.

"Nope" satu patah keluar dari mulut Encik Hans.

Hati Kayla berkata, "betul lah apa yang mereka cakap, memang ada emaa dekat mulut Encik Hans ni".

"Baiklah, kalau tak ada apa-apa , i think this is it, right?" kata Kayla sambil membetulkan necktienya. Perlakuannya itu direnung oleh Hans.

Hans , Zura, dan Kayla serentak berdiri dan Kayla bersalam dengan Zura dan tersenyum dan Kayla bersalam dengan Encik Hans dan melemparkan senyuman yang paling manis " We will see again, Mr Hans"

Hans merenung Kayla dalam-dalam seperti harimau mencari mangsanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience