BAB 5

Romance Completed 12177

Safina mengeluh kasar. Rasa bagaikan jatuh ditimpa tangga! Sudahlah semalam cintanya terkandas di tengah jalan. Bertemu pula dengan musuh lamanya semasa di zaman persekolahan dulu. Kini, keretanya pula pancit dalam perjalanan untuk ke pejabat!

Handphone dikeluarkan dari beg tangan untuk telefon Amad iaitu kawannya yang bekerja di bengkel. Safina tepuk dahi. Skrin telefon yang gelap dia pandang kosong. Handphone tak ada bateri. ‘Bagus sangat Fina! Macam manalah kau boleh lupa nak charge… padan dengan muka kau.’ Dia meraup wajah. Meredakan hati yang mula panas.

Safina keluar dari kereta dan mula menyingsing lengan baju kurung. Kepala yang bersalut tudung bawal hijau muda dia garu perlahan. Macam mana nak tukar tayar?

Tiba-tiba ada kereta BMW berhenti di depan keretanya. Yes, finally ada juga rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasibnya yang kurang baik. Bibir Safina sudah mekar dengan senyuman. Nak mintak tolong orang muka kena manis. Namun lama kelamaan senyuman di wajahnya kian pudar dan hilang terus senyuman Safina bila tubuh lelaki itu kini di depannya. Tersenyum sinis dengan kaca mata hitam yang terletak elok di wajah lelaki itu.

“ Kenapa dengan kereta?”

“ Tak ada apa. Aku saja parking kat tepi jalan. Rasa macam awal lagi nak pergi kerja.” Sinis Safina membalas. Dah nampak keadaan keretanya lagi mahu tanya. Argh, dalam banyak-banyak manusia kat dalam dunia ni kenapa mesti Redza juga yang muncul di depannya!

“ Bukan sebab tayar kereta kau pancit? Nak aku tolong?” Redza buka spec
hitamnya dan sangkut di baju.

Safina menggeleng laju.

“ Tak payah. Aku tak perlukan pertolongan kau. Aku boleh buat sendiri.”

Redza senyap.

“ Yang kau tercegat kat sini lagi kenapa? Kan aku dah cakap yang aku boleh buat sendiri. Pergilah kerja. Nanti lambat sampai bising pulak bos kau.” Safina menghalau bila Redza masih tak berganjak dari tadi.

“ Aku half day.”

“Half day?” Dahi Safina berkerut. Dia tak faham. Takkanlah Redza ambil half day semata-mata nak tolong dia betulkan kereta. Tak logik. Redza bukanlah kawannya yang akan membantu dia ketika susah tetapi Redza adalah musuhnya!

“ Yup. Sebab nak tengok kau tukar tayar macam mana.” Redza tersenyum lagi. Tangan di selukkan ke poket seluar dan dia bersandar sedikit di tepi kereta Safina. Nampak sangat kacak dan segak bila Redza buat pose macam tu tapi tidak di mata Safina. Dia rasa meluat!

“ Kau memang dah tak ada kerja lain ke? Seronok sangat sakitkan hati aku?” Safina mendengus kasar. Dia dapat tangkap senyuman sinis Redza. Ah, dia benci bila Redza senyum macam tu! Dia jadi panas hati.

“ Bila masa pulak aku sakitkan hati kau?” Redza angkat kening. Safina masih lagi seperti dulu. Pantang dicuit, pasti akan melenting. Dan dia sememangnya gemar melihat Safina marah-marah. Rasa tak lengkap hidup kalau tak buat Safina sakit hati dengannya.

“ Kau tak rasa ke yang sekarang ni kau tengah sakitkan hati aku?” Safina dah cekak pinggang. Redza tahu yang dia bukannya pandai tukarkan tayar kereta tapi sengaja nak tengok dia macam orang bodoh terkebil-kebil nak tukar tayar.

“Aku buat apa sampai kau nak sakit hati? Aku tak buat apa-apa pun.” Selamba Redza bersuara. Masih lagi dengan senyuman sinisnya.

“ Shut up Redza! Can you please leave me alone?! Tolong tinggalkan aku kat sini. Aku tak suka tengok kau!” Suara Safina dah naik satu oktaf.

Bukan setakat benci tengok Redza, dengar suara Redza pun dah buat darahnya menyirap. Tambah pula bila Redza memang sengaja menyakitkan hatinya. Lagilah darjah kepanasannya semakin meningkat.

“Nope…aku tak akan pergi selagi kau tak tukar tayar kereta tu lagi.”

Safina ketap gigi geram. Rasa macam nak tolak Redza ke tengah jalan. Biar Reza kena langgar dengan kereta ke lori ke… baru padan dengan muka Redza!

Dengan hati yang bengkak Safina buka bonet kereta dan cuba untuk mengeluarkan tayar spare.Okay, berat gila tayar ni! Setelah beberapa kali percubaan barulah dia berjaya mengeluarkan tayar tersebut.

Safina mengeluh perlahan. Peluh yang merintik di dahi dia kesat dengan hujung lengan baju kurung.

“Baru angkat tayar dah penat. Belum tukar lagi.”

Safina menjeling tajam. Nak je dia cilikan mulut si Redza. Dahlah pandai tengok je, tak reti nak tolong. Mulut pulak tak habis-habis buat dia panas.

Tanpa pedulikan Redza yang masih memerhati tanpa ada niat menolong, Safina keluarkan pula alatan untuk menukar tayar. Setelah itu dia duduk mencangkung di tepi tayar dengan tangan memegang spanar.

Dahinya berkerut hebat. Macam mana nak tukar tayar? Dia tak nak kelihatan lemah dan bodoh di depan Redza kerana tak pandai tukar tayar kereta tapi kenyataannya dia memang tak tahu tukar tayar kereta!

Setelah berteleku hampir lima belas minit lamanya, Safina campak spanar yang berada di tangannya. Mukanya merah. Rasa nak marah dan dalam masa yang sama dia rasa nak menangis! Benci bila dia berada dalam situasi di mana Redza ada sekali dengan dia… situasi di mana Redza boleh nampak kelemahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience