BAB 11

Romance Completed 5096

Kamarul Ariffin terlentang senang di katil bilik hotel. Sambil bernyanyi-nyanyi kecil, dia akhirnya bangun, membuka butang kemejanya satu persatu.

“Yang, cepatlah sikit, abang nak mandi pulak ni,“

Tiada jawapan.

“Yang..abang buka pintu ni kang, abang boleh buka tau,”

“Arg! Jangan!” terdengar suara halus menjerit kecil dari dalam bilik mandi. Kamarul Ariffin ketawa. Bahagia sungguh hidupnya sekarang.

Setelah 6 tahun putus tunang dengan Maria, dia akhirnya telah berkahwin, dan bakal menimang cahayamata pertama 8 bulan lagi. Dia tersenyum mengingati detik awal perkenalannya dengan isterinya.

Segalanya menjengkelkan bagi isterinya, amat manis bagi dirinya. Namun kenangan-kenangan itu menjadi kenangan yang amat manis dikenang oleh mereka berdua.

Pintu bilik air dikuak dari dalam. Terpacul wajah manis sang isteri sambil tersenyum simpul memandang wajahnya.

“Dah?”

“Dah…”jawab si isteri selamba.

“Lama betul, Yang buat apa kat dalam ha?”

“Masak nasi..”

Kamarul Ariffin menjegilkan biji matanya mengusik.

“Oooo..loyar buruk dia ye..”Ujarnya Kamarul Ariffin sambil merangkul pinggang kecil si isteri. Diciumnya pipi si isteri penuh kasih sayang.

“Abang terlalu cintakan Yang,”

“Bukti?”

“Ooo, nak bukti.” Pipi isteri dicium berkali-kali. Rasa sayang dan kasihnya melimpah ruah terhadap isteri tercinta.

“Ala..cepatlah bang, mama, papa, ayah kuasa dua dan mak kuasa dua mesti tunggu kita nanti. Lambat pula nanti ke rumah kakak abang.”

“Okey…abang mandi sekarang…”

Pintu bilik air ditutup. Terdengar air dari ‘shower’ mencurah-curah turun disulami suara nyanyian Kamarul Ariffin yang tenggelam timbul.

…………………………………………………………………………………………………………………

Honda MPV meluncur laju di atas permukaan lebuhraya di bandar Perth. Kamarul Ariffin memandang sekilas wajah isteri yang sedang ralit memandang permandangan disekitar lebuhraya.

Kemudian, menjeling sekilas pada wajah-wajah ceria dibelakang, mama sedang berbual rancak dengan ‘mak kuasa dua’ sementara papa juga sedang berbual rancak dengan ‘ayah kuasa dua’.

Tersenyum dia mengingatkan gelaran yang diberikan oleh isterinya kepada. emak-emak mertua dan bapa-bapa mertuanya, iaitu kedua ibubapa kandung isterinya dan ibubapa angkat isterinya.

“Bang, highway tu.” Tunjuk sang isteri gelabah,

“Kenapa? Kenapa dengan jalan tu,”

“Jalan tu sama macam….”

“Kenapa sayang?’ soal Hjh Rosnah sambil turut memerhati jalan yang ditunjuk.

“Jalan tu.. macam,” ayat itu termati begitu saja. Terbayang mimpinya lapan tahun lepas, jalan yang sama, curam yang sama. Dia tersenyum lantas menyandarkan kepalanya di bahu Kamarul Ariffin yang sedang memandu.

“Ini mungkin jodoh aku yang sebenarnya agaknya..” kemudian berpaling memerhati wajah-wajah dibelakang yang kembali berbual.

Wajah Datin Anne dan Dato’ Musa, emak dan ayah dan juga Hj. Rosnah dan Hj. Zailan yang telah menjadi ibubapa angkatnya. Dia tersenyum. Begitu sudah tersurat hidupnya…terencana tiada siapa yang mampu menduga.

Lelaki yang dibencinya kini telah menjadi suami yang dicintainya… sambil menggosok-gosok perutnya yang berisi benih dari sang suami dia kembali menyandarkan kepalanya ke bahu suaminya.

“Hanna sayangkan Abang..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience