BAB 8

Romance Completed 12177

“Kau ugut aku?” soal Safina tak percaya.

“Kau rasa aku ugut kau ke?” sinis Redza menyoal.

Safina mendengus kasar. Redza sudah keterlaluan. Menyentuh dirinya sesuka hati bagaikan dirinya milik Redza. Tidakkah Redza tahu yang dia begitu meluat dengan sikap Redza yang satu itu?

“Kenapa diam? Takut aku cium kau betul-betul?”

Safina ketap gigi geram. Ah, tidak ada gunanya dia berlawan cakap dengan Redza kerana apa saja yang keluar dari mulut Redza pasti akan membuatkannya panas hati. Sudahnya Safina melangkah melepasi Redza… dia harus pergi. Dan… biarlah pertemuannya dengan Redza, Nazrin dan juga Liyana pada hari ini merupakan pertemuan yang terakhir. Dia mahu lupakan segalanya dan mulakan hidup baru. Namun Safina makin tersentak bila Redza merengkuh lengannya.

“Kita tak habis lagi. Kau nak pergi mana?”

Safina merentap lengannya, melepaskan diri dari cengkaman Redza. Dia pandang Redza tajam.

“Ini amaran terakhir aku Redza Akif bin Dato Ruzman. Lagi sekali kau sentuh aku, aku tak akan teragak-agak untuk tampar pipi kau. Kau jangan ingat kau anak Dato aku tak berani nak buat apa-apa pada kau. Kau belum kenal lagi aku siapa.” Tegas Safina bersuara. Dia tidak main-main kali ini.

“Kau pun belum kenal aku siapa.” Redza cuba meraih tangan Safina ingin mendekatkan jarak mereka, dia tak ingin Safina berlalu pergi meninggalkannya tetapi Safina pantas mengelak dan dengan hati yang membungkam Safina menampar pipi kiri Redza menyebabkan Redza sedikit
tergamam.

“Aku minta maaf tapi tolong jangan ganggu hidup aku lagi.” Sesudah menuturkan ayat itu Safina melarikan diri. Kelibatnya hilang di sebalik orang ramai.

“ Kau tampar pipi aku tapi kenapa aku rasa hati aku yang sakit?” Redza tersenyum sinis sambil pegang dada kirinya. Detak jantungnya berdegup pantas.

******************

“Hello Fina!” Safina menjauhkan sedikit telinga kiri dari telefon bimbitnya. Kuatnya budak ni jerit!

“Assalamualaikum. Dah lupa nak bagi salam ke sampai main terjah je Farah sayang?” Safina senyum senget. Entah apa yang dikejarkan Farah sampai tak sempat nak bagi salam. Spontan dia terdengar suara Farah gelak di hujung talian.

“Ops…sory. Aku lupa… Waalaikumsalam Safina Adilea Binti Husin. Ha… cukup?” Okay, dengan nama Bapak sekali Farah sebut. Sengaja nak mengenakan Safina.

“Ha… tu baru betul. Nak apa kol aku ni?” rasanya hampir lima bulan juga Farah tidak menelefonnya. Sibuk mungkin.

“Aku nak cakap sesuatu ni tapi please… jangan nak mengelat lagi. Dah lapan tahun tapi kau tetap tak nakfollow.” Farah bersuara tegas. Dia tak nak Safina mengasingkan diri lagi. Cukuplah lapan tahun. Tempoh itu sudah terlalu lama.

Safina kerut dahi. Ni apa kes cakap serius sangat ni?

“Apa benda? Cuba cakap straight. Cakap guna bahasa yang aku faham. Tak payah nak senget-senget.”

“Minggu depan kelas kita ada buat reunion. Aku nak kau….”

“Aku tak nak pergi.” Safina potong ayat Farah. Mukanya bosan. Dia memang tak akan pergi. Muktamad. Dia benci bila mengingatkan dirinya dimalukan di hadapan budak kelas oleh Redza dan kini rasa malunya masih belum padam!

“Fina! Kan aku dah cakap aku tak nak dengar kau mengelat lagi kali ni. Please… apa salahnya kali ni kau datang. Dah lapan tahun Fina. Sekali pun kau tak pernah datang reunion kelas kita. Apa masalahnya sebenarnya ni?” penat pujuk orang degil seperti Safina.

Safina mengeluh. Tolonglah jangan paksa dia.

“Aku malas. Alah, kalau aku tak pergi, budak lain still pergi. Aku tak datang pun majlis tu tetap berlangsung. So aku ada ke tak tetap tak membawa makna apa-apa.” Dia juga tak mahu berjumpa dengan Redza, Nazrin dan Liyana di majlis itu nanti. Entah bala apa pula yang akan menimpa hidupnya kelak.

“Janganlah cakap macam tu Fina. Kau tak nak jumpa aku, Suzie dengan Laila ke? Kitorang rindu kau. Rindu sangat-sangat dengan kau.” Suara Farah sayu.

“Bukan aku tak nak jumpa tapi…”

“Dah lapan tahun... Kau langsung tak nak jumpa dengan kitorang. Aku asyik dengar suara kau, tak pernah jumpa kau depan-depan. Kau memang dah tak nak jumpa kitorang sampai bila-bila ke Fina? Kau memang dah tak anggap kitorang kawan kau?”Suara Farah semakin mendalam. Hampir tidak kedengaran.

“Farah…” Safina sedikit tergamam. Dia dapat dengar esakan Farah. Sedikit sebanyak hatinya turut sedih. ‘Aku tak bermaksud nak buat kawan-kawan aku sedih.’

“Fine… ni last aku ajak. Lepas ni aku dah takkan ajak kau lagi. Ikut kaulah nak buat apa dengan hidup kau. Aku dah tak nak masuk campur.”

“Okay, aku pergi.” Safina mengalah. Ni first and last dia akan pergi reunion kelasnya.

“Apa dia?”

“Aku cakap aku pergi.”

“Kau serius?”

“Okay aku tak jadi.” Safina tarik muka.

“Okay-okay, aku gurau je. Janganlah sentap. Eh tapi make sure bawa pasangan tau. Kalau tak, tak boleh masuk.”

Safina kerut dahi. “Apasal pulak? Siapa yang buat peraturan bodoh ni? Malaslah aku nak pergi.” Time dia nak pergi banyak pulak songehnya.
Spoil betul…

“Kau bawa je siapa-siapa. Sepupu kau ke. Kawan lelaki kau ke.” Farah memberi cadangan. Dia tak sabar menanti gerangan lelaki yang akan dibawa oleh Safina nanti. Mustahil Safina masih keseorangan.

“Aku mana ada kawan lelaki.” Fina membangkang. Memang dia tak pergi jugak reunion ni karang. Menyusahkan!

“Aku tak peduli. Aku nak kau datang juga reunion kita kali ni dengan pasangan kau. Kalau tak aku akan hasut Suzie dengan Laila putus kawan dengan kau.” Farah mengugut.

Pap! Terus Farah matikan talian.

Safina merengus perlahan. Ah, kusut! Menyusahkan betul reunion ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience