BAB 6

Romance Completed 12177

“Lain kali kalau nak minta tolong dengan aku, cakap je. Aku dapat agak yang kau tak pandai nak buat benda alah ni tapi kau berlagak! Masih nak tunjuk ego depan aku. Bodoh sombong!” tanpa memikirkan Safina yang tengah panas hati Redza memuntahkan kata-kata sinis. Redza tak peduli. Memang pun Safina bodoh sombong!

“Hei…”

“Perangai kau ni tak akan bawa kau ke mana. Bukan menyenangkan diri tapi lagi menyusahkan diri sendiri…” Redza potong bicara Safina. Dia lipat lengan kemejanya hingga ke siku. Kemudian dengan muka selamba dia tolong Safina tukarkan tayar kereta.

“ Stop it Redza.” Safina tarik lengan Redza. Tolak lelaki itu sedikit
jauh.

“Aku tak perlukan pertolongan kau. Aku memang tak suka terhutang budi lebih-lebih lagi dengan kau. Aku lagi rela tersadai kat tepi jalan ni sampai ke malam daripada minta tolong dengan kau.” Keras suara Safina.

Memang dia tak hadap pun dengan pertolongan dari Redza. Biar dia digelar bodoh sombong tetapi untuk meminta pertolongan dari Redza, itu adalah perkara terakhir sekali yang akan dia lakukan dalam hidupnya!

Berubah terus muka Redza. Perlahan-lahan dia menghampiri Safina. Safina tergamam. Dia makin terkedu bila Redza makin menghampirinya. Mengepung dia rapat di kereta.

“Kau jangan nak buat kerja gila Redza!” Safina menjerit lantang. Dia jadi hilang arah bila Redza masih diam membeku dengan wajah serius. Dia tak berani nak menolak dada Redza, takut Redza tarik dia ke dalam pelukan.

“Teruk sangat ke aku ni sampai aku nak tolong pun payah kau nak terima?”Redza renung lembut mata coklat Safina. Fina… kenapa sampai macam ni?

“Tepilah Redza!”Safina tak menjawab pertanyaan Redza. Dia malu diperlakukan seperti orang tiada maruah. Lupakah Redza yang mereka di tepi jalan ketika ini di mana semua orang boleh melihat?

“ Jawab dulu. Teruk sangat ke aku ni sampai kau tak boleh hilangkan rasa benci kau kat aku walau dah bertahun-tahun kita tak jumpa?” serius Redza menyoal. Dia tak peduli walau ada kenderaan yang membunyikan hon.

“Memang. Dari dulu aku benci kau dan sampai sekarang rasa benci tu masih ada dan kalau kau nak tahu… apa yang kau tengah buat sekarang ni makin buat aku bertambah benci pada kau.” Tegas Safina bersuara walaupun ada getar dalam suaranya. Dia tak tahu apa yang merasuk Redza tapi sejahat-jahat Redza dulu Redza tak pernah bertindak segila ini!

Tersentap dengan kenyataan dari mulut Safina, Redza melepaskan kepungannya. Dia meraup kasar rambutnya. Sesaat kemudian dia melangkah meninggalkan Safina dan masuk ke dalam keretanya.

Tanpa menunggu lama, Redza hidupkan kereta dan berlalu meninggalkan tempat itu. Hatinya sedikit terkesan dengan kata-kata Safina.

Hadphone yang berada di kocek seluar Redza keluarkan sebelum mencari nama seseorang.

‘’Haikal, can you do me a favour?”

**********

Sunyi? Memang dia rasa agak sunyi bila jalan seorang diri di mall besar ni. Seorang diri tanpa ditemani teman mahupun kekasih. Jika dulu dia ada Nazrin yang selalu menemani dia ke mana-mana tetapi…

Argh, tak berbaloi dia ingat Nazrin. Lelaki macam tu hanya menambah episod duka dalam hidupnya. Ternyata dia jatuh suka pada orang yang salah. Orang yang tidak pandai menghargai sekeping hati miliknya.

Tiba-tiba Safina ternampak sepasang kekasih yang mesra bergelak ketawa. Terus Safina pakukan kaki. Diam tak bergerak. Nazrin nampak bahagia di samping Liyana.

Biarlah, dia dah tiada kaitan dengan Nazrin lagi. Ikatan hati antara mereka sudah lama terlerai. Tiada apa yang perlu dikenangkan lagi. Lebih baik dia pergi dari sini sebelum mereka sedar akan kehadirannya.

Safina undur beberapa tapak ke belakang, ingin mengelakkan dirinya daripada Nazrin dan Liyana. Tidak mahu mereka terus mencercanya. Tanpa disedari tubuhnya dirempuh kasar dari arah belakang membuatkannya tersungkur ke lantai. Sakit!

Baru Safina ingin menghamburkan kemarahan kerana dirempuh dari belakang, terus mati niatnya bila seraut wajah sedang berdiri tegap di hadapannya. Safina mengeluh. Katakanlah yang ini semua mimpi. Sebab dia memang tak nak terserempak dengan lelaki ni lagi kalau boleh.

Redza hulur tangan, nak bantu dia bangun. Safina mencebik. Dia bangun tanpa menyambut tangan Redza. Ingat dia isteri Redza nak main pegang-pegang tangan? Memang taklah!

“ Mata kau letak kat mana? Takkan aku yang besar macam ni tak nampak? Nak kata rabun tapi kau tak pakai cermin mata. Apa masalah kau pun aku tak tahulah.”

Redza hanya tersenyum.

“Aku sengaja langgar.”

“Apa?” Safina dah bulatkan mata. Sengaja? Redza memang nak makan penampar dia hari ni.

“ Pekak ke? Takkan nak aku ulang dua kali.” Sinis Redza menjawab.

Okay… Redza memang patut dapat penampar dia hari ini.

“Kau ni memang…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience