BAB 4

Romance Completed 12177

Kini…

Macam mana dia boleh terserempak dengan Redza lagi setelah lapan tahun berlalu? Sangkanya dia memang tak akan bertemu dengan makhluk perosak ni lagi…

“ Dari gaya kau ni aku boleh agak yang kau still ingat aku. Am I right Kodok?” Redza jungkit kening. Dia berdiri dari mencangkung bila Safina dah berdiri tegak. Redza peluk tubuh. Senyuman sinisnya masih terukir.

Argh!!! Benci betul Fina dengan gelaran yang diberikan Redza untuknya. Jatuh maruahnya bila Redza dapat lihat air matanya sedangkan dulu teruk macam mana pun Redza buli, dia tak pernah menangis. Sekali pun tak pernah tetapi sekarang ni, bukan setakat air mata, siap dengan esakan sekali!

“ Do you miss me? Dari tadi renung aku sampai tak nak lepas.” Usik Redza. Dia melangkah merapati Safina membuatkan wanita itu menapak ke belakang sambil memeluk beg tangan ke dada.

“ Lelaki psiko.” Gumam Safina perlahan. Wajah tampan Redza dia pandang dengan rasa meluat.

Redza tergelak.

“ Ada pun suara. Ingatkan suara dah hilang sebab terpana tengok aku makin handsome.” Safina mendengus perlahan.

Cepat-cepat dia mengatur langkah menjauhi Redza. Hari ni merupakan hari yang malang buat dirinya. Diperbodohkan Nazrin dan kini terserempak pula dengan Redza, lelaki yang dia paling nak elak sekali kalau boleh. Langkahnya terhenti bila Redza menghalang laluannya.

“ Kenapa kau menangis tadi?” soal Redza ingin tahu. Seingatnya dulu Safina tak pernah mengalirkan air mata walau teruk mana dia buli. Safina boleh dikatakan agak keras hatinya tapi tadi dia nampak sisi Safina yang rapuh. Lemah…

“ Tak payah sibuk. Itu bukan urusan kau.” Safina menjeling. Ah, untuk apa Redza menghalang laluannya? Nak sakitkan hatinya macam dulu?

“ Ada lelaki tinggalkan kau kan?” teka Redza tanpa menghiraukan kata-kata Safina. Safina terdiam. Dia membiarkan Redza membelek tubuhnya dari kepala sampai kaki. Kemudian Redza menggeleng kepala.

“ Aku tak hairan kalau lelaki tu tinggalkan kau bila aku tengok gaya kau macam ni. Tak selera langsung aku tengok. Macam rumah tak siap. Macam susu basi. Macam kodok kena sembelit. Macam…”

“Stop it Redza!” keras suara Safina mematikan bicara Redza. Tajam matanya memandang Redza.

“ Aku tak perlukan komen kau. Lantaklah gaya aku macam mana sekalipun, kau tak payah nak sibuk. Aku tak pernah masuk campur dalam hidup kau dan aku harap kau pun tak payah nak rajin sangat masuk campur urusan hidup aku. Okay? Now can you leave me alone? Aku tak nak tengok muka kau lagi.” Luah Safina.

Dia bahagia dengan caranya berpakaian. Orang lain tak ada hak nak tentukan bagaimana dia nak menggayakan pakaian yang dipakainya. Baginya tidak penting bagaimana cara pemakaiannya asalkan masih menutup aurat.

“ Pergi mana?” soal Redza. Tangannya diselukkan ke dalam poket.

“ Mana-manalah asalkan aku tak payah jumpa kau lagi.” Baru Safina perasan yang Redza memakai sut pejabat. Serba hitam dan nampak mewah. Kerja ofis ke? Ah, lantaklah. Bukan urusan dia…

Redza terdiam sejenak sebelum bersuara.

“ Apa kata aku bagi kau tawaran? Kau tak akan menyesal kalau kau terima tawaran aku.” Redza mengangkat kening menyoal. Dia boleh lakukan sesuatu untuk Safina.

“ Tawaran apa?” Safina kerut dahi.

“ Aku akan ubah kau jadi cantik. Biar lelaki yang tinggalkan kau rasa menyesal buat kau macam ni. Biar dia terbeliak tengok kau jadi cantik. Masa tu dia akan melutut depan kau, menagih cinta kau semula. ” Tenang Redza membalas.

“ Apa motif kau nak tolong aku? Kau pun nak main-mainkan aku juga? Kau ingat aku tak tahu yang kepala kau tu penuh dengan macam-macam agenda untuk kenakan aku. Kau kan suka malukan aku depan orang ramai. Kau suka persendakan aku. Tak pernah sekali pun kau buat baik dengan aku. So, kau ingat aku bodoh sangat nak terima tawaran merapu kau ni?” soal Safina sinis.

Apa mimpi Redza nak buat baik dengannya? Pasti Redza mempunyai agenda yang tersembunyi. Mengenali Redza, dia tahu yang Redza tak pernah mahu lihat hidupnya bahagia.

“ Bukan… aku serius nak tolong kau.” Redza bersungguh.

“ Aku tak perlukan pertolongan kau. Tolonglah, lepas ni jangan muncul dalam hidup aku lagi. Aku dah cukup bahagia bila tak jumpa kau. Aku harap sangat yang ini adalah pertemuan kita yang terakhir. Tak akan ada pertemuan lagi selepas ni.” balas Safina pantas.

Dia kembali mengorak langkah meninggalkan Redza di belakangnya. Nak transform dia jadi cantik supaya Nazrin melutut di kakinya? Huh, tak logik! Mustahil…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience