BAB 13

Romance Completed 12177

9 bulan berlalu…

Safina menangis teresak-esak. Sungguh dia sedih. Air mata tak henti-henti mengalir menuruni pipinya. Sebak rasanya. Mata yang bengkak sudah tak dihiraukan.

“Sayang, kenapa ni?” Suaminya menegur sebelum duduk di sebelah dan merangkul bahunya mesra.

“Cerita ni sedih sangat.” Safina ketap bibir. Sejak berbadan dua ni memang dia menjadi terlebih sensitif. Nasiblah dia berkahwin dengan suami yang sanggup melayan segala jenis kerenahnya yang bukan-bukan.

“Kalau dah tahu sedih kenapa tengok juga? Kan dah menangis. Teruk pulak tu. Habis sampai bengkak-bengkak mata.” Redza cium kedua belah mata Safina sebelum merangkul tubuh isterinya ke dalam pelukan. Haruman dari rambut Safina buat dia rasa tenang. Sungguh, dia sayangkan Safina…

“Orang cakap cerita ni best. Tu yang Fina tengok. Tak sangka pula cerita ni sedih sangat-sangat.” Miracle in cell no 7. Sebuah cerita korea di mana seorang ayah yang mempunyai penyakit autism disabitkan kesalahan membunuh seorang kanak-kanak perempuan dan dijatuhkan hukuman mati.

Redza ambil remote control dan terus tutup tv.

“Abang! Kenapa tutup?”

“Abang tak suka tengok Fina menangis. Dah. Berhenti menangis. Dah macam budak kecil je abang tengok. Mata merah, hidung merah, bibir merah… “

“Habis tu Fina nak tengok apa? Bosanlah kalau macam ni.” Safina tarik muka.

Redza merenggangkan pelukan. Dia pegang kedua belah pipi Safina dan menatap dalam-dalam mata isteri kesayangannya. Isteri yang baru dikahwini lima bulan.

“Sekarang abang izinkan sayang renung muka abang puas-puas. Dah tak payah nak tengok curi-curi lagi. Now, I’m yours…” Redza mengusik.

Safina senyum. Memang sejak berkahwin dengan Redza dia tak pernah menatap terus muka Redza. Dia malu! Sejak dia sayang Redza, dia tak betah merenung muka itu lama-lama. Jadi, dia ambil peluang curi-curi pandang wajah kesayangan yang sudah mendapat tempat dihatinya. Kini dia cuba memberanikan diri memandang terus muka Redza. Dibuang ke tepi rasa malunya.

Tangan Safina mula mengusap pipi Redza. Lelaki inilah yang sanggup menunggu dirinya selama sepuluh tahun. Lelaki inilah yang memendam rasa tanpa seorang pun tahu akan perasaan sebenarnya.

Lelaki inilah yang menjaga dirinya di hospital setelah dia dilanggar kereta pada malam Redza meluah rasa buat pertama kalinya. Sungguh dia terharu kerana Redza berusaha membuktikan cintanya. Dia yang pada mulanya menolak akhirnya kalah juga dengan cinta Redza.

Safina gigit bibir. Air mata mula bertakung di birai mata sebelum kembali jatuh menodai pipinya.

Muka Redza berubah. Hatinya tersiat bila Safina mula teresak kecil. Adakah usikannya membuat isteri kesayangannya ini kecil hati.

“Sayang, abang minta maaf.”

Safina geleng kepala. Dia peluk tubuh Redza erat-erat. Redza terkedu.

“Terima kasih sebab sayang Fina banyak. Fina rasa macam tak layak dapat cinta abang. Fina tak ada apa yang boleh diberi sebagai balasan cinta abang.” Safina teresak di dalam pelukan Redza. Sungguh, dia cintakan Redza sangat-sangat.

Redza senyum. Isterinya masih lagi rasa rendah diri. Belakang tubuh isterinya diusap perlahan. Penuh kasih sayang. Kepala Safina dikucup lembut. Penuh menggebu perasaannya. Andai Safina tahu, pasti Safina tidak akan pertikaikan lagi perasaan cintanya yang menggunung terhadap Safina.

“Sayang… abang tak harapkan apa-apa balasan daripada sayang. Cukup sayang sudi hidup dengan abang. Yang lain abang dah kisah. Sayang adalah segala-galanya untuk abang. Please… jangan rasa rendah diri. Abang pun tak sempurna mana. Abang hanya rasa sempurna bila dengan Safina Adilea Husin. Abang tak nak orang lain. I just want you…”

“I love you abang.” Luah Safina penuh perasaan.

“And I love you too sayang…” Redza membalas. Tiba-tiba Redza tolak tubuh Safina sikit. Dia kerut dahi. “ Sayang, you love me more than Nazrin, right?” tanya Redza sedikit cemburu. Siapa tak cemburu bila dapat tahu Fina pernah sukakan Nazrin. Bernanah hatinya.

Safina tergelak kecil. Air mata di pipinya dikesat oleh tangan kasar Redza. Tak sangka Redza masih mencemburui Nazrin. Rasa kelakar pun ada!

“Fina dah tak ada perasaan kat Nazrin. Tu semua kisah silam Fina. Sekarang ni Fina cuma sayang abang seorang je. Serius… sekarang ni Fina gila bayang kat abang je tau. Abang jampi Fina ye?” Safina mengusik dan Redza menarik pipinya sedikit. Lelaki itu turut tersengih.

“Okay good. Lega abang dengar. Eh, esok kita pergi rumah Haikal ye sayang. Isteri dia baru lepas bersalin. Kita jenguk dia ye.” Ucap Redza.

Safina teringat. Haikal… lelaki yang tolong repair keretanya. Kedatangannya tak disangka. Tak minta charge langsung. Patutlah pun… Redza yang suruh rupanya. Banyak sungguh sayang Redza padanya.

“Mesti comel anak diorang sebab Haikal handsome. Isteri dia pun cantik.”

“Eh nanti anak kita keluar nanti pun mesti comel punya sebab papa dia kan hansomejuga. Bukan setakat handsome tapi kacak, tampan, macho dan banyak lagilah. Tapi kalau ikut mama dia…” Redza berhenti sejenak. Dia pandang Safina yang menunggu dia menyambung kata.

“Kalau ikut mama dia, abang takut muka keluar macam kodok je nanti.” Pantas Redza lari sebelum sempat Safina cubit pahanya.

“Abang, Fina tak kira. Abang tidur luar malam ni!” Safina menjerit geram. Sempat lagi Redza kutuk dia. Ingatkan dah pencen, dah letak jawatan dari kutuk dia seperti dulu-dulu.

Redza kembali dengan ketawa besarnya dan mencium pipi isterinya pantas.

“Mana boleh. Fina kan bantal peluk abang. Tak lena tidur abang kalau Fina tak ada.”

“ Abang tidur luar… “

“Abang tak kira. Abang nak tidur dengan Fina juga.” Tanpa sebarang amaran Redza mencempung tubuh Safina menuju ke bilik mereka.

Safina ketawa manja. Dia senang berada di dalam rangkulan Redza.

Mungkin dulu, sejauh boleh dia nak Redza jauh dari hidupnya. Perasaan bencinya dulu memang tak dapat dinafikan tapi kini semua rasa benci, marah dan meluat untuk Redza sudah hilang. Hilang di saat hadir rasa cinta. Sesaat Redza hilang dari mata pun dia sudah kerinduan.

Mungkin dia tak sempurna seperti wanita lain. Dia tak cantik dan anggun seperti mereka tapi cukuplah dia ada Redza dalam hidupnya. Dia dah rasa cukup sempurna. Dia rasa bagaikan dialah wanita terbahagia di dunia ini.

Terima kasih abang, sebab sudi hadiahkan Fina kebahagiaan ini. Fina cintakan abang… Terima kasih kerana memilih Fina. Kebahagian ini milik kita, di sini hati kita berdua terpatri dan disinilah lahirnya segala mimpi yang telah menjadi realiti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience