BAB 9

Romance Completed 12177

Safina cepat-cepat ingin menghabiskan Nasi goreng paprik di pinggannya. Dia ada lagi setengah jam sebelum meeting bersama client. Dahlah jalan menuju ke ofis clientnya tu sesak.

“Hai Miss Ugly…” tegur satu suara.

Safina angkat muka. Berubah terus air mukanya namun cepat-cepat Safina mengawal kembali air mukanya supaya beriak seperti biasa.

“Kau nak apa?” Safina suap satu lagi sudu nasi ke mulutnya. Ah, rasa tawar pulak nasi ni tiba-tiba. Mungkin seleranya terus mati bila Liyana begitu rajin menyapanya.

“Seorang je? Kesiannya… kau dari dulu sampai sekarang masih lagi lonely. Sedih aku dengan hidup kau.” Liyana senyum mengejek. Dia bahagia melihat hidup Safina. Sepi tanpa siapa di sisi.

“Seorang? Mana ada seorang. Tunang aku baru je balik tadi. Kau terlambat sikit.” Sejak bila pulak kau bertunang ni Fina? Gasaklah… memang dia tipu sebab sakit hati dengan Liyana. Suka sangat perkecilkannya dari dulu.

“Siapa? Redza?”

Safina senyap. Malas nak jawab.

“Kau ingat aku percaya Redza nak kahwin dengan kau? So funny… kau jangan nak mimpilah. Kau kena sedar diri sikit yang kau langsung tak layak dengan Redza. He’s a Mr Perfect but you are Miss Ugly. Langsung tak kena. Kau tak cermin diri kau ke? Buatlah macam mana pun, kau tetap
tak layak untuk bersama dengan Redza.”

“Oh yeke? Tapi kalau kau nak tahu, Miss Ugly yang kau hina dari dulu sampai sekarang nilah yang Redza tergila-gilakan. Miss Ugly nilah yang Redza gila bayang sampai cari aku walau aku cuba hilang dari mata semua orang. Dan Miss Ugly ni jugalah yang buat Redza jatuh cinta dari zaman sekolah hingga sekarang.” Yakin Safina membalas.

Dia dah tak peduli dengan penipuan yang dibuatnya asalkan dia tak nampak lemah di mata Liyana yang selalu mahu melihat dia jatuh.

“Kau buat lawak antarabangsa ke? Redza cintakan kau? Kau berangan ke Fina?” Liyana ketawa sinis. Dia memang tak akan percaya yang Redza sukakan Fina. Nonsense!

“Well, aku tak peduli dengan apa yang kau atau orang lain cakap sebab by next month, aku dan Redza, Mr Perfect kegilaan sekolah kita tu akan berkahwin. Nanti aku bagi kad jemputan. Walau aku tak suka kau, aku tetap jemput kau datang ke majlis aku dan Redza.”

Sesudah habis menuturkan ayat itu, Safina bangkit dan bayar bil di kaunter. Dia tak menanti jawapan balas dari Liyana yang sememangnya akan menyakitkan hati. Dia tak pandang belakang langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience