BAB 10

Romance Completed 5096

Hanna tersandar lemah didinding bilik wad Rizal. Matanya yang sembab kerana semalaman tidak tidur di tambah pula dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir menuruni pipinya.

Semalam, jam 3.00 pagi dia mendapat panggilan telefon dari Hjh. Rosnah menyatakan Rizal kemalangan dan di hantar terus ke HKL kerana kecederaan serius yang dialaminya.

Hanna yang terpisat-pisat, masih dalam keadaan separuh sedar, dikejutkan dengan berita yang merentap seluruh kegembiraannya. Dia benar-benar tersentak, gagang telefon jatuh dari gengaman tangannya. Dan dia sendiri turut terduduk.

Rina yang terjaga dari tidurnya kerana mendengar bunyi benda jatuh segera menerpa keluar. Dilihatnya Hanna sedang tersandar di dinding rumah mereka dengan mata yang terkebil-kebil. Menyedari ada yang tidak kena, Rina meluru mendapatkan Hanna, menggoncang bahu Hanna, sambil mengajukan soalan bertubi-tubi. Seketika kemudian, Hanna mula teresak-esak. Menangis dan terus memeluk Rina.

Rina kebingungan. Tidak tergamak pula untuk terus bertanya, lantas mengambil keputusan mendiamkan diri. Memeluk teman sebiliknya itu sambil cuba memujuk lembut. Teman serumah mereka yang tidur dalam bilik berlainan juga turut terjaga.

Bertanya namun akhirnya mendimkan diri setelah tidak mendapat apa-apa jawapan. Masing-masing duduk bertimpuh menghadap Rina dan Hanna. Masing-masing kebingungan, tidak tahu apa yang harus dilakukan, hanya menunggu butir bicara yang akan terbit dari dua ulas bibir Hanna.

“Rizal kemalangan, teruk..” kenyataan Hanna yang tersekat-sekat menjawap segala persoalan yang bermain di kepala mereka. Sambil memandang sesama sendiri tanpa berani membuka mulut, mereka terus menanti.”Rizal ada kat HKL sekarang ni,”

“jom!” Rina bingkas bangun. Semua mata tertumpu pada Rina.

“Kita ke HKL sekarang juga, untung nasib boleh masuk jumpa, sebab ini special case.”

Tanpa disuruh, mereka turut bangun, berlalu ke bilik masing-masing untuk bersalin pakaian. Rasa tanggungjawab terhadap rakan serumah mendorong mereka turut sama.

“Mari Hanna,” ajak Rina lembut.

“Kita tengok Rizal.” Hanna menurut , bangun perlahan-lahan sambil dibantu oleh Rina. Entah mengapa seluruh anggota Hanna terasa terlalu lemah. Terasa seolah-olah berat badannya telah meningkat mendadak 50kg sehingga kaki kecik comelnya terasa bagaikan tidak mampu menampung tubuhnya.

“Hanna.” Hanna tersentak, menoleh, memandang wajah sayu Hjh. Rosnah dan Hj. Zailan yang tercebik-cebik hendak menangis.

“Dah tengok Rizal?”

Hanna menggeleng lemah.

“Pergilah…”

Hanna tersenyum hambar sebagai ucapan terima kasih, kemudian mengalihkan pandangannya memerhati kawan-kawan yang setia menemaninya, yang sanggup berulang alik dari hospital ke rumah kemudian ke tempat kerja dan kembali ke hospital sebelum meloloskan diri di bilik Rizal.

Hanna menutup daun pintu cermat, memandang Rizal yang sedang memerhatinya lemah. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Rizal. Menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Merenung tubuh Rizal yang hampir 70% berbalut. Tompokan-tompokan merah darah kelihatan disetiap balutan.

“Sayang abang okey ke?” soal Rizal hampir tidak kedengaran. Hanna menganguk perlahan. Hatinya sebak, sedaya upaya dia tidak mahu menangis di hadapan Rizal. Dalam kesakitan Rizal masih bimbangkan dirinya, Rizal masih mengambil berat tentang dirinya.

“Abang ?”

Rizal memejamkan matanya sebagai tanda menangguk.

“Abang sayangkan Hanna. Kalau abang mati, Hanna carilah kebahagian sendiri. Dari jauh Abang akan sentiasa merestui Hanna.” Ujar Rizal perlahan dan semakin dalam. Sekali sekali dia mengerutkan wajahnya bila kesakitan yang menyerang tidak mampu lagi ditahan. Saat itu Hanna seakan-akan ingin meraung.

“Abang jangan cakap macam tu, abang mesti sembuh, Hanna sayangkan Abang, Hanna tak mahu kehilangan Abang.”

“Abang….argh…argh..ya Allah..ya Allah…”

“Abang!” Hanna mengelabah. Melihat keadaan Rizal yang mengeletek kesakitan, Hanna berlari ke muka pintu.

“Doktor!” laung Hanna dari muka pintu. Bergegas doktor yang sedang berbual dengan ibubapa Rizal.

“Cik keluar dulu..” arah doktor sambil mengarahkan beberapa jururawat mengikutnya. Hanna mengundur kemudian berlari menerpa ke arah Rina. Di rangkulnya Rina penuh erat, tangisannya pecah berlagu dibahu Rina. Teresak-esak seperti anak kecil.

“Sabar Hanna, banyakkan beristighfar.” Pujuk Rina sambil mengurut lembut belakang Hanna. Rina sendiri sebak melihat keadaan kawan yang tak terurus.

“Sabar Hanna…mari kita duduk dulu.”

Hanna menurut, memandang sekilas Hjh. Rosnah yang sudah lembik dalam pelukan Hj. Zailan. Hanna melabuhkan punggungnya di atas bangku kayu yang disediakan oleh pihak hospital.

Dia benar-benar penat, kepalanya bercelaru, berserabut, seluruh tubuhnya terasa lemah, matanya terasa bengkak, tekaknya terasa perit. Dia menyandarkan kepalanya didinding hospital, cuba menahan sendu dari berterusan berlaku.

Matanya di arahkan ke pintu bilik, berdoa agar doctor akan keluar sekejab lagi dengan membawa khabar gembira. Memandang dan terus memandang.

Pintu bilik yang tadinya tertutup rapat, kini dibuka dari dalam. Doktor muda yang melangkah keluar dari bilik Rizal diterpa.

“Maafkan saya,” Raungan kedengaran. Hanna melurut jatuh, bertimpuh dihadapan doktor muda dengan air mata yang mengalir laju membasahi wajah. Namun tidak kedengaran esak tangis seperti tadi. Hjh. Rosnah dan Hj. Zailan menerpa ke dalam bilik. Kawan-kawan Hanna masing-masing tergamam. Tertunduk dan turut merasakan kesedihan yang melanda jiwa Hanna.

“Bangun Hanna..” pinta Rina sambil cuba memimpin Hanna untuk bangun. Nanum Hanna seolah-olah tidak mendengar. Badannya keras kaku di situ, hanya air mata yang mengalir deras menuruni pipinya. Dia bagaikan tidak percaya Rizal sudah tiada di muka bumi ini, dia tidak menyangka cinta yang baru disemai bersama Rizal belumpun sempat berbunga. Siapa sangka Rizal akan meninggalkannya secepat itu. Siapa sangka Rizal akan pergi dulu menghadap yang maha kuasa.

Namun dia sedar, sebesar mana dia terasa kehilangan Rizal, Ibubapa Rizal pasti pasti merasa lebih dari itu. Rizallah satu-satunya zuriat yang mereka ada, Rizallah satu-satunya buah hati pengarang jantung mereka. Rizallah racun, Rizallah penawar, kepada siapa lagilah mereka hendak menumpang kasih dalam usia yang kian menginjak senja. Kepada siapalah mereka akan mengadu sakit pening mereka.

“Aku!” tiba-tiba saja Hanna bagaikan mendapat kekuatan.

“Akulah orang yang akan membela nasib mereka. Akulah yang akan menjaga mereka seperti kedua ibubapa kandung aku sendiri.”

Dia bingkas bangun, menuju ke bilik Rizal, namun terhenti bila menyedari namanya dipanggil. Menoleh dengan mata basah yang masih digenangi air mata.

“En. Kamarul Ariffin..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience