BAB 5

Romance Completed 5096

Hanna tersenyum mendengar usikan teman-teman sepejabatnya sekembalinya dari bercuti. Ucapan tahniah kerana telah bergelar tunangan orang di sambut dengan ucapan terima kasih. Tak kurang juga yang memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlisnya.

Dia tersenyum.Cincin cantik yang tersarung indah dipandang sekilas. Cantik berkilau permata yang menghiasi jari manisnya yang menandakan yang dia kini sudah menjalinkan satu janji, janji yang akan terlaksana 6 bulan dari sekarang.

“Cantik cincin kau Na… tak sangka aku, anak orang kaya rupanya En. Rizal tu ye..?” bisik Liza di telinga Hanna. Hanna tersengih, Sungguh!

Dia sendiri tidak pernah mengetahui, malah tidak pernah menyangka yang Rizal merupakan anak orang berada. Tidak sehingga pada hari itu,, hari di mana dia dan Rizal telah sah menjadi tunangan, kerana pada hari itulah kali pertama dia bersua wajah dengan bakal mentunya.

Dia sendiri benar-benar terkejut bila melihat deretan kereta mewah berhenti dihalaman rumah kayunya. Sangkanya Dato’ Harun sekeluarga, manalah tahu tergerak juga hati ketuanya itu untuk menjengah ke teratak buruknya.

Namun matanya bagaikan dipukau bila melihat Rizal yang segak berbaju melayu keluar bersama seorang wanita lebih separuh abad, kemudian dibontoti oleh seorang lelaki yang juga separuh abad namun masih segak bergaya.

“Eh! itu ‘big boss’ aku,” ujar Nina, sahabat akrab Hanna sewaktu di bangku sekolah. Terbuntang matanya memandang wajah Nina.

“Bakal tunang kau yang tinggi tu ye, pakai baju hijau tu kan, anak Big Boss aku rupanya..”Kalau aku tahu dia ada anak bujang yng begini punya hensem, dah lama aku ngorat, mesti tak sempat pada kau,” ujar Nina berseloroh,

“Tak delah.. kalau dia anak big boss kau, takan lah dia kerja kat office orang, kereta dia pun bukan kereta besar, Wira je…yang datang tu semuanya kereta besar-besar BMW, Alpha Romeo lah..”

“Habis tu takan dia pimpin tangan big boss aku, suka-suka hati dia je pimpin tangan emak orang, ke kau ingat dia orang ada hubungan sulit,” gesa Nina tak puas hati.

“Saudara dia kot?” balas Hanna selamba.

Namun dia benar-benar terkejut bila diperkenalkan kedua pasangan separuh baya itu ibubapa Rizal, Hj. Zailan dan Hjh. Rosnah. Dia mula merasakan dunianya dan Rizal adalah dua dunia yang berbeza, sangkanya Rizal juga dari golongan yang sama dengannya.

Perwatakan, gaya Rizal langsung tidak menggambarkan kemewahan hidup mereka sekeluarga. Siapa sangka, sedangkan Rina disebelahnya juga turut terpana, siapa yang tahu, Satu pejabat turut tertipu dengan perwatakan Rizal yang begitu sederhana.

Pasti semuanya akan terkejut. Sudahlah tiga minggu lepas mereka sudah dikejutkan dengan berita dia dan Rizal bakal bertunang, ini kejutan yang tidak kurang hebatnya bakal menanti mereka esok, apabila Rina yang bercuti selama 2 hari kerana menemaninya akan kembali semula berkerja.

Siapa yang dapat menahan mulut Rina dari bercerita? Kerana gadis comel di sebelahnya itu memang terkenal dengan mulut becok dan tidak pandai menyimpan rahsia.

Semua sangkaan itu akhirnya menjadi kenyataan kerana sebaik sahaja kakinya sampai ke pejabat pagi tadi, soalan pertama yang terpacul dari mulut rakan sepejabatnya, betulkah Rizal anak orang berada, sebaik sahaja ucapan tahniah dan maaf diterima.

Pastinya dia menjadi mangsa untuk semua soalan yang bakal diterima, kerana Rizal sendiri masih bercuti panjang. Hanna sendiri tidak pasti kenapa. Mungkin ada urusan yang hendak diselesaikan dahulu sebelum kembali bertugas.

Namun riuh-rendah akhirnya kembali reda bila Dato’ Harun melangkah masuk dibontoti oleh Kamarul Ariffin. Sekadar berbahasa, Dato’ Harun berhenti sebentar di mejanya untuk mengucapkan ucapan tahniah, bertanya serba sedikit tentang majlis yang menjadi buah mulut pekerja sejak dua-tiga hari kebelakangan ini.

Kamarul Ariffin turut berhenti di hadapan mejanya, namun tiada sepatah kata pun yang keluar dari dua ulas bibirnya.

“Habis modal nak maki aku agaknya hari ni,” getus Hanna dalam hati sambil melirik tajam pada pemuda yang begitu sombng dan angkuh di matanya.

Bukan sekadar tidak menyakitkan hatinya sahaja pagi ini, malahan Kamarul Ariffin langsung tidak menoleh ke arahnya, mukanya dihalakan ke dalam pejabat Dato’ Harun dan kemudian ke dalam bilik bahagian teknikal. Dia memandang lama kemudian tunduk memandang lantai yang dihiasi karpet berwarna biru gelap.

“Comes..Arif,” cuit Dato’ Harun sambil mengatur langkah menuju ke biliknya. Kamarul Ariffin nampak tersentak, seolah-olah sedang mengelamun jauh. Namun dia segera menuruti langkah Dato’ Harun, Beberapa langkah, Kamarul Ariffin menoleh memandang Hanna, pandangan yang tepat ke mata Hanna, pandangan yang penuh dengan kekecewaan.

Hanna tersentak. Pantas sahaja wajahnya ditundukkan memandang mejanya. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya diburu kehairanan dengan sikap Kamarul Ariffin, fikirannya keliru dengan erti pandangan pemuda itu.

“kenapa ye… dia ada masalah ke?” tiba-tiba saja dia merasakan simpatinya terhadap pemuda itu begitu meluap-luap.

“Biasanya bukan main celupar lagi dia, tak kiralah di depan atau di belakang Dato’ Harun, selamba aje.. dia menengking aku..” getus hatinya pelik. Hanna cuba mengangkat muka, memandang di mana pandangannya bertaut dengan Kamarul Ariffin sebentar tadi. Namun Kamarul Ariffin telah tiada di situ.

“Dalam bilik Dato’ kot..” tekanya sendirian.

Telefon di atas mejanya menjerit-jerit minta diangkat, dia tersentak, terkejut barangkali. Pantas gagang diangkat,

“Hello, Asia Consult Berhad,”

“Hello Hanna, Rizal ni…”

“Rizal!” mendengar suara gemersik Rizal di telefon, Hanna di buru rindu, kasihnya kian bercambah pada lelaki yang bakal menjadi suaminya 6 bulan lagi jika diizinkan tuhan.

Dia mula terbayangkan wajah kacak tunangannya itu, lupa sudah pada Kamarul Ariffin dan perangai peliknya pagi ini. Ingatan dan seluruh perasaannya hanya tertumpu pada lelaki itu.

Dia sudah mula belajar menyintai lelaki itu, dia sudah mula perasankan segala kebaikan Rizal terhadapnya. Segala-galanya indah tentang lelaki itu,

“Ada apa?” soalnya penuh kelembutan.

“Abang rindu…”. Rizal sudah membahasakan dirinya abang? Rizal merinduinya. Sungguh! seumur hidupnya dia tidak pernah mendengar ucapan sebegitu untuk dirinya. Kalau dalam drama, selalulah.

Hanna benar-benar terbuai dengan ucapan lembut itu…fikirannya melayang-layang entah ke mana, terbang jauh meninggalkan dirinya yang masih bertapak di dalam pejabatnya.

“Hanna….Hanna dengar tak? Abang rindukan Hanna!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience