BAB 3

Romance Completed 12177

Flashback

“ Redza Akif!!!” bergema satu kelas dengan jeritan Safina.

“ Ye kodok. Kalau iye pun kau suka kat aku, tak payahlah sampai nak jerit-jerit nama aku sampai satu sekolah dengar.” Redza hanya ketawa.

Geli hati dengan reaksi yang ditunjukkan Safina. Muka Safina yang cerah sudah bertukar merah. Geramkan dirinya.

Safina mendengus kasar. Rasa nak ditelan hidup-hidup tubuh Redza. Biar hilang terus dari alam semesta. Baru puas hatinya!

“ Berapa kali aku nak cakap yang nama aku bukan kodok! Nama aku Safina Adilea Hussin! Susah sangat ke nak panggil aku dengan nama aku sendiri?”tak sudah-sudah panggil dia kodok. Tahulah mukanya ada jerawat tapi tak adalah teruk mana sampai nak samakan dia dengan kodok.

“ Kau nak tau tak? Kau dengan kodok sama je tau, tak ada beza langsung! Muka kau sama hodoh dengan kodok!” gelak Redza lagi. Satu kelas turut tergelak sama.

“ Atau kau lagi suka aku panggil kau Miss Ugly?” soal Redza bersahaja.

Safina kepal penumbuknya. Ada juga penumbuk yang melayang ke muka Redza nanti. Dia sedar yang dia bukan kategori wanita cantik tapi perlu ke Redza menghina paras rupanya. Di hadapan satu kelas pula tu.

Tiada seorang pun yang membela Safina kerana tidak mahu masuk campur dengan urusan Redza. Mereka tidak mahu cari masalah dengan menyakitkan hati Redza.

Redza merupakan anak Dato. Anak orang kaya. Macam-macam boleh dilakukan Redza termasuklah membuang mereka dari sekolah dengan pengaruh yang Redza ada.

“ Aku benci kau Redza!” jerit Safina penuh perasaan. Dia tak suka Redza! Bukan saja tak suka tapi dia benci!

“ But I love you kodok!” balas Redza main-main.

“ Lelaki gila!”

******************

“ Apa masalah kau sebenarnya ni? Kau ingat aku tak nampak kau sengaja hadang kaki kau supaya aku jatuh? Kau ni memang gilalah Redza. Kalau sehari tak menyusahkan hidup aku memang takkan pernah aman agaknya hidup kau!” marah Safina.

Dia bangun dari jatuh. Habis laksanya berterabur di lantai. Bukan rezekinya untuk menikmati laksa hari ini disebabkan Redza. Tak habis-habis Redza mahu menyusahkan hidupnya. Tak boleh tengok dia senang langsung…

“ Well… memang aku rasa tak senang duduk kalau tak buat kau naik angin satu hari. Tengok kau marah merupakan satu terapi buat aku.” ujar Redza tanpa ada rasa bersalah. Senyuman sinis terukir di bibir. Rambutnya disebak ke belakang. Segak…

“ Kau memang dah tak betul. Lelaki psiko!” tak guna bertekak dengan Redza yang tak pernah mahu makan saman. Lebih baik dia bersihkan baju sekolahnya yang sudah terpalit kuah laksa.

“ Jalan elok-elok tau kodok jangan sampai terjatuh lagi sekali. Dah macam kodok kena sawan je masa aku tengok kau terjatuh tadi.” Pesan Redza mengejek beserta gelak yang menyakitkan hatinya.

“ Wayar putus.” Safina menjeling Redza yang sempat menyindirnya. Tanpa disangka-sangka kakinya terpijak kulit pisang yang berada di lantai dan…

Bukkk…

Sekali lagi dia terjatuh ditemani gelak tawa Redza. Merah muka Safina
menahan malu dan marah.

“ Diamlah Redza!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience