BAB 11

Romance Completed 12177

Jam di tangan Safina jeling sekilas. Dah hampir pukul 11.30 malam. Lewat dah ni. Kalau dia balik sekarang okay jugak kut. Rasa pelik bila ditinggalkan seorang diri. Redza entah ke mana. Kawannya yang tiga orang tu pun hilang tanpa dapat dikesan.

“Apa hubungan kau dengan Redza sebenarnya?” Nazrin memuntahkan bicara. Tiba-tiba duduk di hadapan Safina di meja besar itu.

“Kenapa sibuk nak tahu?” Safina membalas acuh tak acuh.

“Aku tak percaya kau dengan Redza ada hubungan. Kau guna-gunakan dia?”

Safina ketap gigi geram. Ini lagi seorang. Tak nak percaya sudah. Tapi apa kes sampai tuduh dia yang bukan-bukan. Dah teringin sangat nak kena simbah dengan air kat atas meja ni ke?

“Ikut suka kau nak cakap apa. Yang penting aku bahagia. Tak kira dengan siapa aku bersama.”

“Tapi kau cintakan aku!” Nazrin menekan suaranya.

“Itu dulu! Masa aku bodoh sebab tak dapat nak bezakan perasaan kau yang palsu tu. Dulu mungkin aku cintakan kau tapi cinta tu dah terkubur saat kebenaran muncul. Sekarang bukan rasa cinta yang ada tapi rasa benci. Rasa benci yang sampai nak tengok muka kau pun aku rasa nak muntah!”

Nah! Nak tahu sangat perasaan dia yang sebenarnya sekarang ni. Memang itu pun yang dia rasa. Sekelumit cinta pun dah tak wujud untuk Nazrin. Semua rasa indah buat Nazrin sudah menjadi tawar.

Safina bangun. Balik lagi bagus. Boleh tidur awal. Esok kena kerja pagi.Tiba-tiba lampu terpadam. Gelap. Safina kaku. Tak pasti mahu terus melangkah ataupun tidak. Telinganya dapat menangkap bunyi piano. Bunyi piano memenuhi suasana di dalam dewan. Semua senyap menghayati bunyi piano tersebut.

Lampu kecil terpasang. Menyuluh tubuh Redza di atas pentas bersama dengan sebuah piano. Mata Redza terpejam namun jari-jemarinya sempurna di atas keyboard piano dan menghasilkan bunyi yang sungguh merdu membuatkan orang ramai turut menikmati bunyi indah tersebut. Saat Redza membuka mata. Matanya bersabung pandang dengan Safina yang berada dekat dengan pentas. Fina…

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

‘Redza, aku tak suka kau kutuk aku!’ suara Safina tinggi.

‘Tapi aku suka…”Redza senyum sinis. Tapi di sebalik senyuman sinisnya tersimpan satu perasaan di mana hanya dia saja yang tahu. Tidak orang lain. Tidak Safina sendiri.

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

‘Kau pergi mana Fina?’ Redza merenung gambar kelasnya. Gambar Safina berdiri di belakangnya! Puas Redza cari ke mana hilangnya Safina setelah tamat SPM. Seorang pun tak tahu. Redza jadi hilang arah. Semua yang dilakukan serba tak kena. Dia asyik terbayangkan wajah Safina yang geramkan dirinya. Sungguh dia rindu!

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu

“ Wei buta ke?” Safina terduduk bila tubuhnya dilanggar kasar. “ Kat mana kau letak mata sampai aku yang besar macam ni pun kau tak nampak?” marah Redza. Geram bila tubuhnya dilanggar namun dia tergamam bila dihidangkan dengan seraut wajah yang selama ini dia cari.

“ Kejap… kau ni Safina Adilea kan?” dia yakin yang wanita ini adalah Safina. Dia sangat pasti! Safina lap sisa air matanya. Wajah yang berada di hadapannya kini dia renung tanpa berkelip.

“ Aku Redza Akif. Do you still remember me?” Ya Allah… rasa seperti ingin ditarik tubuh Safina ke dalam pelukannya! Aku dah lama cari kau Fina. Please… lepas ni jangan hilang dari aku lagi!

Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku

“ Kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak pernah susahkan hidup kau. Aku tak pernah cari pasal dengan kau tapi kenapa kau suka sangat buat hidup aku tunggang langgang? Kau rasa bahagia ke bila tengok aku macam ni?”air mata Fina mengalir lesu.

“ No… jangan salah faham. Aku boleh terangkan, Fina.” Dia benci melihat air mata di wajah Safina. Ingin saja dia menyapu air mata itu dan menarik Safina ke dalam rangkulannya namun semua itu mustahil. Safina bukan miliknya. Sudahnya Redza hanya meraup kasar rambutnya.

“ Kau nak terangkan apa lagi? Mengaku je yang kau memang tak suka tengok aku bahagia dari dulu sampailah sekarang. Apa yang kau cuba buat tadi? Aku bakal isteri kau?” Safina ketawa lirih. Dia menggeleng perlahan.

“Fina…” Redza menelan air liur sendiri. Ah, Safina benar-benar terluka dengan perbuatannya. ‘Apa yang kau buat ni Redza? Tapi aku ada sebab. Aku sayangkan kau Fina. Aku tak bergurau bila aku cakap aku nak kahwin dengan kau. Aku cintakan kau! Kenapa kau tak pernah faham?’

Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

“Kau memang tak serik dapat penampar aku hari tu kan Redza? Nak kena penampar lagi sampai lebam pipi kau tu?”

“Aku tak kisah asalkan kau bercakap dengan aku.”tahukah Fina yang dia begitu rindukan suasana ini? Suasana Safina marahkan dirinya. Dia rindukan kenangannya bersama Safina seperti dulu.

“Gila…”
“Memang aku gila…” aku gilakan kau. Sungguh! Setiap helaan nafasnya membisikkan nama Safina. Satu nama yang terpahat di hati lelakinya dari zaman remajanya lagi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience