BAB 10

Romance Completed 12177

Safina merenung baju kurung sutera penuh sulam yang berada di tubuhnya. Agak mahal juga duit yang dikeluarkan untuk membeli baju ini tetapi bukan selalu dia berbelanja untuk tampil anggun begini. Anggun? Safina senyum sedikit. Kalau orang lain dengar pasti mereka akan gelakkannya. Anggun langsung tak pernah sesuai dengan dirinya yang digelar Miss Ugly oleh rakan sekelasnya.

Safina angkat wajah. Dari jauh dia nampak kelibat budak kelasnya masuk ke dalam dewan. Mereka nampak matang kerana lapan tahun sememangnya membawa perubahan besar kepada diri masing-masing.

Itu tak menjadi isu buat masa ni. Isunya yang terbesar sekarang ni ialah dia tak mempunyai pasangan! Kenyataannya dia memang tiada siapa untuk dibawa bersama. Biarlah…Dia kira cukuplah dia nampak kawan-kawannya dari jauh. Lepas semua orang dah masuk, dia akan pulang.

“Kau tunggu aku?”

Safina menoleh ke arah suara yang menegurnya dari belakang. Bibir bawah digigit perlahan.’ Macam mana dia boleh nampak aku kat sini? Bukan aku dah menyorok bagi tak ada seorang pun nampak aku ke?’ hati kecil Safina merungut.

“Fina…Kau tunggu aku?” sekali lagi Redza melontarkan ayat yang sama berserta dengan senyuman sinis.

Safina senyap. Redza ni mengarut apa? Bila masa pulak dia tunggu Redza? Dia nak balik dah la.

“Merajuk dengan aku lagi ke?Hmm?” Redza mencari mata coklat cair Safina yang langsung tak nak pandang mukanya dari tadi. Fina marah lagi?

Safina tetap senyap. Istilah merajuk takkkan pernah ada dalam kamus hidupnya untuk Redza. Kalau benci, meluat, marah dan menyampah tu memang bergunung!

“Jom masuk. Budak kelas kita tengah tunggu tu.” Redza tarik hujung lengan baju kurung Safina bila wanita itu masih diam tanpa sebarang kata.

“Aku tak nak.” Safina merentap lengannya. Matanya tajam.

Redza angkat kening menyoal. Senyuman sinis masih lagi terukir di bibirnya.

“Kau memang tak serik dapat penampar aku hari tu kan Redza? Nak kena penampar lagi sampai lebam pipi kau tu?” tegas Safina menyoal. Jumpa balik terus nak sentuh-sentuh dia. Alamatnya, Redza bukan makan penamparnya malam ni tapi makan kaki terus!

“Aku tak kisah asalkan kau bercakap dengan aku.”

“Gila…”

“Memang aku gila…”

“Aku tak sangka Mr Perfect kelas kita ada penyakit gila. Kesian peminat-peminat kau kalau diorang tahu yang kau dah tak waras. Confirm jatuh saham kau nanti.” Safina mengejek tapi hatinya pula yang rasa sakit bila Redza langsung tak terkesan dengan kata-kata sinisnya.

“Kita sambung cakap kat dalam nanti. Jom masuk.”Tanpa sebarang amaran Redza tarik lengan Safina yang beralas baju kurung menuju ke pintu masuk dewan.

“Redza, lepas! Aku cakap lepas!” Safina semakin kalut bila dirinya semakin hampir dengan pintu masuk. Dadanya rasa nak pecah. Dia belum bersedia untuk berjumpa dengan budak kelasnya lagi.

“Redza!Please…” Safina merayu namun semakin kemas Redza mengeratkan pegangannya.

“Syhhh… Don’t worry. I am here. I will always protect you, dear. Just trust me…” Redza bersuara perlahan di tepi telinga Safina. Entah kenapa, hati Safina sedikit terbuai dengan bisikan halus itu.

Safina geleng kepala. Kau jangan fikir yang bukan-bukan Fina!

“Finally… datang juga kita punya Mr Perfect dengan…” kata-kata Fakhrul selaku MC malam itu terhenti seketika sebelum menyambung.

“…dengan Miss Ugly. What a surprise.” Ada nada terkejut di situ.

Safina tunduk. Berjalan di sebelah lelaki yang boleh dikatakan idaman ramai menyebabkan dirinya sedikit rendah diri. Lebih-lebih lagi bila dia mula dengar bisikan yang mengutuk dirinya langsung tak sepadan dengan Redza. Tiba-tiba dia rasa nak menangis. Dia nak balik. Dia tak nak tunggu lama!
Redza tarik Safina ke sebuah meja kosong.

“Jangan pedulikan cakap orang lain. Tak boleh buat kau kenyang pun.”

Memang tak boleh buat kenyang tapi boleh buat sakit hati! Senang je Redza cakap. Yang dikutuknya ialah dia. Bukan Redza!

”Kenapa muka takut sangat ni? Kan tadi aku dah cakap aku ada. Selagi aku ada, kau tak perlu takut dengan orang lain. Okay?”

Belum sempat Safina membalas tubuhnya dah dipeluk oleh Farah, Suzie dan Laila.

“Ya Allah Fina… rindunya kitorang kat kau. Sampai hati kau tak nak jumpa kitorang. Kitorang rindu separuh mati tau.” Suzie senyum. Dapat juga dia bertemu kawan baiknya yang seorang ni. Payah benar!

“Kau dah lupakan kitorang ye Fina?”Laila merajuk.

Safina geleng kepala. Air mata hampir menitis. Sumpah, dia juga rindukan kawan-kawannya ni!

“Hilang lapan tahun lepas tu tiba-tiba muncul dengan Redza. Terkejut kitorang tau tadi. Pandai kau sorokkan hubungan kau dengan Redza kan? ”

Farah mula mengusik menyebabkan Safina terkedu. Redza pula hanya selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience