BAB 9

Romance Completed 5097

Rizal tersenyum memerhati wajah Hanna yang berdiri di luar keratanya. Wajah itu ditenung lama. Rindunya seakan tidak terluak, kasihnya kian bercambah. Hatinya terasa berat untuk meninggalkan Hanna.

Kalau tak kerana menziarahi sepupunya yang sedang tenat di kampung, dia tidak mahu meninggalkan Hanna sendirian di sini. Dia masih belum puas menatap wajah manis itu, masih belum puas mendengar suara lunak gadis comel itu.

“Sayang abang tak?” soalnya mengusik. Hanna tersenyum simpul. Kulit wajahnya yang cerah bersih mula kemerah-merahan menahan malu.

“Cium sikit boleh tak?” kata Rizal berterusan mengusik.

Hanna berundur setapak kebelakangan. Risau pula hatinya, kalau-kalau Rizal akan berbuat sungguh-sungguh.

“Abang berguraulah Hanna. Abang tak akan menyentuh Hanna sekali cuma kulit tangan Hanna selagi kita belum berkahwin.”

Hanna tersenyum. Dia mara semula ke depan. Memandang wajah bakal suami dengan perasaan kasih yang kian bercambah.

“Cepatlah abang, dah lewat ni, pukul berapa nak sampai kampung..”

“Ala.. baru pukul 8.00, tiga jam lagi sampailah kampung.”

“11.00 malam baru sampai, ganggu makcik Rosnah malam-malam cam tu, entah-entah orang tua abang dah tidur.”

“Mak abang kan, kalau dia dah tahu abang nak balik, dia tunggu tau, dia masak sedap-sedap kat abang, esok-esok Hanna pun kena layan abang macam mak layan Abang.”

“Malaslah… tak kuasa” balas Hanna tergelak kecil, diikuti dengan Rizal. Hanna berhenti ketawa bila menyedari Rizal merenungnya lama.

“kenapa pandang Hanna macam tu.”

“Buat bekal dalam perjalanan.”

“Abang ni.. saje je tau.”

“Hanna jaga diri baik-baik tau, ingat abang selalu.”

“Ala.. abang ni, macam nak balik setahun, dua hari pun nak pesan macam tu.”

“Oooo..sudah semestinya, kalau Hanna dah lupakan abang, meranalah abang. Hanna ingat senang ke abang nak takle Hanna dulu.”

“Ala.. abang tu yang penakut sangat.”

“Bukan penakutlah sayang, pemalu je.”

“Eh! Cepatlah abang, dah lambat sangat ni,”

“Okey, okey,” Engin kereta mengaum.

“Jaga diri baik-baik.”

“Abang pun sama, ingat Hanna okey, kirim salam pada makcik dan pakcik.”

Rizal tersenyum dan mengangguk lembut.

“Bye sayang..”. Kereta meluncur deras meninggalkan Hanna yang masih melambai.

Rizal tersandar selesa dikusyen kereta. Melayani lagu-lagu yang berkumandang dicorong radio keretanya. Teringat pada lambaian mesra Hanna, senyuman manis Hanna, hati Rizal benar-benar gembira. Memiliki Hanna benar-benar membuatkan hidupnya dikelilingi bahagia.

Dia tersenyum mengingatkan setiap detik manis yang dilalui bersama Hanna, gadis pemalu yang begitu pandai menjaga kehormatan diri. Tak sabar rasanya untuk menanti hari bahagianya yang akan menjelang 3 bulan lagi. Terasa begitu lambat masa beredar. Setiap masa dia menghitung hari. Namun penantiannya terasa begitu panjang dan amat menyiksakan..

Dia mengerling jam dalam keretanya. Hampir jam 10.00 malam. Sekejap lagi dia akan melepasi lebuhraya. Melalui jalan kecil yang berliku-liku. Tak sabar rasanya untuk sampai ke rumahnya di kampung, mandi dan berbaring, terasa letih satu anggota badannya.

Seharian memerah otak menghadap kerja yang kian bertambah saban hari, memandu pula sebelah malamnya, amat memenatkan!

“Hanna!” dia bagaikan terperasaan ada sekujur tubuh sedang berdiri di tengah jalan. Amat menyerupai gadis yang dicintainya. Mengelakkan keretanya ke tepi. Suluhan lampu kereta mengenai wajah yang berdiri kaku di hadapan keretanya. Tersenyum hambar dengan wajah sedikit kepucatan.

“Hanna!” Kereta makin membelok, menghampiri pembahagi jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience