BAB 1

Romance Completed 12177

Diteguknya teh perisa pudina itu perlahan-lahan.Dia tersenyum manis. Posisi duduknya dibetulkan, dia tenang walau saat ini Tuhan saja tahu betapa gemuruh dan teruja dalam masa yang sama dirinya.

Sedikit masa lagi Nazrin akan muncul di hadapannya. Dia sudah terlalu rindukan Nazrin kerana sudah hampir lima bulan mereka tidak berjumpa.

Dia faham akan tugas Nazrin yang bekerja sebagai seorang pilot. Sering saja terbang ke negara orang. Nazrin terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk dia.

Dan apabila Nazrin menghubunginya pagi tadi menyatakan hasrat ingin berjumpanya, sudah tentu Safina rasa seperti di awang-awangan. Hari yang dilaluinya tiba-tiba dirasakan cerah dan penuh dengan rasa bahagia.

Ah, betapa rindunya dia terhadap Nazrin! Andainya Nazrin tahu, pasti Nazrin akan mengusiknya seperti kebiasaan yang Nazrin lakukan.

Hiruk pikuk di Café itu sudah tidak lagi dihiraukan Safina. Dia hanya membilang detik untuk Nazrin memunculkan diri. Hanya Nazrin yang berada di fikirannya sekarang ini. Beberapa minit kemudian mata Safina bersinar terang bila tubuh Nazrin muncul dari pintu masuk. Dan senyuman Safina semakin lebar bila Nazrin duduk di hadapannya.

“ Aku ada lima minit je untuk kau. Aku harap kau dengar betul-betul apa yang aku nak cakap.” Dingin suara Nazrin menuturkan ayat itu. Langsung tiada segarit senyuman pun di bibir Nazrin.

Safina tergamam. Kenapa tiba-tiba Nazrin begitu dingin dengannya? Selama ini tidak pernah Nazrin berbahasa aku kau dengan dia. Safina mula rasa tidak sedap hati.

“ Erk… kita order dulu. Lepas tu kita…” kata-kata Safina tersekat di kerongkong bila Nazrin pantas memotong.

“ Aku tak ada masa nak duduk bersembang dengan kau sekarang ni!” Nazrin membentak kasar. Tidak dihiraukan akan pandangan pengunjung lain di restoran itu.

Mati terus senyuman Safina. Tersayat hatinya. Ini adalah kali pertama Nazrin meninggikan suara kepadanya.

“ Nazrin, kenapa dengan awak? Awak ada masalah ke? Awak nampak tertekan. Kalau… kalau awak ada masalah awak boleh berkongsi dengan saya.” Perlahan Safina memujuk. Dia seakan mati akal berhadapan denganNazrin yang seolah-olah benci memandangnya.

“ Aku dah tak nak jumpa kau lagi lepas ni. Aku dah penat berpura-purasayangkan kau. Cukuplah sampai sini.” Nazrin tersenyum sinis. Senyuman yang tidak pernah ditunjukkan oleh Nazrin sepanjang mereka berkenalan.

“ Nazrin, apa yang awak cakap ni? Saya tak faham…” dahi Safina berkerut cuba mencerna apa yang dimaksudkan oleh Nazrin.

“ Kau tak faham-faham lagi ke? Aku nak putuskan hubungan pura-pura ni. Aku dah tak tahan nak tengok muka kau. Cukuplah aku terpaksa bertahan selama dua tahun lebih ni mencipta hubungan yang aku sendiri jelek.” Ah, betapa bencinya dia terpaksa menghadap muka Safina!

Safina menggeleng kepala. Masih belum boleh menelan ayat Nazrin yang terlalu melukakan.

“ Saya tak faham. Apa yang buat awak cakap begini. Saya… saya minta maaf kalau saya ada sakitkan hati awak tanpa saya sedar tapi awak jangan… jangan sampai nak putuskan hubungan kita. Saya sayangkan awak Nazrin. Saya tak boleh hilang awak.” Suara Safina bergetar. Hampir tersekat nafasnya meluahkan ayat itu. Dadanya rasa sakit.

“ Kau tak faham lagi ke Fina? Aku nak berambus dari hidup kau. Aku nak hidup tanpa ada bayangan kau lagi.” Marah Nazrin lagi. Mukanya bengis. Dia langsung tidak kasihan pada Safina yang sudah merah mukanya seperti ingin menangis…

“ Tapi kenapa tiba-tiba? Selama ini hubungan kita tak pernah ada masalah.” soal Safina perlahan. Dia jadi takut dengan apa yang bakal Nazrin muntahkan.

“ Kau ingat aku suka kau? Kau ingat aku sayang kau? Kau jangan nak bermimpilah! Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah sayang kau. Selama ni aku hanya berpura-pura sayangkan kau. Kalau tak sebab aku bertaruh dengan kawan-kawan aku untuk dapatkan kau, jangan haraplah aku nak baik-baik dengan kau. Kau tak lebih tak kurang hanya sekadar piala untuk aku tayang pada kawan-kawan aku.”

Nazrin puas bila akhirnya dia dapat meluahkan. Dia dah cukup terseksa dengan permainan yang diaturkannya sendiri.

“ Nazrin!” Inikah perangai sebenar Nazrin? Selama ini Nazrin hanya berpura-pura menyayanginya… kenyataannya Nazrin tak pernah sukakannya. Dia salah menilai Nazrin rupa-rupanya. Dia memberi hatinya pada orang yang salah…

Nazrin ketawa mengejek. Tawa yang mencalarkan lagi hati Safina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience