BAB 8

Romance Completed 5097

Datin Anne menangis teresak-esak, wajah suami yang selamba dan wajah murung anak ditenung sayu.

“Maafkan mama Arul, mama tak sangka jadi begini.” Mendayu-dayu suaranya diiringi esakan hebat.

“Sudahlah Anne, benda dah nak terjadi, nak buat macamana, salah kita juga sebenarnya, tak bertanya pendapat anak-anak, tahu nak mendesak dan buat keputusan sendiri seolah-olah kita pula yang nak kahwin. Sudahnya budak-budak tak berani nak berterus-terang. Mujur juga Maria buka rahsianya sekarang, kalau dah sampai kad jemputan dihantar baru tahu rahsia sebenar macamana, lagi malu kita.”

Mendengar kata-kata Dato’ Musa, raungan Datin Anne makin meninggi. Dia terasa amat bersalah, merenung wajah Kamarul Ariffin yang tunduk membisu dari tadi, jantungnya seakan-akan direntap kuat, Rasa bersalah, menyesal silih bertindih.

“Arul..” Datin Anne menarik tangan Kamarul Ariffin lembut.

“maafkan mama, sayang.”

Kamarul Ariffin menggangkat muka, merenung wajah jelita Datin Anne yang dibasahi air mata.

“Tak apalah mama, Arul okey…dah bukan jodoh Arul dengan dia.” Balas Kamarul Ariffin sedu.

“Arul penatlah mama, papa, Arul naik atas dulu, nak berehat,” sambung Kamarul Arifiin sambil mula melangkah, mendaki anak tangga naik satu demi satu untuk kebiliknya, memulas tombol dan meloloskan diri. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk miliknya, merenung syiling putih yang berukir cantik kosong.

Dia sendiri tidak pasti perasaanya, Adakah dia kecewa? Sedih dengan apa yang terjadi. Dia tahu sepatutnya dia bersyukur kerana pertunangannya telah pun diputuskan, sepatutnya dia gembira kerana terlepas dari keadaan yang meresahkan, sepatutnya dia lega kerana tidak perlu belajar menyintai Maria.

Namun dia berasa sedikit sakit, pedih dan terasa tertipu, Dia kecewa sebenarnya, bila mengetahui Maria sudahpun berkahwin dengan lelaki Inggeris yang di bawanya bersama ketika bertemu dengannya pagi tadi.

Rasa tertipu bila dia tanpa sepenuh rela bertunang dengan gadis yang hakikatnya bukan gadis lagi, dia bertunang dengan isteri orang.

Namun dia tahu, dia tidak boleh menyalahkan Maria seratus peratus, Maria sendiri dalam keadaan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Keghairahan keluarga Maria dan keluarganya mematikan hasrat Maria untuk berterus-terang, Kata Maria, dia perlu mencari kekuatan terlebih dahulu, jesteru kerana itu dia bersetuju untuk bertunang dengan Kamarul Ariffin. Maria mengakui dia bersalah terhadap Kamarul Ariffin dan keluarga.

Sesaat juga dia terasa bagai dihumbankan ke dalam tangki najis, busuk, jijik, kotor, meloyakan. Dia memandang Maria dengan perasaan agak geram, berpaling kekereta dan menumbuk cermin kereta itu dengan tangannya.

Dia terdengar Maria menjerit, dia tidak peduli dan tidak mahu peduli. Pecah cermin tingkap kereta kesayangannya, jarinya terasa perit, namun perit lagi hatinya, dia tidak kisah jika Maria ingin berkahwin dengan sesiapapun, dia tidak akan peduli kerana di hatinya tiada sekelumit pun perasaan kasihnya terhadap wanita itu. Dia cuma kesal kerana dijadikan boneka, ditipu, bukan sahaja dia, malah seluruh keluarganya.

Dia berpaling menghadap Maria yang menangis teresak-esak dalam pelukan lelaki tegap itu.

“Arif…tangan u berdarah,” ujar Maria sambil cuba mencapai tanganya. Kamarul Ariffin menoleh memandang jari-jarinya yang perit. Hanya luka kecil.

“I’m sorry Arif. I tak niat nak malukan u dan keluarga u, I buntu sangat pada masa tu.” Sambung Maria sambil berundur semula menghampiri suaminya apabila niatnya hendak menolong Arif tadi ditepis kasar oleh lelaki itu.

Kamarul Ariffin diam. Fikiran bercelaru, serabut rasanya satu kepala. Dia menarik nafas dalam-dalam, melepaskan dan berharap agar segala masalah yang menyesakkan dadanya turut hilang.

Namun dia masih berpijak di bumi nyata. Mana ada jalan penyelasaian semudah itu. Dia merenung wajah Maria dan lelaki Inggeris itu silih berganti.

“Moga u berdua berbahagia,”begitu tulus ungkapan itu. Lahir dari sekeping hatinya. Kamarul Ariffin segera meloloskan dirinya dalam perut kereta.

“Family you..”

“Family I, biarlah I yang handle,” balas Kamarul bersama ngauman enjin keretanya. Dia menekan minyak dan memecut laju meninggalkan pasangan suami isteri itu.

Seperti yang diduga, mama meraung hebat bila diceritakan semua kepadanya. Papa yang tertunduk diam. Apakan dayanya, dia tidak mampu dan tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk mengembirakan hati mama. Sudahnya dia mengambil keputusan untuk berkurung di dalam biliknya.

Jarinya yang luka yang disorokkan dalam kecok seluarnya tadi direnung lama. Darah yang keluar dari luka-luka kecil telah kering sepenuhnya. Dia meletakkan tangannya perlahan-lahan di atas tilam. Matanya terasa memberat. Dia perlukan rehat, fikiran dan badannya terasa begitu penat. Dalam keadaan matanya yang kian memberat dia terperasaan sesusuk tubuh masuk ke biliknya, mencapai tangannya yang luka dan dia sendiri tidak sedar apa yang berlaku selepas itu….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience